Saturday, October 1, 2011

KETABAHAN FIJA CEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN DAMIA

Sampai sahaja di Hospital Sultanah Aminah, JB, pukul 5 petang, kami disambut oleh Zamil, suami Fija. Kemudian kami masuk dan terserempak dengan Fija bersama rakan FB dari Johor Rosnah Mohamad di lobi Hospital. Lembik lutut Kjee (mujur duduk atas kerusi roda) tengok keadaan Fija.

Jauh beza dari Fija yang Kjee kenal dulu. Terbongkok2 dia datang kepada Kjee.

Mengalir airmata Kjee tanpa dapat ditahan. Wanita dan ibu paling tabah yang pernah Kjee jumpa setakat ini! Berperang dengan kesakitaan sendiri, dalam keadaan memori yang tidak menentu (kekadang ingat kekadang lupa), dengan doa dan zikir tak lekang dari bibir, dia mengenepikan kesihatan diri sendiri demi Damia!

Sungguh bertuah Damia punya ibu seperti Fija. "Jangan menangis Kjee. Jom kita pergi tengok Damia kat Tingkat 1 (CICU)," bisiknya lembut sambil Kjee peluk erat Fija.

Dan dekat dua bulan Fija berkampung di hospital. Sepatutnya dia berpantang makan dan juga harus banyak berehat. Tetapi itu tidak lagi penting, buat masa ini. Apa sahaja makanan yang lalu depannya, dia terpaksa makan kerana mahukan tenaga menjaga Damia.

Ketika Kjee disorong Nadia jumpa Damia, dia sedang nyenyak tidur. Hanya Allah swt sahaja yang tahu perasaan Kjee ketika itu. Seorang anak yang baru berusia 15 tahun, yang sepatutnya menduduki PMR tidak lama lagi, terlantar dengan segala mesin penyambung nyawa di sekelilingnya.

Fija kejut Damia sebab Kjee datang. Damia buka mata dan terlentuk balik, kerana terdahulu dia telah diberi ubat (morphine) penahan sakit. Fija kejutkannya lagi perlahan2 tetapi Damiaa bukak mata dan terlentuk balik. Kjee pun keluar dan berbual dengan Fija, Rosnah dan Uji, rakan Fija yang seringkali datang menemani Fija. Opps itu sahabat, namanya, bukan rakan.

Setengah jam kemudian, Kjee minta izin ke Hotel untuk berehat tetapi apabila Nadia masuk kembali ke CICU, Fija sedang menyuapkan Damia bubur nasi. Dan Nadia kata mama mesti masuk tengok Damia.

Menggeletar sekali lagi lutut kerana tak tahu apa nak expect. Tetapi apabila ternampak Damia, Kjee tersentak. Wajahnya berseri2 dan senyum nampak Kjee. Kami tidak pernah bertemu selama ini melainkan melalui panggilan telefon sekali tu sahaja masa Kjee memujuknya untuk menjalani pembedahan.

Setiap sudu yang Fija suapkan ke mulut Damia diiringi dengan Bismillah dan selawat. Sebak sungguh melihat senario itu. 

Fija tak henti2 celoteh. Kata suaminya, begitulah keadaan kalau Fija happy. Terus lupa segala kesakitannya!!

Kami terpaksa mintak diri kerana waktu melawat hampir habis. Esok Kjee akan datang lagi tengok Damia sebelum pulang ke KL. Pasti berat langkah untuk pulang esok.

Kalau ada rezeki, Kjee akan cuba selalu turun ke JB untuk beri semangat dan sokongan moral kepada dua insan yang cukup dekat di hati Kjee.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang duit meringankan beban dan juga penderitaan dua beranak ini. Mungkin pada kita itu sumbangan kecil, (sekadar yang kita mampu) tetapi percayalah, ia amat bermakna bagi Fija dan Damia.

Gambar2 akan Kjee post bila balik KL yer.

Bagi yang ingin terus membantu...

ACC CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
0167070124

7 comments:

dayang Citra said...

Terima kasih kak Kjee kerana telah follow blog saya.Cerita yang kak Kjee coretkan sangat menyentuh hati saya.Semoga keduanya cepat sembuh.

Family Rita said...

berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..saya doakan semoga mereka sekeluarga tabah mghadapi ujian Allah...

Along Maklong said...

baca n3 nabil.. maklong terlepas pandang n3 yang ni.. sebak sangat maklong baca.. maklong akan terus mendoakan agar kedua insan kesayangan kakjee ini akan cepat sembuh.. dan semuga urusan mereka dipermudahkan oleh maha esa..

Anonymous said...

betul kata Family Rita..berat mata memandang berat lagi bahu memikul.smga mereka kembali sihat seperti sediakala..

E-na Lovely Kitchen said...

tabahnya kak fija dan damia...esok PMR bermula...Damia macam mn k.jee, ambil exam ke...moga keduanya sihat seperti biassa..

Kjee said...

Damia tak amik exam PMR esok. sedih sangat dia.

mn fija said...

T.kasih semua yg tidak terhingga,segala bantuan doa2 & sumbangan yang diberikan akan saya gunakan sebaik mungkin terutama untuk anakku Damia Farzmil,terima kasih kjee sefamili yg sanggup membantu meringankan bebanan fija dgn cara tersendiri...hanya Allah swt sahaja dapat membalasnya begitu juga rakan2 fb & blogger yg lain...saya sungguh terharu & menghargainya...oh ya untuk pengetahuan semua Damia dah balik kerumah petang tadi (lebih kurang pukul 5.00 pm).

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...