Friday, October 14, 2011

BLOG INAHAR'S COOKING TIME! AIR TANGAN SEORANG DOKTOR

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #5

Menarik Header. I like!!





Bubur ni kena try. Sedap banget!

Ini Nadia selalu buat. Fav dia!




Pertama kali Kjee jumpa wanita comel ni bersama suaminya, kartunis popular Che Li ketika mereka datang menjamu selera di gerai Kjee di Anjung Melawati. Cukup peramah walaupun suami agak pendiam. Mereka pengunjung tetap. Kalau Ina tak datang berdua, dia datang sorang2 ataupun Che Li datang sorang2.

Ina kata dia buat bisnes kraftangan dan opis dia kat Sri Rampai, Setapak. Ini mesti Che Li yang ajar dia cakap kartun. Dan hari2 dia tapau makanan untuk setafnya. Baiknya hati. Seminggu kerja seminggu cuti. Isyhh pelik, kata hati Kjee. Macam mana buat bisnes, seminggu bukak kedai, seminggu cuti. Bila nak kaya, camni?!!


Kemudian satu hari sedang Kjee sibuk melayan customer lain, Miss Jun, ibu kepada penyanyi Wann datang. Ketika itu seperti biasa, Ina sedang makan seorang diri. Miss Jun terus hampiri Ina dan bersalaman sambil berpelukan. Kemudian Miss Jun keluar satu kotak berisi ubat. Kjee ternampak dari jauh Ina belek2 dan berbual dengan Miss Jun.

Kemudian Ina pun beredar setelah habis makan. Kjee pergi dekat Miss Jun. Miss Jun kata tak sangka Dr Ina customer tetap Kjee. Terkejut beruk Kjee. Dr Ina? Amboi..bukan tokeh kedai kraftanganlah yer!

Begitulah Dr Ina Harlina Ali. Tak pernah riak atau bangga diri walaupun seorang doktor perubatan! Sekarang kami sekeluarga  pulak jadi 'pelanggan tetap' klinik beliau.

Apabila Kjee sibuk facebooking, Dr Ina 'menjelma' dan suruh Kjee intai blog masakan beliau, INAHAR'S COOKING TIME. Kalau tak silap Kjee, itulah blog masakan pertama yang Kjee intai Dan dari situ, Kjee temui Dapur Tanpa Sempadan. The rest is history. Masa tu, Kjee betul2 tak tahu wujudnya rangkaian blog masakan yang begitu besar!!

Ina memang pandai dan rajin sangat memasak. Apabila melihatkan kesibukkannya sebagai doktor, Kjee heran macam mana boleh timbul kerajinan dia ke dapur. Patutlah Che Li cerewet sangat bila makan. Rupa2nya Ina terer masak dan sebab itu agaknya Che Li pandai milih tempat makan mana yang sedap. Hmmm gerai  gua lah tu!

Mempunyai empat orang buah hati - dua lelaki dua perempuan (psst kalau korang nak tahu rahsia dapat anak2 comel, bijak dan selang bunga tu, pergilahlah ke klinik beliau. Hehehe). Ina berasal dari Johor tapi ada waris kat Terengganu.

Cara Dr Ina mencoretkan mukadimmah sebelum tempekkan resipinya, cukup santai. Samalah macam dia berbual mesra dengan patientnya di klinik. Kalau korang tengok Dr Ina ni, seminggu update blog, seminggu tidak, korang tentu tahu kenapa ya. Hah seminggu dia bertugas dan seminggu lagi, partner comel lotenya, Dr Aida, bergilir2 bertugas.

Blog dia siap ada lagu2 yang sering kali bertukar2. Sambil layan resipi dia dengar lagu tau. Dan nyata sekali dia tak buta IT. Pandai dia hias blog. Kjee suka sangat watermark dia. Ala mesti Che Li buat, kata Unclepali. Kenapa? Jeles ker? Awak pun hebat jugak.

Kjee dah try bubur nasi special Ina. Sedap sangat2, Bubur nasi kesukaan orang Terengganu. Dan Nadia dah banyak kali buat choc chips cookies Dr Ina yang memang sedap! Ina pandai masak macam2lah. Kalau tak bukak klinik, dah boleh bukak restoran/bakeri dah!

So kita semua patut ambil ikhtibar dari kerajinan Dr Ina. Macam tulah baru Encik Asben dan anak2 sayang!

Baru2 ini, setelah lama tak jumpa Ina, Kjee ke klinik beliau bawak Nadia yang tak sihat. Makin comel tubuh Ina bila kami berpelukan. Atau apakah tubuh Kjee dah bertambah besar!!!

Terima kasih Ina kerana perkenalkan Kjee kepada blog2 masakan yang hebat2 selain Inahar's Cooking Time. Love you so much sis. Thank You sebab suka sangat makan di gerai Kjee dulu, walaupun awak seorang cook yang hebat!!

(As usual, maaf cilok gambar dari blog tanpa permisi ya Ibu Doc)




Anak2 yang comel, cerdik dan soleh/solehah.


6 comments:

E-na Lovely Kitchen said...

setujuuuuuu!!! k.ina memang best lah...x sombong walaupun seorang doc...rajin pula ke dapur menyediakan hidangan utk keluarga...E-na pun senang dan rasa mesra dgn k.ina walaupun hanya kenal di alam maya...baru tau yg hubby k.ina kartunis popular! n3 k.jee buat E-na lebih mengenali doctor di dapur idola E-na...thanks k.jee!

Kjee said...

Kalau E-Na jumpa dia, mesti awak suka sebab dia peramah sangat. cakap pun lembut sangat sampai kena pasang telinga betul2. hehehe

Chik Mimi said...

Setuju dengan Kak jee ,Kak Ina mmg best!

sharifah rosidah said...

Saya nak beli buku masakan dia, nak Cuba pulak resepi resepi dia nampak macam best jer.

inahar ali said...

assalamualaikum kak jee cayaaaang..alahai br perasan ada n3 psl kita..huhuu!! mekacehh bebanyak ye kakjee sbb wat promo blog kita kt blog kakjee yg hebat nih..x sangka lak dapur kita nih termasuk lam list jejak blog kakjee nih..ingatkan blogger hebat cam cmg & mamafami jek yg layak diperkatakan
pepun kita pun sonok sgt dpt kenal & geng ngan kakjee..seorang yg sgt happening & baikhati serta mempunyai ilmu & pengalaman penulisan yg hebat..lebiuuuuuuuuu...muaaaahhhhhsss!!!!

Kjee said...

w'salam Ina. Kalau tidak kerana blog Ina, Kjee tentu tak tahu wujudnya blog2 masakan yang panas dan hebat. Love you too sayang.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...