Monday, October 3, 2011

SEMAK PERUT GUNA HANDFON

Masa muda Dato Yusof lagi hensem dari anaknya tau! foto album cik google
Itu dia. Bukan sahaja bahaya terkena radioaktif  dan akhirnya kena kanser,  tetapi sebenarnya telefon bimbit memang mengundang seribu bahaya. Bagi orang yang banyak hutang, telefon bimbit adalah musuh nombor satu nya! Kemudian bagi mereka yang gemar 'pasang dua tiga', hah telefon bimbit pun amat menyukarkan.

Kenapa pulak handfon menyukarkan bagai mereka yang pasang 'dua tiga kaki'? Hah sebab nanti mereka akan dapat sms macam2 dan kalau sms tu tak sampai ke telinga (mata?) isteri tak apalah kan? Tapi kalau sampai? Hah masa tu bukan periuk belanga jer terbang melayang2, bumbung rumah pun boleh terbang!!

Kjee pun dah mula 'semak perut...(ini dailog Unclepali) apabila bunyi saja handfon. Maklumlah, deadline buat skrip dah terlepas. Produser dok telefon/sms tanya bila nak siap!! Aduhhh. tapi Kjee jawab semua tau. Kalau tak jawab maknanya Kjee tengah duduk dalam 'bilik termenung'.

Kjee kalau masuk kat bilik tu, takkan bawak punya. Dulu pernah sekali terbawa dan terbunyi. Amboi si pemanggil siap tanya, ko dalam tandas ker? Macam mana tahu? Bunyi cam dalam gua lah, dia kata. Oh ya ker?

Teringat Kjee pada  cerita2 cikgu masa Kjee sekolah dulu. Bilik air tempat paling baik untuk test suara. Kalau menyanyi, suara mesti sedap punya!! Walaupun, sebenarnya suara tu bunyi sedap sikit daripada kodok! Hehehe.

Berbalik kepada penggunaan telefon bimbit ni. Kjee bukak citer sebab baca dalam mStar pagi ni pasal Dato Yusof Haslam dah bertahun tak guna handfon sebab bimbang akan kucar kacirkan rumahtanggannya.

Dulu pasti korang tahu, ada gossip pasal Dato Yusof yang masih ganteng ni, ada main cinta dengan artis2 wanita lawa tanahair. Sebenarnya bukan Dato kita yang main cinta tapi artis2 tu yang syok sendiri! Pastu bila terlebih syok, antarlah sms yang bukan2. Habis tu, Dato ni bukan jenis tahu nak padam sms yang diterima. Bila diletak fon merata2, apabila bunyi, Datin jawab. Haaah tu dia.

Serius cakap, Dato Yusof ni Kjee kenal sejak Kjee anak dara lagi. Dia bukan playboy walaupun antara pelakon lelaki paling handsome dan bergaya. Dia cukup setia pada yang satu. Masa Kjee kenal dia dulu, isterinya Raja Nor Saadah, penyanyi kelab malam. Tiap malam, beliau setia tunggu kat satu pub tidak jauh dari kelab malam Raja Nor. Kjee pun seringkali singgah kat sana cari bahan cerita.

Abang Usop bual2 dengan pelanggan pub tu yang pasti tahu dia siapa. Bila time isterinya habis kerja, abang Usop terus pergi jemput. Tak ada 'melencung' kemana2 atau merono merenah (kata orang Jawa). Tapi nak buat camner jodohnya dengan Raja Nor tak panjang. tapi hingga ke hari ini mereka masih berkawan baik.

Jadi, sekarang beliau dah guna handfon balik sebab Datin yang suruh. Kalau nak ikut Dato, dia memang tak nak sebab semak perut, agaknya.

So artis2 yang Miss J, dan bukan Miss J yang cuba nak enter frame dalam hidup Dato Yusof dan Datin Fatimah, fikirlah 10 kali sebab Dato dah bagi warning. Nombor handfon dia khas untuk wartawan dan teman2 rapat serta keluarga. Eh Kjee boleh ker? Nanti nak cuba mintak. Hehehe.

3 comments:

ct rahani said...

x leh bayangkan klu x pakai henfon.. :)

HappyIrfa said...

oh kagumnya..untung puan fatimah :-) moga rumah tangga mereka aman damai hingga hujung nyawa

THE LEKAT LEKIT STORY said...

setianya Dato Yusof yer.. Alhamdulillah dpt suami camtu. bkn takat hensem, kaya & setia

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...