Friday, October 14, 2011

INI BUKAN CITER CUCUR UDANG...SO JANGAN TAK BACA!


 Alamak? Ini mesti kes pinggan mangkuk terbang melayang2...sampaikan dah tak ada pinggan lagi Kjee nak bubuh cucur udang jagung ni, kan? Hahaha terer jugak korang mengagak!

Actually taklah. Hari ni pepagi lagi Unclepali dah keluar. Maklumlah musim masuuuykkkk. Kerja2 printing dah siap. Unclepali kan ada buat bisnes printing dan dia juga designernya. (Nak tempah pun boleh..yahooo nanti Kjee dapat komisyen dari Unclepali!). Hari tu ada syarikat tempah folder syarikat dan topi. Topi pulak dia orang suruh buat sulaman logo syarikat. Semuanya dah siap. So apa lagi, pagi ni kerja Unclepali gi hantar stok. Dan tinggallah Kjee dan Nadia berdua di rumah.

Malam tadi Nadia dah request. Nanti esok mama buat cucur udang jagung banyak2 yer. Nadia nak brunch. So mama tak payah susah2 masak untuk tengah hari. Bagus betullah puteri Kjee ni. Bagi senang mama dia punya tugas so ada banyak masa untuk lepak depan computer. Hehehe.

Okay, berbalik kepada gambar ni. Kjee bukanlah nak tayang atau promo sok kabar Utusan. Dia orang tak bayar pun. Kalau bayar untuk promo dia orang kan bagus. Tapi Kjee nak bagitau korang jangan guna sok khabar untuk alas makanan yang telah digoreng. Bukan sok kabar Utusan jer tau! Semua sok khabar tak kisah sok kabar bahasa apa pun!

Sebabnya? Eh sebelum ke sebab2nya, Kjee nak bagitau, dulu masa Kjee kecik2, kalau mak buat goreng pisang ke, cucur ke, kuih kodok ke, mesti mak guna sok kabar untuk alas kuih yang baru keluar dari kuali. Bisalah tu. Kjee rasa mak korang pun buat cam tu.

Kemudian apabila Kjee kerja jadi wartawan, barulah Kjee tahu, kaedah guna sok kabar untuk buat alas makanan adalah silap. Kesilapan besar tau.

Hah sekarang baru kita pergi ke bab sebab apa? Sebab sok khabar mengandungi kandungan chemical yang beracun dalam dakwat atau ink yang diguna untuk mencetak sok khabar.

Hah korang bayangkan betapa banyak chemical dalam ink tu yang Kjee dan korang dah telan. Bende2 cam ni gamaknya yang buat kita kena penyakit kronik cam kanser dan sebagainya. Nauzubilllilah.

Korang tengok betul2 dalam gambar tu. Kjee tak letak kuih cucur Kjee directly atas sok khabar tapi Kjee alas dulu dengan tisu atau kitchen towels. Itulah caranya. Tapi selalunya, Kjee lapiskan berlapis2 kitchen towel itu atas pinggan baru letakkan makanan yang baru digoreng. Untuk proses penyerapan minyak.

So my dear friends, ubahlah tabiat kerja kita. Jangan nak amik mudah perkara2 camni. Mudah2an kita dapat hindarkan (dengan izinNya), penyakit2 kronik yang tidak kita nampak dengan mata kasar, daripada singgah ke tubuh keluarga kita. Ameen.

14 comments:

Anonymous said...

terima kasih kak jee atas info berguna ni. Ada masanya kalau time nak goreng kerepek (esp time raya) memang alas guna suratkhabar ajer. Tapi lepas nie, tak nak buat lagi lah...Thanx again..

zurina

Kjee said...

Alhamdullah Zurina.

Aziela said...

Saya pun dah kenyang makan cekodok alas suratkhabar. Tapi bila dah tahu tentang perkara nie, saya letak cekodok dalam penapis dulu untuk toskan minyaknya dan kemudian baru masukkan dalam pinggan beralas kitchen towell.

Jiejah @ Iza said...

bos saya pernah pesan benda yg sama ..mmg kat rumah saya sediakan tisu kasar tuk tapis minyak dah alas mknan bergoreng ..apapun thanks sbb mengingatkan kak jee . biasa la , manusia kan mudah lupa .

Cho Zila said...

betoiler mak sayapun dulu gituler.. mana taunyer tisu serap minyaktu.. sekarang mak saya dah pandai...

ummiarissa said...

ye lah kjee...dulu2 memang alas dengan suratkhabar..sekarang pun ada gak sekali sekala buat gitu(kes habis tisu)...macam mana agaknya penjual goreng pisang kat luar tu,rasanya diorang guna suratkhabar lagi ke alas makanan tu?tau,tapi buat jugak...

opocot said...

n3 kjee ni wat saya senyum sendiri. .secantik-cantik artis dimekapkan, last-last sok kabar tu dibuat lapik goreng pisang @ cekodok @ bungkus nasi lemak..:D

HappyIrfa said...

betul tu..mak saya pun.tp org dulu2 xde sapa nak citer ttg bende ni..skrg dah tahu,baikla kita elakkan

anakbulan said...

Kak Jee, orang dulu - dulu lapik dengan surat kabar sebab takdak benda canggeh manggeh mcm sekarang kot. Sbb tu surat kabar fofular; bukan setakat di pejabat tapi di dapur! keh keh keh :p.

Anonymous said...

KakJee, kebetulan pulak cerita diatas. Dalam majalah Rasa (Nov) yang baru saya beli, ada petua (kiriman seorang hamba Allah)yang mengunakan surat kabar untuk membungkus ikan masin, lepas tu rendamkan dalam air. Ikan masin akan jadi lebih sedap. Terkejut pula, agak2nya budak sekolah rendah juga tahu bahayanya kita menggunakan surat khabar untuk membungkus makanan, ini pula rendam dengan bahan makanan. Sipengirim petua ini dapat hadiah untuk sumbangan petua, puan editor tak perasaan ke?

Maziah

sharifah rosidah said...

Saya pun selalu guna kitchen towel untuk letak makanan yang baru digoreng sebab suami saya pun bekas pekerja utusan jadi dia dah bagi info dari dulu lagi.

Anonymous said...

saya dh tahu.tp mak saya selalu jemur tepung gandum berkilo2 atas dulang yang dilapik surat khabar.alamak!klau nk cakap dgn dia pon mesti dia cakap "ala,nenek korang dulu buat mcm ni jugak.mak sihat je sampai ari ni main kuih dengan tepung gandum yang dia jemur alas suratkhabar tu".

Salina@IbuAqil said...

A'ah lah kak jee.. Mak ina kalo goreng kopok ke apa ke pastu mesti mintak surat kabar nak buat lapik.. Alahai!!! Kene gtau mak le ni nmpk gayanya.. Hik3!!

Anonymous said...

Betul tu Kjee. cube gosok tangan kat surat khabar. gerenti hitam tangan. klu saya dh kehabisan tisu dapur, sanggup lg pakai A4 paper buat alas makanan dr gune surat khabar

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...