Saturday, October 29, 2011

FARA DAN NEELOFA PENGACARA NONA? TV3 DESPERATE SANGAT KER?



FOTO2 EHSAN GOOGLE 

Balik dari Semenyih dan tengah makan KFC depan sambil surf berita di mStar online. Hampir2 tercekik Kjee apabila terbaca berita Fara Fauzana dan Neelofa bakal menerajui Nona musim depan bermula Januari 2012. Biar betul ni.








I have nothing against Fara or Neelofa. Tetapi Kjee rasa ini idea yang kurang cerdik. Nanti aku kata bodoh, kena saman lak.  Why Kjee kata kurang cerdik? Let me explain.

Nona bukanlah satu rancangan hiburan. Walaupun isi kandungannya kekadang menghiburkan mereka yang dah tak ada rancangan lain nak tonton, tetapi please lah, jangan campur adukkannya dengan selebriti hiburan. 

Pandang jer muka Fara Fauzana, budak Tadika pun tahu dia hanya sinonim dengan cerita hiburan tanahair. Neelofa pulak.. eh siapa dia. Oh budak yang goda Walid dalam Tahajjud Cinta...sesuwai ke bawak 'watak' pengacara Nona.

Selama ini, pengacara Nona terdiri daripada mereka yang tergolong dalam kelas mereka tersendiri. Macam Normala Shamsuddin alamak nama tu jer ker yang aku ingat. Ala2 wanita Melayu terakhir. Kjee rasa Vanida jugak harus diberi peluang lagi. Walaupun baru sekali dua Kjee tengok dia dalam Nona, tapi give her more time, she'll be ok.

Nona hilang seri bukan kerana pengacara tetapi kerana content (isi kandungnya). Cuba ubah terus seluruh warga kerjanya. Jangan babitkan langsung sorang pun dari team yang mengendalikannya selama ini. Inject new blood yang punyai idea baru. Insya allah, akan ada suatu santapan baru untuk dihidangkan.

Bukanlah Kjee nak pertikaikan kehebatan team lama. Tetapi Kjee rasa mereka jugak dah bosan kalau week in, week out, terpaksa  buat kerja yang sama...bertahun2 lamanya. Samalah macam aku dengan blog ni. Tiba masanya akan ku tahu undur diri.

TV3 nak ubah ker cara Fara yang amat sinonim dengan gaya Melodi? Atau TV3 mahu menghidangkan Nona versi baru yang jauh menyimpang dari presentation Nona yang lama.

Kalau Fara menjadi pengacara dengan konsep Nona yang masih di takuk lama, Kjee yakin bukan sahaja penonton Nona akan berkurangan tetapi Fara juga bakal hilang sebahagian besar pengikutnya. Walaupun Fara dakwa usianya yang kini menjangkau 32 tahun begitu sesuai mengacarkan rancangan yang lebih sophistikated, Kjee rasa, dia hanya berkata demikian kerana terpaksa or maybe dipaksa.

Apapun, good luck Fara. Buat Neeloa, rasanya masa ini tidak sesuai awak mengacarakan Nona kerana 'ramai sangat menyampah melihat watak awak menggoda Ustaz Walid' dalam Tahajjud Cinta. Nak dapatkan kembali keyakinan penonton menerima awak dalam 'watak yang lebih baik' akan memakan masa.

Janganlah desperate TV3. 

19 comments:

atievan said...

saya pun setuju k.jee...nona sama gak ngan majalah 3....dh hilang seri....nona makin buat sya dh xminat sbb isi kandungan dia asyik2 duk bwk info gaya org2 atasan,VIP....abis tu makcik2 trmsuk sya ni kalu tgk jd menyampah&hanya bleh kata dlm hati berangan jer laa.....zaman normala atau ezzah aziz fauzi atau nurfarahin jamsari...isi dorg ketengahkn mmg byk pengetahuan xrasa jemu nk tonton....kalu benar apa yg k.jee bgtau tu.....sya bleh nmpak infuture nona akan hancur atau istilah tepat tamatkn terus program tu

Anonymous said...

menciiiiK...nelopak n para!!!

opocot said...

Kalau Fafau jadi pengacara Nona, dah bukan diri dia lagi. . dah jadi plastik sebab dia brutal type. Melainkan Nona tu tukar la jadi segmen yang lebih santai dan bukan target VIP viewers saja.

