Saturday, October 22, 2011

MUSSELS NI KEPAH OR KUPANG?






 Tadi apabila Kjee ke rumah adik Kjee di Taman Bukit Katil Permai, Melaka, adik Kjee hulurkan satu beg plastik penuh dengan mussels. Ini kupang ke kepah hah? Kjee tak pernah beli tetapi selalu kalau makan seafood, mesti order mussels masak cili.






Sampai 3 kilo dia belikan untuk Kjee. Dia kata, orang yang jual mussels tu, kawan baik suami dia. Bagi dia RM4 jer sekilo. Hari2 suami dia beli mussels ini untuk dikukus buat kucing kesayanagana mereka bernama Hujan (Noh Hujan amik nama kucing ni atau Kucing ni amik nama Noh?). 

Kalau sehari Hujan tak makan mussels boleh merajuk. Kekadang dia telan 3kg sekali makan! Kucing adik Kjee yang lain tak suka Mussels. Bahagianya jadi Hujan kan?

Adik Kjee pesan, balik rumah terus cuci bersih2, kukus dan buang kulitnya. Pastu masak sambal. Kalau banyak sangat, simpan dalam peti ais.

Hmmm Kjee tak plan nak masak hari ni sebab penat sangat. Sesapa ada idea selain buat sambal, mussels ni sedap buat apa? Kjee guna perkataan mussels dan bukan kepah atau kupang sebab Kjee tak tahu orang kita panggil apa. Ada yang kata kepah dan ada yang kata kupang.

Tapi, adik Kjee kata rezeki Kjee lah nak dapat mussels yang besar2 hari ini. Satu tu panjangnya lebih kurang 2.5 inci ke 3 inci. Masa kukus tadi, Kjee alaskan kukusan dengan alluminium foil sebab tak air kupang tu jatuh dalam air kukusan. Air tu Kjee nak simpan dan bila masak, bubuh sekali. Tentu manis kan?

Rasanya macam nak buat rendang mussels esok.


Ini dia kupang yang dah dicelur. tak sabar nak masak sambal so Kjee tumbuk cili api dan bawang putih serta curahkan kicap manis. Kemudian cicah. Sedap giler babe!!!









12 comments:

Anonymous said...

Tu kupang ler Kjee. Kepah ni kulit dia tebal dan bentuk dia bulat sikit.. Masak rendang mmg sedap, letak daun kunyit byk2... mabeles...

Mrs D said...

Rendang pun OK, kak Jee. Tapi kalo yg fresh ada shell lagi ni, rebus(air sikiiiiiit je) dgn halia dan serai pun sedap juga buat ratah-ratah. Ala-ala rebus kerang, cicah sambal cili.

Noor said...

ntahlah kak jee, sebab kt kampung saya org panggil yg ni org panggil kijing!!!

anne said...

alahai kak jee. ni fav saya. sedapnyeeee! saya pon dok melaka. kawan adik kak jee tu beli kat mana?

Mat Gebu said...

Kalau kat Johor, kami panggil kupang..dan selalunya kami akan tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kupang yang dicuci bersih, gaul rata, tuang sedikit air, letak garam secukup rasa dan patah2kan cili padi 4-5 biji (optional)..kalau nak letak serai macam Mrs D tu pun ok. Lepas tu tutup dengan tudung kuali, biar masak sampai dia ternganga....hmm niceeee...makan dengan sambal cuka...penggsannn >__<

fadz said...

buat masak black pepper pun sedap gak

MAK TEH said...

rasanya org utara panggey ni,siput retak seribu,xtau la,tanya che abg kjee tu,di pantai merdeka byk ni.
steam je kjee ,best,rasa natural nya..
kjee nakacuan Pie Tee..la ni dok guna senduk air gula yg org jual minuman guna tu..

missalongwani said...

sedapnyer mende tuh kak jee...tingin sgt nak makan..wani xpenah pon lagi makan...tp tgk kak jee buat ni..meleleh air liur nih..hhuhuhuhuhuh

Kjee said...

tak tahulah anne. adik ipar kjee yang beli. tadi dia pergi kerja so tak jumpa dia.

zuraifah abdul aziz said...

sedapnyer kak jee.kitorg klu blk muar disiang hari mmg singah beli.

Anonymous said...

ini kupang kak je..atau org utara panggil siput sudu. NI bukan kijing..kijing lain. mussel=kupang, clam=kepah, cockle=kerang

Anonymous said...

masak black pepper mmg sgt sdp.klu p mkn kt senibong(johor),slalu order.slain kupang ni,seafood lain pun sdp klu dimasak black pepper

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...