Monday, October 24, 2011

PERTAMA KALI KU JEJAK KAKI DI SERI PERDANA - PART 1


Bayangkan rubbing shoulders with the country's Number One!!!

Aznan, Shila, Cik Umi Hani (pegawai di Jabatan Perdana Menteri) dan my princess

Me dengan David Low (deejay Era dulu, ingat tak) dan Shila

Bayangkan!! Kjee semeja dengan PM!!!



Beberapa hari lepas, my gud frend Noor Hasilah Ismail, bekas wartawan Berita Harian dan wartawan Agendadaily.com dan juga blogger Asam Pedas, text Kjee. Dia kata minat tak nak nonton perlawanan bolasepak antara MU dengan MC kat Seri Perdana? Kau nak, aku boleh arrange!!











Hah? Tak nak? Dah hilang akal ke tak nak!! Gilerlah kalau nak tolak tuah!. Dan Kjee pun buatlah pelbagai cancellations. Kan Kjee dah plan nak ke Melaka hari Ahad. Dah plan sejak minggu lepas. Punyalah excited! Hari Sabtu sepatutnya Kjee attend majlis bersama Majalah Jelita sempena ulangtahunnya yang ke-35. Majlis yang special untuk ex-staff. Rupa2nya Kjee silap tarikh so kami ke Melaka hari Sabtu.

Sejak pagi tadi Kjee punyalah gabra. Dalam hati, isyhh tak nak letak harapan terlalu tinggi. Tapi kalau boleh naklah bergambar dengan PM dan Datin Seri Rosmah yang dah lama Kjee kenal. Dan dah lama tak jumpa! Maklumlah hari tu masa berbuka puasa dengan PM, Nadia yang pergi dengan kengkawan Uni dia langsung tak dapat bergambar dengan PM kerana terlalu ramai orang.

So, Kjee pun fikir...alah kalau tak dapat bergambar pun tak kisahlah. Yalah tu tapi hanya Tuhan jer tahu betapa kecewanya Kjee kalau tak dapat!

Sebab itulah dari pagi, Kjee gelabah. Asyik masuk dapur je masak. Tak tahu apa nak expect. Terfikir...Dato dan Datin Seri kenal ke aku lagi? Ahh kalau tak kenal lagi pun, nak buat camner...mereka siapa, aku siapa. Sempat lagi pujuk hati ini masa memasak!

Kul 4.30 petang, kami tiga beranak ke PutraJaya jumpa Shila dan suaminya Aznan. Kami lepak dulu kat Star Bucks Alamanda, pastu kira2 jam 6.45, kami ke Seri Perdana. Masa tu orang dah ramai. Tapi dek kerana Shila masih jadi wartawan dan seringkali buat urusan dengan pejabat PM, senang jer kereta kami dapat masuk terus ke perkarangan Seri Perdana. Yehhh dasyat!! Orang lain semua kena park kat luar!!

Nadia drive terus sampai ke depan pintu masuk kediaman Dato Seri Najib. Dua abang polis datang bantu Unclepali keluarkan kerusi roda. Mereka turut membantu kami masuk ke dalam Seri Perdana. Pastu, ada seorang polis wanita yang cun, terus bawak kami ke lif! Ewah, punyalah first class treatment!! Ini semua hanya berlaku dalam drama/filem atau mimpi!!!

Okaylah...nanti part kedua, apa terjadi masa kami masuk ke kediaman rasmi Dato Seri Najib Tun Razak, akan menyusul esok. Kjee dah penat. Kjee akan tidur sambil tersenyum malam ini.

I hope it was not a dream...the most beautiful dream ever!! The evening I ate at the same table with the country's no 1...(I kept pinching myself...yess my dear Fauziah Samad, it was not a dream!!). Kalaulah mimpi dan bukan realiti, Kjee tak nak bangun tidur, pagi esok!!!! Biarlah bermimpi sampai bila2. Kahkahkah

Banyak lagi gambar esok yer. Tungguuuuu. Ada cerita pasal Nadia jugak. Amboi...ada peminat...handsome dan femes lak tu.. Ayoyo!! Pastu masa terserempak dengan Kjee waktu Kjee dan Unclepali tunggu Nadia amik kereta, dia salam Kjee sambil tunduk hormat. Kemudian dia kata: "After this I'm going to marry your daughter..." laju dia pergi ke kereta.

Hmmm Kjee balas sambil bergurau...Yesss you have to masuk Islam first tau!!! Me ready...dia sempat balas...amboi!!!!

Amboi...mama duduk kat meja PM, Nadia duduk ngan sapa tu...hehehe


9 comments:

ummi_khalish said...

assalamualaikum kjee ...beruntungnya dalam layanan kelas pertama dan duduk sebelah pm..memang terbaeklah akk...saya plak x sabar nak tunggu part 2..lagi2 part nadia..cepat kak cepat..jangan x bangun dari tido ye...hehehehe...

Along Maklong said...

salam kjee..
pepagi lagi maklong dah tumpang tersenyum2 sampai ketelinga.. tengok gambar kjee dgn PM.. maklong pun tak sabar nak tunggu cerita part 2 kjee..hihi..

sharifah rosidah said...

Wow jee cemburu aku, bestnyaq tak terkata aku tengok gambar2 ni.

Masya said...

wahh seronokknye.... dapat bergambar dan duduk semeja dengan PM, X sabar nak tunggu cerite seterusnya...

lieynanilaz said...

sugguh jeles!!...huhu..

Anonymous said...

knp kak jee naik kerusi roda..sy xtahu pun knp?blh tahu x?

Kjee said...

salam. kalau awak dah baca semua entry saya, pasti awak tahu kenapa sebab dah ada saya tulis. carilah.

Anonymous said...

cuba kak jee bg link kan senang,heheheh

Anonymous said...

sebenarnye sy baru je baca blog kak je..so bila tgk entri latest ttg kak jee naik kusi roda tu yg nk tahu n tnya kak jee sndr..blh bagi link x klo xkeberatan..tq byk2 ye

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...