Thursday, October 13, 2011

PANAS!!!!! KELAB TAAT SUAMI KELUARKAN BUKU PULAK!

Dua hari lepas Unclepali tanya Kjee samada ada baca berita dalam Malaysian Insider mengenai Kelab Taat Suami yang telah menerbitkan sebuah buku "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia".

Apa hal pulak, tanya Kjee. Kjee dah maleh nak tulis pasal Kelab Taat Suami (KTS), sebab teruk jugak kena bantai masa Kjee keluarkan kisah mereka dulu. Unclepali suruh Kjee tengok sendiri.

Dan sekejap tadi, Kjee pun tengoklah. Kulit belakangnya tertera seperti ini: “Selaku pemimpin roh, kebolehan yang Allah izinkan kepada mereka ialah boleh serentak dengan semua isteri-isteri melakukan hubungan jenis. Manakala kalau isteripun orang roh, lagilah hebat. Ke mana-mana terbang untuk atau sambil melakukan hubungan sulit itu dalam keadaan lebih nikmat dan lebih ringan dibanding dengan perlakuan yang menggunakan fizikal. Untuk itulah Abuya sedang proses isteri-isterinya ke arah roh.”

Tercekik Kjee baca. Itu belum baca bukunya lagi. Khabarnya penuh dengan keterangan terpeinci apa yang harus dilakukan seorang isteri kepada suami di ranjang. Oppssss.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. 


So semua ahli angkat tangan. Cepat2 beli sebelum diharamkan. Kalau dah baca, sharelah dengan Kjee sebab Kjee bukan ahli! Hehehe.
Bagaimanapun, ini reaksi dari JAKIM. Kjee copy paste jer lah yer.

Jakim mahu sekat buku ‘panduan seks’ Kelab Taat Suami





KUALA LUMPUR, 13 Okt — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci. 

7 comments:

  1. kak jee.. melampau sungguh ni. Alquran, al hadis takpenah suruh begini.

    Nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. wahh..isu panas2..huhuuu...

    Kjee sekeluarga sihat ke? x best laa kjee xde dah kat FB.. hmmm

    ReplyDelete
  3. kakJee..
    saya pinjam gambar kain batik lepas dlm entri kak jee..boleh yer

    saya pun minat nak tahu psl buku ni.
    tak jual kat MPH ker?hahahhaa

    ReplyDelete
  4. strategi menarik lelaki mendekati perjuangan yang haram itu. susah juga nak jadi ketua tapi pengikutnya dh tiada. terpaksalah korek apa saja idea kot...xkiralah apapun...

    ReplyDelete
  5. Kak Jee... agak2nya dah lama "ilmu" ni di turunkan kepada "sahabat2" mereka yer?? Lol. Patutlah ada jer jenayah pelik dilakukan negeria kita. Kiranya orang2 alim seperti mereka ni mesti banyak melakukan amalan2 yang baik sebagai bekalan akhirat, ni pula dah menyelewang! Senak perut lah.... mana pula asam boi aku ni.....

    Maziah

    ReplyDelete
  6. Mengarut Dan benci betul dah tak Ada benda lain lagi ke nak ditulis.

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah...apa la bodoh bebenor...mintak dijauhkan dari dugaan cenggini...amin

    ReplyDelete