Kjee said...

setuju dengan atievan dan opocot.

fieda said...

btul tu kak jee..tak sesuai la fara tu..dia kan mcm lasak.pastu biasanya pengacara nona lak mcm ala2 pompuan melayu terakhir gitu..sbnrnya nona org dah tak minat bkn sbb pengacara tp sbb nona dah tak best..boring tgk asyik tunjuk pasal org atasan jer..boring sgt2...

Anonymous said...

betul tu kak jeee... saye rase nona patutteruskan tradisi lama dia menerusi pengacara jemputan nona... macam normala shamsudin pun digilap melalui segmen tu... hehe... maaf kalau tanya.. normala omar ( isteri zulkifli zain tu ) penah ke jadi pengacara nona tu...

Kjee said...

oh silap lah. normala shamsuddin. maaf yer.

ckLah said...

Setuju dengan Kjee. Nona tak perlu dikendalikan oleh selebriti hiburan. Fara memang pengacara yang bagus, tapi bukan untuk Nona. Lebih baik kembalikan Fara ke Melodi yang semakin memualkan dengan pengacara yang baru. Asal muncul pengacara tu, kita tukar channel dulu. Bukan benci, bukan! Tapi 'tak sampai hati' mendengar celoteh mereka yang...ahhhhh!!!

Ya, mutakhir ini, rancangan Nona lebih memaparkan golongan atasan..

Neelofa? Siapa tu?

cik bb said...

eee memang tak setuju la kak jee. nanti mesti fara control cun abes. neelofa lagi la tak sesuai. dah la tak pandai berlakon mcm kayu. harap kontroversi je lebih

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Kjee,terlebih setuju dgn pendapat kJee

ida said...

kak jee sy sokong apa yg kak jee kata sbb sy ni salah seorg peminta NONA blh dikatakan setiap minggu memang tak miss tengok tp klu kuar umah memang tak sempat gak tengok tp sy ada gantinya Safiya Tv9 tp program tu rasanya sesuai utk mereka umur 20an tp layan gak.

Anonymous said...

Setuju sangat dengan pendapat KJee. Memang sgt tak sesuai depa dua ni jadi pengacara Nona. Patut bagi peluang lagi pada Vanidah. Fara - Nona mmg tak de "kimia". Dan mmg saya tak suka sgt Neolofa dlm Tahajud Cinta....Harap TV3 to consider balik..Cari le pengacara lain...Wardina pun OK

elly said...

masa maya karin pengacara nona...jadik tak minat nona...terasa macam urban sangat....

Anonymous said...

betul tue kak jee...saya akui sekrang memng dh x tengok nona..dulu saya,kakak dan adik selalu hari ahd jam 2 petang djer mesti nak tengok nona...sekrang dah x minat sebab semua tunjuk paparan mcm untuk orang kaya2 jer..dulu ala2 kekampungn tue yg saya suka..bukn la menolak kemodenan cuma terlalu moden plak sekrang..sory to say klau tv3 x ubah jugak isi kndungn nona sampai bila pun x tengok dah...tv3 dh lain sekrang...

cik permaisuri said...

tema kawen2 dorg tu kak jee.kene ubahla.yg tengoknye org kebanyakan.dah jd mcm fairytale plak.sy lbey prefer wardina jd pengacara.ibu solehah.sejuk je mate nengoknye..hehe

Hasniza Jamal said...

Dah berkurun x layan nona..

Anonymous said...

Tak nak Wardina jadi pengacara nona. Cari orang lain please. Saya tak perlukan Wardina dalam hidup saya.

Anis said...

...seronok baca catatan Kak Jee, lucu :-)

Anonymous said...

nak gelak jap hahahha~what the hell.FARA FAUZANA MEMANG TAK SESUAI MENJADI PENGACARA NONA..saya bukan peminat rancangan nona yg tegar tetapi agak terkejut dgn pemilihan fara fauzana..rasanya untuk rancangan JOM HEBOH ke sesuai la...kalau nona totally out..bukan fara tak bagus...cuma tak sesuai dan agak plastik atau dlm ertikata lain hipokrit.ntahlah nona di tv3 dah tak best mcm dulu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...