Friday, October 28, 2011

SUDAH DUA MINGGU BANGKOK DITENGGELAMI BANJIR


ehsan google
Keadaan banjir di kota Bangkok Thailand semakin meruncing. Sudah dua minggi ditenggelami banjir. Ini sesuatu yang agak luar biasa walaupun kita tidak boleh menolak ketentuan Allah swt. Mungkin ada hikmah disebalik semuanya. 

Dan berita yang Kjee baru baca dalam The Star Online ialah pihak berkuasa Thai meramalkan 'air yang lebih besar' akan mengancam penduduk Bangkok hingga hujung minggu ini.

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra telah mengumumkan cuti 5 hari kepada penduduk sekitar Bangkok yang berjumlah 12 juta orang ekoran bencana alam itu. Sehingga berita ini ditulis, Bangkok telah ditenggelami air selama dua minggu. Dan ia dijangka melarat hingga dua minggu lagi. Berjuta2 penduduk telah diarah keluar ke tempat lebih selamat.

Malaysia juga telah mengeluarkan arahan agar rakyat kita tidak melawat Bangkok dalam masa terdekat ini melainkan betul2 memerlukan.

So kalau korang dah ada perancangan untuk cuti ke Bangkok, eloklah ubah strategi. Cuti2lah dalam negara.

Khabarnya, banyak barangan yang selama ini didatangkan dari negara Thai, kini tersangkut ekoran bencana alam tersebut. Mudah2an peniaga Malaysia tidak akan menggunakan kesempatan ini untuk memberi alasan untuk menaikkan harga makanan dan barangan lain.


4 comments:

Anonymous said...

kesian pekerja kilang yang mana barang asasnya datang dari Thailand, turut sama terasa tempias, tutup kilang sementara.


zany

zuwaidah said...

subhanaallah! Allah lebih berkuasa. saya sendiri pun kasihan dgn apa yg dialami oleh penduduk thailand. sungguh banjir kali ni memang luar biasa sekali.

Kasmawati Jaafar said...

berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul kan kak jee? bersyukurlah negara kita masih selamat dari bencana-bencana alam yg dahsyat macam tu. ada hikmah semua tu..

ieda said...

janganlah banjir Thailand ni melarat ke Hadyai...sebab kalau sampai Hadyai mesti sampai area utara ni...dijauhkan Allah hendaknya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...