Thursday, October 6, 2011

KAMI SEKELUARGA KERACUNAN!!

ehsan google
Dah dua hari kami sekeluarga knock-out sebab food poisoning. Ingatkan Nadia sorang jer. Beberapa jam selepas Nadia, Kjee kena pastu Unclepali pulak kena walaupun tak seteruk Nadia sampai hampir2 pengsan!!

Semuanya start Selasa lepas. Sebaik sahaja Kjee balik dari seminar bersama Unclepali kira2 pukul 4 petang, Nadia mengadu demam, muntah2 dan sakit perut. Kejap2 lari ke toilet. Ingatkan muntah, sakit perut dan cirit birit biasa tetapi apabila menjelang Maghrib, muka Nadia sudah pucat lesu. Terus bawak dia ke klinik Dr Ina Harlina.

Dr Aida yang bertugas kata, Nadia kena food poisoning (keracunan makanan) teruk. Nadia kata dia makan maggie jer. So maggie kena blame. Setelah Dr Aida bagi injection, kami pun baliklah. Punyalah banyak ubat Nadia kena makan.

Pukul 9 malam, Nadia terbaring atas tilam depan TV. Kjee pulak baring atas sofa. Tetiba rasa sejuk sangat. Sejuk luar biasa. Unclepali bagi dua comforter tapi Kjee tetapi sejuk macam duduk dalam peti ais (macamlah pernah)!! Walaupun sejuk tapi nafas Kjee panas. Demam sejuk ke tu? Sejuknya Tuhan jer tahu!!

Kemudian start sakit perut. Berlari ke toilet berulang kali. Dalam diam, Unclepali pun asyik ulang ke tandas!

Kerana tak tahan sangat sejuk, Kjee masuk bilik dan tidur. Pukul 2 pagi Unclepali masuk bilik untuk tidur. Nadia masih tidur di ruang depan. Kul 4.30 pagi, Kjee terkejut. Nadia ketuk pintu kata tak tahan sangat. Terus kami ke Hospital Selayang.

Walaupun keadaan Nadia yang sudah lesu yang amat2, pihak Hospital Selayang kata dia okay dan kena tunggu doktor macam pesakit biasa. Masa tu dia dah banyak kali muntah2. Pelik betullah petugas hospital malam tu. Nak tunggu budak tu tinggal ¼ nyawa baru dikategorikan sebagai kritikal dan diberi perhatian segera.

Setengah jam kemudian, doktor jumpa Nadia dan disuruh amik darah dan beri injection. Pastu suruh balik. Dia tetap kata Nadia bukan kena food poisoning! Mati anak aku, korang siap!! Aku saman korang!!

Sampai sekarang Nadia masih cirit birit, muntah dan demam. Tak tahu dah nak buat apa. Tadi Unclepali pergi cari pucuk jambu batu. Harap2 cirit dia akan stop. Kjee masih lemah. Ke tandas taklah sekerap Nadia. Tapi lemah giler.

Nak menaip ni pun masih mengeletar. Kalau Kjee tak update, korang faham2 jer lah...either aku dah mati atau separuh mati!!

21 comments:

Anonymous said...

salam kak jee , suami saya penah kena cenggini, punca makan kat kedai mamak .. pegi hospital di suruhnya balik .. tapi masa kat hospital tuh sempat juga ler doc masukkan potassium dlm badan lepas tuh boleh balik ..masa balik tuh badannya maseh lemah lagi .. lama kelamaan beransur ansur pulih .Minum air banyak .. bila doc dah amik darah tuh .. kira ok ler tuh .. maksudnya tak ada apa yg serius ..apa yg penting jgn panik ..

Anonymous said...

ish akak ni,jgn ckp mcm tu..kami semua doa kan akak ank beranak sihat cepat yer kak....

Tamar said...

Salam,

Harap2 kak Jee n family da ok skrng ni...

syalinda johari said...

akak, semoga semuanya cepat sembuh dan sihat..

Anonymous said...

Salam kak sekeluarga. Pergi ke klinik atau hospital swasta je kak. Jangan tunggu-tunggu lagi. Jangan minum susu juga.

zuwaidah said...

kak jee, moga sekeluarga cepat sembuh. kalau hospital tentera sure dia org dah tahan dlm wad.

