Friday, October 7, 2011

KALAU DAH MALU...TAPI NAK LAWA...BELI JER ONLINE

album cik google
Korang pasti tahu Kjee ni dan ber plus plus saiz...kalau jadi stand-in untuk watak adik King Kong pun rasa2nya dah layak. Oppss jangan lak ada yang terasa hati nanti yer. Dan seperkara lagi entry ni tuk orang pompuan jer tau. Hehehe.


Masa Kjee kurus dulu (ewah pernah ke aku kurus?). Eh pernah lah. Pernah lah jugak rasa orang lelaki duk siul2 bila kita lintas. Dan masa tu ramai jugaklah ingin berkenalan. Serius ni...at least ada gak rasa kan? Taklah kempunan bila mati nanti. Kahkahkah.


Ewah Kjee ni...baru kebah sikit dah merapu kan? Biasalah. Dah rindu sangat nak merapu. Dah banyak hari asyik monyok jer bertemankan tandas.


Okaylah berbalik kepada entry ni. Masa Kjee kurus dulu, Kjee selalu tertanya2, macam manalah mereka yang plus saiz (yang berlebihan plus lah) beli pakaian dalam. Sebab masa tu setiap kali gi beli kat kedai, tak pernah nampak yang plus saiz. Lagipun masa tu bonda Kjee masih belum plus saiz.


Hah bila dah tergolong dalam kategori plus size, barulah Kjee rasa betapa peritnya nak dapat baju dan juga lingerie (pakaian dalam) yang saiznya tak serupa dengan orang lain.


Pernah Kjee menangis apabila ke kedai dan tak dapat beli lingerie yang diidamkam. Malah, masa kami ke Haadyai tahun lalu, puas Kjee masuk dari satu kedai ke kedai lain tapi gagal jumpa. Nadia kata kedai kat negara Asia mana ada. Kena pergi kat negara omputih baru boleh jumpa. Kat sana, saiz cam mama, berlambak. Adoi berdesing telinga kan kalau orang citer cam tu.


Semalam, ada seorang insan yang email Kjee. Dia kata dia buat bisnes jual lingerie plus saiz online. Nak iklan kat blog Kjee dan tanya camner. Tapi dia tak nak dalam iklan tu nanti dibubuh gambar2 lingerie yang dia jual. Malu sebab seksi sangat!!


Maka Kjee pun add lah dia di Facebook (plus size gem). Memang betullah. Gempak giler dan lawa2 rupanya lingerie yang dia jual. Suka tagline dia. HAVING HARD TIME SCOUTING FOR PLUS SIZE LINGERIE? NOT ANYMORE. YOU TOO CAN BE SEXY 7 ALLURING IN THESE APPAREL THAT COMES IN MANY STYLES, SIZES AND COLORS.


Kalau diterjemahkan maknanya, "Sukar untuk mencari pakaian dalam yang plus saiz? Usah bimbang. Anda boleh juga nampak cantik dan seksi dalam pakaian dalam wanita yang didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna."


Kjee tanya kenapa dalam facebook tak tulis dalam bahasa Malaysia. Dia kata susah nak cari perkataan yang tampak manis dalam bahasa malaysia tanpa menimbulkan makna lucah. Ohhh gitu. Tak kisahlah kan? Bubuh gambar banyak2. A Picture Speaks A Thousand Words!

Tu dia. Kalau kita lebih besar daripada orang lain, tak semestinya kita tak boleh nampak menarik dan ...seksi di mata suami kita kan? Mungkin itu antara cara yang boleh rapatkan semula hubungan kita dengan suami.


Korang add lah dia di FB ( Plus Size Gem) atau klik jer kat iklan dia di sebelah kanan tu. Tapi awas dia akan hanya approve frens pompuan jer. Bestnya...sekarang Kjee pun boleh melawa apabila dah tahu ada orang jual online. Ada hati. Hehehe. 

3 comments:

Zaliedana said...

Kjee,fb dia nama pa,nak juga add n leh tgk kalo berkenan..Hehe

Kjee said...

alamat FB dia Plus Size Gem. itu jer.

Anonymous said...

k.jee dah baca yeyeye...hehehe...ayuni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...