Pages

Tuesday, June 4, 2013

FRIED DUMPLINGS UNTUK MAKAN MASA RELEK2







Plan buat lain, jadi lain pulak. Hehehe. Actually Kjee nak buat dumplings soup jer hari ni. Cuaca panas so tak lalu nak makan nasi berlaukan makanan yang boleh menambahkan kepanasan badan.

Tapi apabila melihat banyak sangat inti ayam campur udang untuk dumplings soup, akhirnya Kjee buat keputusan buat jugak fried dumplings. Fried  dumplings ini selalu Kjee order kalau pergi makan kat Restoran Ampang Yong Toufoo depan Ampang Puteri Medical Centre. Dah lama Kjee tak ke sana lagi setelah mendengar pelbagai cerita.





Kalau buat inti ikan seperti yang dibuat restoran tu pun okay jugak. Tapi Kjee tak pernah kesempatan nak buat inti ikan.

Anyway, tak susah buat fried dumplings ni. Lebih leceh buat dimsum. Tapi teknik dan bahan2nya sama juga. Cuma di akhirnya, ia digoreng. Lihat sini.


Kulit wantan, inti dan gum yang diperbuat dari tepung jagung campur air dalam remekins tu






Bubuh atas daun pisang elak melekat




























Kjee guna wantan pastry empat segi. Letak kira2 satu sudu kecik inti di tengah2 pastry tu dan lekatkan menjadi 3 segi menggunakan air tepung jagung seperti gum. Ini tak boleh letak banyak2 sebab kulit wantan tu akan terbukan ketika menggoreng. Ulang sampai habis dan goreng guna api sederhana. Kalau api panas sangat, bimbang inti tak masak.

Kalau api terlalu panas jugak, maka jadilah permukaan menggerutu macam Kjee buat. Hehehe.

Makan ketika panas2 dengan sos cili. Enak untuk sarapan, minum petang dan suka hati bila nak dihidang. Tadi Kjee buat lebih dan bekukan. Bila senang boleh goreng. Atau ada kengkawan datang tak beritahu, boleh digoreng dan hidang.

Malam ni nak buat pulak dumplings soup sebab stok ayam dan kulit udang sudah direbus dan dumpling pun dah buat. Kjee buat bentuknya berbeza dari yang digoreng.


Untuk dumplings soup, bentuknya camni

1 comments:

Irfa said...

kreatif kak jee ni ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...