Thursday, October 13, 2011

SETIAP RUMAH HARUS ADA KAIN BATIK LEPAS!


Apa pulak Kjee ni duk menayang kain batik ni? Kjee dah jadi peniaga kain batik ker? Isyhhh dok aihhh, kata oghang utara. Bukan Kjee jual tapi Kjee nak habaq mai sikit kegunaan kain batik lepas ni. Amboi dah tukar slang ker? Taklah...suami kita orang Utara tau (Kedah). Tapi dilahirkan di Pahang.

Dah nak merapu berjela2 pulak. Okay back to entry ni. Kain batik lepas Jawa ini, adalah pemberian sahabat Kjee, bernama Ery atau Wan Khairi. Beliau kini sedang mengerjakan haji di Tanah Suci. Mudah2an selamat di sana.

Kjee pun pelik bila Ery datang rumah satu hari dan hadiahkan Kjee kain ni. "Kita dah tua Jee. Mesti siap sedia bende2 cam ni supaya kalau jadi apa2, taklah menyusahkan mereka yang kita tinggalkan," kata Ery. You are so thoughtful Ery, Thnx a million!!

So korang fahamlah sekarang kan, kain ini untuk apa? Hah pandai pun. Untuk menutup jenazah. Maklumlah, kalau kita tinggal jauh dari bonda, adik beradik dan sedara mara, especially kat bandar2, kalau terjadi apa2, taklah kita terkial2 kan?

Masa Ery berikan kain ini, Seri, maid Kjee yang berbangsa Jawa dari Indon beritahu, maknya turut membekalkan dia dan kakaknya sehelai sorang kain batik lepas ini. Mak dia berpesan, jangan digunakan kain itu. Hanya untuk tujuan tertentu. Dan kain yang dibekalkan ibunya, masih disimpan elok walaupun dah banyak tahun Seri dan kakaknya Watie, tinggal di Malaysia.

Hari itu masa Kjee sibuk kata nak jahit kain batik yang mak mertua Kjee beri, ada yang kata jangan dijahit semua kain batik tu. Tinggalkan sehelai tanpa jahit. Kjee faham maksud dia. Kjee beritahu, Kjee memang ada sehelai batik lepas Jawa yang khas, dan tidak digunakan.

Memang susah nak dapat batik lepas Jawa dari Indonesia di sini. So kalau ada kengkawan yang pergi shopping kat Bandung, kirimlah kat mereka suruh belikan. Sediakan payung sebelum hujan! Ia sepatutnya menjadi salah satu barang yang harus ada dalam setiap rumahtangga.

11 comments:

Aziela said...

Kalau nak sedang elok, 3 helai. Selesa sikit. Kadang2 orang jawa kendong anak pun pakai kain batik lepas nie. Senang sungguh nak memasak.

Dunia familyku said...

Kawan saya ada sorng kak jee bila mak dia kirim beli kain batik lepas, dia rasa serba salah nak belikan.

HappyIrfa said...

kak jee..
nak tumpang link entri ni yer
saya pun ada citer tentang kain batik lepas ni

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Jee..
Kak, dulu masa arwah nenek sebelah hubby meninggal, Naz pun ada terfikir cam ni.. Siap boleh fikir baik sediakan kain putih siap2.. Bukan apa, sbb masa proses menguruskan arwah berlangsung, Naz lihat masa tu cam kelam kabut sikit sbb bbrp barang x de dan tak cukup. Ye lah betullah kata kak Jee tu..Harap2 bila kita menutup mata kelak, tak menyusahkan sesiapa bila tolong menguruskan kita..

SURIA AMANDA said...

Mak i pun ckp..setiap umah mesti simpan kain batik lepas....utk persediaan sebarang kemungkinan katanya...

MAK TEH said...

assalam kjee,suka sangat entry nih,mak teh pun ada siapkan sorang satu kain lepas ni..maknanya ada 7 helai lah..mula2 tu ada 2 saja,tapi lepas tgk drama yg Fauziah Nawi berlakon yg semua anak2nya meninggal time nak blk raya tu..kjee ingat tak apa nama drama tu?mak teh kecut perut,terus beli sorang satu bila pi Batam..tiap kali buka lemari,kecut perut tgk kain2 tu semua...kjee sihat?

Kjee said...

Itulah mak Teh. kena beli lagi. Tapi kena cari fren yang gi Indonesia. Kat sini susah sangat nak cari. Kjee sihat, alhamdullilah. terima kasih.

Ezza said...

Kak Jee..nak sikit lah..kalau tak guna kain batik tak boleh ker..pakai selimut putih ker...tanya jer ni..
Masa anak saya meninggal dulu..saya memang tak da kain batuk ni..saya tutup jenazah pakai selimut saja...masa tu tak terfikir langsung nak beli kain ni...tapi jiran jiran sedekah kat saya kain ni...ada lagi saya simpan ni..mana tau gikiran kita pulak lepas ni...

Kjee said...

Ezza, penggunaan kain batik macam ini bukanlah satu kemestian. kain apa pun boleh asal bersih dan biarlah jangan ada gambar2 kartun, manusia, bianatang dan sebagainya. biarlah ebrsopan sikit sebab kita kena hormat jenazah. actually, sejak zaman berzaman lagi orang melayu guna kain batik. sekarang ini ada orang guna kain sepra (macam alas meja) berlace. apa2 pun boleh asalkan hati kita tenang dan conscience kita clear.

mn fija said...

Alhamdulillah Fija dah ada 2 helai kain batik jawa lepas ni, kakjee...dah lama sangat simpan..masa belum kahwin lagi....Tapi memang ada dengar sebaik2nya kita simpan...kekadang ada juga bagi tau anak2..utk apa fija simpan kain batik lepas tu....Ada baiknya juga,bila tengok kaintu teringatkan kematian...so kita dapat beramal..itu pengalaman saya..

Anonymous said...

Salam,

Dulu saya takut benda2 berkaitan kematian ini. Batik lepas jawa, bunga kemboja tapi bila fikir balik kenapa pulak nak takut dan percaya sangat perkara macam ini. Bila ajal dah tiba , kita mati lah. Sekarang saya tanam bunga kemboja depan rumah dan buat batik lepas jadi cadar katil..zuljb

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...