Saturday, October 15, 2011

PIL KURUS? YA AMPUNNNN!!

foto ehsan google

Tadi Faridah, adik Kjee, yang putih gebu macam Kjee,  (eh dia putih tapi Kjee tak. Hehehe) antar mesej tanya samada Kjee pernah dengar sejenis ubat kurus bernama LAMI. Dia kata sepupu kami, Zaki, tiga bulan jer telan ubat tu, dah slim gilers!

Panjang lebar adik Kjee hantar sms walaupun kejap lagi dia dah nak datang jumpa Kjee lagi sebelum balik Melaka, esok. Apabila Kjee balas sepatah dua jer, dia telefon pulak. Beriya2 nak tahu mengenai pil Lami ni.

Kjee sebenarnya dah malas nak cerita pasl pil kurus. Sebut apa je namanya, Kjee pernah makan tapi hampeh. Buat habis duit jer. Kalau nak cepat kurus kena jaga pemakanan dan exercise. Itu yang aku maleh ni bila orang citer pasal exercise!


Anyway, kesian jugak Kjee dengar rintihan si Faridah ni (bukan Paridah tau. Itu kak ipar Kjee, yang slim melim!). Kjee kata Kjee tak kenal ubat tu dan Kjee tak nak rekemen. Kecewa betul nada suara dia!

Ini yang terbaik untuk kurus.
Maklumlah, Faridah ni hanya muda setahun dari Kjee. Maknanya dah tualah tu. So, di usia camni, tak payahlah nak menerai ubat2 yang sebenarnya tidak elok dimakan. Ubat2an seperti itu mengandungi banyak kesan sampingan (side effects).

Antara side effects paling femes ialah kemurungan! Betul ni, Kjee is talking from experience!! Kjee pernah murung tahap gaban sampai duduk dalam tempat gelap sorang2. Dan juga pernah tak tidur beberapa malam. Tiba2 rasa hyper active dan rajin sangat. Memalam buta masih mop rumah, mengosok dan buat macam2 lagi melainkan tidur! Dah jadi macam robot!

Akibatnya? Badan taklah kurus tapi muka jadi cengkung macam Minah Pit (bukan Brad Pitt). Pastu dengupan jantung menjadi kencang. Rasa badan macam mengigil. Jari jemari mengeletar. Satu pengalaman yang menakutkan! Hasilnya, tak kurus2 jugak!

So camner Kjee nak nasihatkan orang lain supaya makan ubat kurus! Walaupun, kata Faridah, sepupu kami Zaki sekarang dah slim, mungkin ada bende lain yang buat dia slim. Manalah tahu dia ada pergi jogging ataupun buat exercise lain!

So kalau ada sesiapa yang ingin nak kurus secara mudah (cara makan pil), Kjee nasihatkan mereka supaya jumpa doktor dulu. Dapatkan nasihat pakar yang betul2 pakar. Jangan jadikan kawan2 kita tempat rujukan!!

Kjee dah redha. Apa2 Kjee pastikan tiada penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi. Setakat ini, syukur alhamdullilah.

14 comments:

  1. Oeya sekarang pun dah tak kurus.. namun nak ambil pil takutlah.. takut mati pun iye..

    ReplyDelete
  2. Asal sihat alhamdulillah kak Jee.. rasanya nak kurus kena ikut natural way lah kot kan. By the way.. comey kak Jee & ahmad fauzee masa muda2 :)

    ReplyDelete
  3. slm kjee...miss u on wall FB....

    ReplyDelete
  4. Kjee bahaya ubat tu,kan dulu kementerian dah haramkan :( ------

    ReplyDelete
  5. a'kum....k.jee, sy nie silent reader blog k.jee....pasal ubat kurus nie, sy pun dh byk jgk try...tp biasa la....bila mkn x cntrl x brape efektif la.....tmbh x buat excersice langsung...lg la berat x nmpk turun kan....last2 sy cuba bersauna.....alhamdullilah berkesan......kos pun murah beli sekali je...bole guna selalu.....tp sy make sure sy minum air suam byk2 setiap hari...bila minum air suam byk...ternyata mmg dpt kurangkan berat bdn....dgn bersauna selama 30minit jgk,...sy dpt bakar 400 kalori.....system nie berkesan utk sy...untuk org lain wallahualam.....and tqvm k.jee for presenting such a wonderful blog....jesz79@gmail.com

    ReplyDelete
  6. comelnya kjee-ayuni

    ReplyDelete
  7. jesz, terjerit nadia bila tahu boleh hilang 400 cal ½jam. mahal ker? dia nak beli.

    ReplyDelete
  8. thnx Qaseh. Jap lagi dia datanag Kjee bagi tau dia. dia ni degil sikit. biar dia baca komen awak. hehehe

    ReplyDelete
  9. Tak payah makan ubat ubatan jaga je pemakanan, SB marah kalau makan ubat tak tentu hala, dia cakap kalau dah berumur biarlah berisi sikit kurus pun bukan Nya cantik yang penting tak Ada sakit kronik.

    ReplyDelete
  10. bukan akulah shidah. adik aku tu pandai2.

    ReplyDelete
  11. k.jee....pd jesz x mahal sgt la...sbb kita beli sekali je...n guna berkali2....nadia tahan panas x k.jee? sbb sauna nie panas...but suhu kepanasan boleh di adjust...range harga dlm rm480 - rm 680...tgk set mana k.jee nk beli...Jesz guna yg FIR....k.jee n nadia nk try x? dtg bangi contact jesz...bole try set jesz....if ok rasa tahan panas tu leh beli tuk guna sendiri....sauna ni bagus utk resdung n sinus gk tau k.jee....

    ReplyDelete
  12. hai kak jee..i like reading your blog foe recipes and current updates..pasal Lami..well..saya pernah makan..memang..u will loose weight..but the effects are:- u will sweat like a"lembu pendek', badan akan rasa panas sentiasa..heart palpitations,moody...lepas berhenti makan this pill you will put on double the weight :( and yes its not recommended by our health ministry..and yes i agree, the best is maintain..eat well and exercise.
    tq for lovely blog..

    ReplyDelete
  13. ya betul! ubat2 kurus ni banyak sangat side effects. mintak dijauhkan daripada tergoda menerainya!!

    ReplyDelete
  14. wahhh...bz sgt sy lama x jenguk blog k.jee..

    ubat lami tu bahaya k.jee (pengalaman sy makan x tya doktor dulu). Sy baru makan 5 hari... hari ke 6 sy jd haus..tersangat haus... minum la air berbotol2..tekak tetap kering. lepas tu berpeluh macam wat larian 4x400meter walaupun kita x wat papepun..esoknya sy makin haus..makin berpeluh & kerap nak pitam. sy berhenti makan ubat tu & terus search tenet..rupa2nya ubat tu dah diharamkan dan sebulan sblm sy makan sorang perempuan cina mati sbb ubt tu.. dan simptom2 yang sy lalui tu..sama cam pompuan tu. terus sy buang ubt tu kak jee. mula2 sy nak marah si tukang jual sbb jual ubat haram...tp pk2 balik, sy yg slh sbb x cari maklumat dulu...huhuhu.. sengalkan. sy insap dah ni kak jee...hahahha... jgn bg adik kakjee makan tau...

    ReplyDelete