Monday, October 10, 2011

JJCM ~ RESTORAN NYONYA DI MRR2 HIGHWAY HALA KE FINAS

Nasi Goreng Ayam BBQ Claypot


Kjee memang suka sangat makanan Nyonya. Kalau ternampak ada restoran Nyonya, Kjee mesti singgah. Kat KL ni memang ada banyak restoren Nyonya dari Melaka dan juga Pulau Pinang. Malangnya, tak banyak yang bertahan lama walaupun makanannya sedap.

So apabila Kjee ternampak satu restoran Nyonya baru berhampiran Finas, Kjee punyalah excited. Baru bukak tak salah Kjee seminggu dua ni. Kjee seringkali lupa nak singgah sebab bangunan tu tak berapa strategik (pada Kjeelah) sebab biasanya trafik kat situ bergerak dengan lajunya.

Wah ada 50% discount promosi pembukaan, Kjee bagitau Unclepali. Kalau korang nak tahu, restoran ini terletak dalam deretan rumah kedai baru di Ukay Boulevard, Jalan lingkaran Tengah atau MRR2. Dulu kawasan setinggan. Selalu kalau Unclepali bawak kereta dengan lajunya melintasi jalan itu, Kjee tak sempat nak bukak mulut suruh stop. Dah terlajak tak boleh gostan melainkan kalau nak cari nahas!!
Nasi Goreng Special

Dan malam tadi, Kjee ajak Unclepali singgah di Restoran Nyonya Valley. Masa Kjee pergi tadi, pengunjung tak ramai. Maklumlah kedai masih baru.

Sebaik sahaja Kjee duduk di anjung luar kedai, cepat2 waitress (yang rambut diikat serabai) datang dan bagitahu, promosi 50% hanya untuk kari kepala ikan dan kway teow goreng. Harga kari kepala ikan RM25 untuk yang kecik dan RM52 (kot) untuk yang besar. Kwayteow kurang dari RM10. Hmmm. Gimik jer buat banner besar2 gantung kat luar. Dari jauh pasti orang nampak macam makannnya semua 50% discount!

Kjee pun intai2 menu. Terbeliak biji mata. Kalau nak makan nasi putih, rata2 satu hidangan lauk, tak kurang dari RM20! Kemudian Kjee tengok set nasi goreng. Yang paling murah, RM11.90 dan yang mahal RM13.90.

Kemudian Unclepali pilih Nasi Goreng Ayam BBQ dan Kjee amik Nasi Goreng Special. Apabila Unclepali order Nasi Goreng Ayam BBQ dalam Claypot, waitress tu kata ayam BBQ dah habis. Kemudian apabila Kjee kerutkan dahi pandang Unclepali, dia kata dia nak masuk dalam cek. Sekejap lagi dia kata ada pulak!!

Kami juga order air teh Jasmine dua. Satu panas dan satu sejuk. Air sampai tapi belum pernah Kjee tengok air panas dalam gelas disertakan dengan straw. Kjee bisik kat Unclepali..."Saya nak suruh waitress tu guna straw sedut air panas ni!!" Hehehe.

Order Unclepali sampai. Kjee rasa sikit. Nasi goreng kicap. Unclepali kata ini nasi goreng Melayu. Okaylah tu. Boleh tahanlah rasanya. Kemudian nasi goreng special Kjee sampai. Ada nasi goreng ala Cina, ada ayam goreng (yang tawar hebey), ada dua ekor udang goreng tepung tertenggek atas nasi, acar dan papadom yang sudah lemau!!!

Serius ni. Sampai2 jer, Kjee capai papadom. Lemau. Lima minit kemudian, papadomnya terus lembik giler!! What's so special about this Nasi Goreng Special, hanya chef dia jer boleh jawab. Ohhh mungkin special sebab ada sertakan sambal belacan!!

Well, so much for my 'keteringinan' nak makan situ. Kjee tak habis pun nasi di dalam pinggan. Udang Kjee sapu. Ayam goreng (kepak) Kjee bagi dua dengan Unclepali.

Bill datang. RM32.35. Selalu kalau ada baki duit shilling, Kjee tinggalkan dalam tray dia. Tapi kali ni, lima sen pun aku kutip!!

Patutlah tadi masa Kjee duduk, ada customer yang dah makan keluar diiringi pelayan. Pelayan tu kata 'Thank You, Come Again', tapi customer yang seramai 5 orang tu, pandang pun tak kat pelayan tu. At first Kjee ingat customer tu tak belajar budi bahasa. Then lepas Kjee makan, I think I know why!!
Hiasan Dalamannya

4 comments:

  1. noorazian mohd. noorOctober 10, 2011 at 11:07 PM

    sure x kan pergi nyer.....

    ReplyDelete
  2. nasi goreng tu nampak memang special kak...teringin nak cuba :)

    ReplyDelete
  3. Salam sis. Presentation menarik dah, tapi rasanya out. Tak berbaloi dengan harga. Takkan datang semula kalau macam tu.

    Z.

    ReplyDelete
  4. Bagus juga kau beritahu, so lain kali orang lain tak terkena jee.

    ReplyDelete