Saturday, October 22, 2011

MALACCA..HERE WE COME!





foto2 ehsan cik google
Beberapa minggu lepas, ketika pergi melawat MnFija di Johor, cadangnya masa balik nak singgah Melaka. Lawat adik Kjee, Faridah yang tinggal di Taman Bukit Katil. Tetapi masa nak balik dah keletihan. So call dia cancel. Pastu minggu lepas dia datang lak melawat Kjee di KL.


Hah hari ni, kami tiga beranak pulak akan ke Melaka, tanah kelahiran arwah bapak. Bapak asal dari Banda Kaba, di tengah2 bandar Melaka. Keluarga arwah berselerak di seluruh Melaka.

Nadia memang suka sangat kalau kami ke Melaka. Bukan Nadia jer. Kjee dan Unclepali jugak teruja setiap kali turun ke Melaka sebab sekarang Melaka dah tak macam dulu. Cantik sangat. Dulu masa Kjee muda2, orang beri gelaran Sleepy Hollow pada Melaka. Sebab tak ada apa2 yang happening masa tu berbanding sekarang.

Dulu kalau ke Melaka, kami akan singgah makan ikan bakar kat Serkam Pantai atau ntah apa lagi satu tempat yang kononnya femes.. Tetapi the last time kami pergi, kami serik sebab makanannya cukup mengecewakan. Dahlah tu, cekik darah pulak harganya.

So kalau nak makan seafood sekarang kami ke Bagan Lalang, Sepang. Lagi sedap dan murah.

Okay Melaka...here we come! ala malam nanti dah sampai balik kl.

7 comments:

  1. kalau datang bukit katil singgah la umah saya kak... hehe... umah saya seberang jalan je ngan taman bukit katil... hehehe

    ReplyDelete
  2. Kak Jee boleh cuba seafood di Restoran Bayu Selera, Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Tutup setiap Selasa. Lokasi di tepi laut, indah dan aman. Makanan sedap dan murah! Servis bagus. Boleh semak di https://www.facebook.com/pages/Restoran-Bayu-Selera/267385338979
    Z.

    ReplyDelete
  3. salam kak jee
    kalau nk makan ikan bakar sedap dan murah cuba k.jee ke Alai Cristal Bay.
    Cari kedai ikan bakar Hj Musa
    Kampung sy dekat2 situ jer.

    ReplyDelete
  4. Salam , saya silent reader Kak Jee. Suka baca bolg kak jee. Ikan bakar kat Jeram kat Kuala Selangor pun sedap dan harganya pun berpatutan

    ReplyDelete
  5. Top, adik Kjee duduk kat Taman Bkt Katil Permai. Sedara mara Kjee ramai di Bukit Katil. Anak2 kepada arwah Kiyai Haji Hashim. Arwah tu bapak sedara Kjee.

    ReplyDelete
  6. kak jee kalau nak makan ikan bakar yang sedap cuba bila balik melaka pergi kat Medan Ikan Bakar Pernu/Umbai. Tanya orang kat situ Ikan Bakar PARAMESWARA. kedai ni kat hujung sekali, tepi laut. bukan kat ikan bakar terpung tau. cuba la kak jee. saya jamin best... kampung saya kat situ la...

    ReplyDelete
  7. Hi KakJee. Saya memang selalu gi melaka sebab anak yg sulung dulu belajar di mrsm Jasin dan lepas di gi KL, adik dia pulak masuk Jasin. Jadi berulang la saya JB-Melaka tiap 2 bulan sekali. Banyak jugak gi makan2 kat sana tapi sayang tak rekod dalam blog sebab saya baru je buat blog nov lepas.
    Anyway tengah blogwalk nih dan singgah kat blog kakJee nengok citer2 menarik sini hehehe...bye jumpa lagi ye

    ReplyDelete