Monday, October 17, 2011

VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA BERI HARAPAN KEPADA YANG TIADA PAKEJ

Aizat dulu dan sekarang!! foto semua gua google


Vokal Bukan Sekadar Rupa, made it's debut (muncul kali pertama)  malam tadi. Kjee dah agak dah ia akan menjadi Battle of The Bulge. Species macam Kjee memang ramai yang berbakat tetapi mereka diketepikan kerana tiada pakej.

Tahniah TV3 kerana menyedari Vokal Bukan Sekadar Rupa. Patut dah lama dah industri ini ambil kira mereka yang tiada pakej tapi ada bakat. Memanglah pakej penting. Tetapi apabila pakej sahaja dikejar2kan, maka jadilah lah longgokan 'penyanyi sampah' dalam industri ini. Ini bukan tuduhan tetapi kenyataan!!

azmeer
Tabik spring kepada idea di sebalik rancangan ini. Dan Kjee pasti, ramai yang duduk depan TV, menantikan kemunculan program ini tadi, sudah bersiap sedia untuk menyaksikan bakat2 hebat di kalangan mereka yang 'tiada rupa'.

Malangnya, Kjee kecewa kerana ingatkan peserta yang mengambil bahagian tentunya dikalangan kekurangan pakej yang amat ketara. Tetapi alhamdullilah, mereka semua boleh dibentuk dari segi penampilan setelah muncul sebagai penyanyi kelak.

Tentu korang ingat lagi Aizat, Sahri dan juga Bob dari Akademi Fantasia. Mereka kurang dari segi pakej ketika mula2 muncul dulu. Tetapi suara memang sukar ditandingi berbanding dengan mereka yang ada pakej. Tetapi AF citer lain. Pemenang bersandarkan kepada sms. Lawa muka, banyaklah dapat undian!!. 

Aizat sahaja yang berjaya menukar samasekali imejnya sewaktu dalam AF. Aizat was nothing to look at masa dalam AF. Tapi korang tengok sekarang. Dan Kjee past, peserta2 VBSR, akan berubah from an ugly cocoon to a lovely butterfly! Tak mustahil, Insya Allah.

Kesemua lima peserta yang mengambil bahagian dalam episod pertama VBSR malam ini, hebat2 belaka. Malah, Epit yang tersingkir turut mempunyai suara yang merdu. Cuma nasib tidak menyebelahinya. Tahniah Mafa, Asmidar, Asmarul dan Boby.

"Saya memang bercadang nak kuruskan badan saya. tetapi buat apa saya harus tipu diri saya. Nilaikanlah saya kerana bakat saya," demikian luahan sebahagian besar mereka.

Ya betul. Nilaikan mereka dari bakat yang mereka ada bukan rupa sebab itulah tujuan sebenar rancangan ini. Lihat sahajalah rancangan American Idol. Tak semuanya ada pakej. Yang tersenarai dalam kategori mereka yang benar2 ada pakej boleh dikira dengan jari.

Ini hanya permulaan. Mudah2an dalam episod2 seterusnya, golongan yang kurang bernasib baik seperti Orang Kelainan Upaya juga diberi peluang. Ini termasuk golongan cacat penglihatan. Semoga tempat mereka selepas ini tidak sekadar menyanyi di kaki2 lima kota.

Juri malam tadi terdiri dari Azmil, Erra Fazira dan Dato Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan. Suka tengok pandangan yang dilemparkan oleh Azmeer. First time Kjee tengok Azmeer 'menghargai' bakat yang ada pada mereka yang kurang ada pakej! Selalu mulut dia cam siot jer kondem peserta!!

Sesungguhnya Vokal Bukan Sekadar Rupa memberi sinar harapan kepada yang tiada rupa! Thumbs Up For TV3!!

Juri VBSR






4 comments:

  1. Salam Kjee, sedikit pembetulan :) Bukan Azmil tetapi Azmeer yg menjadi juri tetap VBSR ~Hana

    ReplyDelete
  2. terima kasih. azmeer nama penuh apa hah?

    ReplyDelete
  3. sama sama. info ini saya petik dari google: penggubah lagu kelahiran Singapura, Azmeer (atau nama sebenar Azhar Abu Bakar) ~hana

    ReplyDelete
  4. betul betul betul azhar abu bakar. thnx

    ReplyDelete