Oh Oeya said...

Moga Kak Jee, Nadia dan suami segera sembuh, Amin.
Rehat ye..

Jiejah @ Iza said...

kak jee
cuba minum teh pekat² ..

get well soon ..

Aziela said...

Kak Jeee....sedih dengar macam tu. Apa kata cuba doktor klinik lain pula, atau cuba ke hospital lain pula. Sakit hati jer baca hospital selayang macam tu.

DzulDania Aku Punye said...

kjee mulut chi mati pulak ckp demam dh ler..jgn gitu, cuba kjee masa tanak nasi minum air wap nasi tu ... ms hr tu kne pergi Klinik Dahlia kt BBS tu dia bg ubat dr tanah liat elok tp x sedap lg sy hr tu kne mcm tu seminggu pas2 baru ok pas ikut ckp doc tu ...cuba tau

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Pernah kena keracunan makanan sekali masa pregnant 6 bulan.. tp cuma sakit perut & muntah2 je xde cirit birit tp seksa juga. Yelah.. tgh pregnant.. Apapun semoga kakjee & family kembali sihat.. takde petua nak share cuma harap ia beransur pulih yer

Anonymous said...

kesiannya kjee sekeluarga,food poisoning rupanya. patutlah byk kali check,takde posting baru,ingatkan sibuk pasal skrip. pernah dengar pil chi kit teck aun tak? kedai sinseh ada jual bagus sgt utk cirit birit. ataupun minum teh kelat(pekat tanpa gula). semoga kjee.nadia dan unclepali cergas segera.lizabassam

Anonymous said...

semoga kak gee sekeluarga cepat sembuh....Amin..

Ezza said...

semuga kak Jee sekeluarga sihat kembali..patut lah sunyi seketika alam maya ni..kak jee sakit rupa nya...minum air mineral banyak banyak ye kak jee..saya hari tu telan pill chi kee tek onn tu...ok lah jugak..

Humaira' said...

ya Allah. kesiannya. minum air kelapa untie!!!!

Deena Yasmin said...

kjee, klu nadia berterusan cirit birit,sangai segenggam beras atas kuali tanpa minyak ( sampai hitam beras tu) angkat masukkan dalam mangkuk dan curah air panas dalam secawan. minum skit2 insyaallah... moga kjee sekeluarga cepat sembuh !

Anonymous said...

semoga cpt sembuh ya.... dah cuba minum 100 plus x? selalunyer ok sikit... tp goncang buang gasnyer dulu....

Ayu said...

kesiannya kat kjee...cuma nk kongsi jer..cuba kjee minum air kelapa muda yg x dicampur tp pastikn jgn ambil ubat yg doc kasi dlu...cz pernah alami benda yg sama gak sblm nie...kemujaraban air kelapa tu ada insyaallah

Kjee said...

terima kasih semua kerana prihatin terhadap musibah yang menimpa kami sekeluarga. Nadia masih kerapkali ke tandas. Tadi Kjee kunyah pucuk jambu so tak berapa kerap dah ke tandas. Kjee makan ubat2 yang diberikan Dr Aida sebab Nadia makan ubat spital. doktor spital tak bagi campur nanti confius. Kjee tak berani minum air kelapa sebab takut tawar pulak ubat spital. pasal pil chi kit teck aun, Kjee sekeluarga dah banyak tahun tak makan sebab doktor larang. ubat tu ada side effects. Kjee jugak makan kunging telor yg direbus sebab ada kata boleh berhentikan cirit. semua Kjee try, insya allah. terima kasih sekali lagi. mujur unclepali dah pulih walaupun tak sepenuhnya. kami sekarang bergantung hidup pada dia. pergi kedai beli makanan dan tolong bagi kami ubat.

CikLaila said...

salam cian nyer.. aunty jee.. sy ngn mama sy pon pnah kena mcm tu juga.. ubt hospital biasa x jalan... last2 msuk hospital swasta duduk la anak beranak selama 1 minggu sbb keracunan maknan.... aunty jee kna mkn maknan yg lembut je dan jagn minum air susu... biar cepat sembuh...

Masya said...

alahai kesian nya.... harap cepat sembuh semua nya yer...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...