![]() |
| I like. cantik kan? Ini jenis enamel |
![]() |
| Sekaya sapu pada roti bakar...marvelous!! |
Bonda sangat ramah. Semua orang suka kawan dengan dia tak kira bangsa. Kalau ke pasar, habis orang Cina, India, Benggali dan Serani dia tegur. Dan kerana itulah, Bonda boleh masak pelbagai jenis makanan sebab dia pandai kecek resipi kawan2 dia. Kiranya Bonda Kjee sudah amalkan konsep 1 Malaysia sejak Kjee kecik2 lagi.
![]() |
| Ini stainless steel |
Tapi kalau tak silap Kjee mak guna sukatan 1 mangkuk untuk telor, ! mangkuk pati santan dan 1 mangkuk gula. Gula tu dia buat gula hangus yang jangan terlalu hangus. Bila dah brown sikit jer (untuk warna), dah cukup. Pastu dia pukul telor dan bubuh santan. Daun pandan dia blend dengan sedikit air. Perah dan masukkan. Kacau sampai rata semua bahan termasuk gula hangus, bubuh dalam periuk kecik dan rendamkan periuk dalam periuk lebih besar berisi air. Pastu dia masak sambil kacau sampai pekat. Kaedah double boiling lah tu. Kalau malas nak buat gula hangus, boleh ganti guna gula merah.
Kalau bonda ada periuk double boiling cam sekarang mesti dia lagi happy.
Tadi Kjee google dan jumpa banyak fesyen double boiler. Tapi bukan Malaysia punya tau. Ini antarabangsa. Jangan nanti ada pulak yang order Kjee apa yang dia orang nampak kat sini tau! Hehehe
![]() |
| Ini enamel |
![]() |
| Ini jenis kaca |
![]() |
| Ini yang Kjee jual |







3 comments:
salam jee..pm harga kt akak ye
Kzai emel kat Kjee...fauziah.samad@gmail.com
Jee mak aku dulupun masak sekaya guna kuali yang ada air pastu dia ambik periuk kecik pastu masukkan periuk tu dalam kuali, kalau kita fikir2 orang dulu dulu lagi kreatif kan.
Post a Comment