Tuesday, October 25, 2011

DATING DENGAN KAWAN LAMA






Siapa sangka setelah berpuluh tahun, akhirnya Kjee berjumpa dengan kawan lama, Wan Noor Rizan, adik kepada produser filem Wan Noor Aini (filem Wanita Bertudung Hitam). Wan Noor Aini dulu hampir2 menjadi ibu saudara Kjee. Tapi apakan daya, tiada jodoh dengan adik ibu Kjee, Abdul Rahman (sekarang arwah).


Kjee dan Wan Noor Rizan dipertemukan kembali dalam Facebook. Dulu beliau kerja di syarikat rakaman BMG. Sekarang ni fulltime house wife dan isteri kepada pemuzik terkenal Johan Abdullah.

Seronoknya tadi dapat berbual kisah2 lama yang happy, yang pilu. She's still so beautiful after all these years!! Very ori...no botox tau! Hehehe.

Anyway, Wan ni terer buat kek. Dan Kjee dihadiahkan Red Velvel Cake yang dibuat Wan special untuk Anniversary Kjee dan Unclepali hari ini. First time Kjee rasa. So moist and sedap Wan! Thnx a million. Janganlah nak suruh Kjee buat. Kjee hanya minat makan jer tau!

Selain itu, Wan juga hadiahkan Kjee Homemade Dark Chocolate Almonds. Sedap giler. Masuk jer dalam kereta, Unclepali kata dia nak makan. Kjee kata tak boleh sebab nak amik gambar dulu. Unclepali kata ambik jer dalam kereta sebab dia memang hantu cokelat.

Sebiji demi sebiji dia telan. Sedap, kata Unclepali. Biasanya homemade chocolate rasa cam cekelat beli biasa tapi yang ini sedap sangat!!

Korang nak order boleh ke page Sugar-Sucre' di Facebook. Wan memang amik order pelbagai jenis kek untuk semua majlis termasuk perkahwinan dan yang sewaktu dengannya!

2 comments:

sharifah rosidah said...

Wan Noraini pun lama dah tak dengar berita kemana dia menghilang ya Jee. Adik dia muka tak sama macam dia lah jee.

Kjee said...

ya betul shidah. Noor Rizan lagi lawa tau! Wan Noraini skrg tinggal di Melaka.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...