Friday, May 4, 2012

AL FATIHAH. MOGA ROH HUSNI MOHAMAD RAWI TENANG DI SANA.


Hari2 terakhir Bob - foto ehsan Mstar


Kali terakhir Kjee temui Bob, kira2 dua tahun lalu. Ketika itu pihak SENIMAN mengadakan pertemuan dengan Kjee dan Bob untuk menyampaikan sumbangan persatuan itu. Kjee dan Bob adalah antara artis uzur yang dipilih untuk menerima bantuan wang dan juga barangan.





Pertemuan itu diatur di Restoran Bangi Kopitiam Taman Melawati (sudah tutup tahun lalu tetapi bakal dibuka semula di tempat sama tidak lama lagi). Ketika Kjee sampai di restoran itu bersama Nadia, hanya kelihatan Bob sahaja. Ahli2 SENIMAN yang lain masih belum sampai kerana sejak pagi mereka menziarah seorang demi seorang artis yang uzur.

Apabila Kjee masuk ke dalam restoran dan ternampak Bob, kami bersalaman. Bob memandang Kjee 'macam nampak hantu'. Matanya tidak terkelip2 memandang Kjee. Kjee rasa pelik jugak. Walaupun tidak begitu rapat dengan Bob tetapi dia memang rapat dengan Unclepali. Mereka berkawan sejak Unclepali bujang. Dan Unclepali pernah menjadi sessionist (bermain gitar) untuk salah satu lagu yang dirakamkan Bob.

Kjee tanya kenapa Bob pandang Kjee semacam jer. 

"Kak Jee. Saya macam tak percaya jumpa akak hari ni. Malam tadi saya baru bermimpi jumpa akak," katanya sambil merenung tepat muka Kjee bagaikan melepas rindu.

Kemudian sambil dia makan (Kjee ingat lagi dia order nasi dagang dan habis dalam sekelip mata), Kjee tanya Bob mengenai kesihatannya. Masa itu dia baru sahaja keluar hospital.

"Awak sakit apa Bob?" tanya Kjee. Bob tidak menjawab. Dia kelihatan seperti keresahan. Kemudian dia tunduk memandang pinggan nasi dagang yang sudah kosong. Sesekali dia menarik nafas panjang. Nadia memberi isyarat mata pada Kjee supaya jangan bertanya lagi.

Kjee merumuskan ketika itu Bob mengalami kemurungan yang amat kronik (chronic depression) daripada bahasa tubuh atau body languagenya. Macam2 cerita Kjee dengar mengenai rumahtangganya. Mereka masa itu belum bercerai tetapi sudah tidak tinggal sebumbung.

Habis majlis, kami pun pulang. Bob beritahu Kjee (ketika itu Kjee naik kerusi roda), dia akan cuba usahakan ubat untuk sakit lutut Kjee. Dia kata kawan baiknya dR Sam (penyanyi Saya Anak Malaysia), ada ubat tradisional untuk merawat sakit lutut. Dan dia berjanji akan menelefon Unclepali untuk beri ubat itu. 

Selepas itu Kjee langsung tidak mendengar khabar berita mengenai Bob. Tahun lepas, sahabat Kjee, Wan Noor Rizan beritahu Bob masuk hospital Tawakkal sebab terjatuh di bilik air apartmentnya. Wan pergi melawat bersama suami, pemuzik Johan Abdullah atau JP, dan anak mereka.

Kata Wan: "Kjee, Bob nak sangat jumpa Kjee. Dia ada ubat untuk Kjee. Ubat kurus. Dia tunjuk pada saya ubat tu. Dia ada ubat tu kat Hospital Tawakkal untuk Kjee." Baca sini.

Malangnya, Kjee tak sihat untuk melawat Bob. Kemudian beberapa bulan lalu apabila Kjee bersarapan pagi di Kota Damansara bersama Mazidul Akmal, Kjee diberitahu Bob tinggal berhampiran. Tetapi Kjee masih tidak tergerak untuk melawat Bob. Mungkin kerana Kjee pun bukannya sihat sangat untuk melawat orang yang tak sihat.

Dan petang tadi ketika Kjee terlena depan TV seketika, Kjee dikejutkan dengan panggilan telefon dari Wan Noor Rizan.

"Dah dengar berita ke Kjee? Bob dah tak ada," kata Wan Noor Rizan sebak.

Kjee terpinga2. Speechless.

"Kjee yang kena serangan jantung, awak yang pergi dulu Bob. Moga rohnya tenang disana."

Jenazah Bob sudah dibawa ke kampung halamannya di Negeri Sembilan selepas Maghrib tadi. Khabarnya akan dikembumikan pagi ini.

Al Fatihah.

Related Posts:

  • KENANGANKU BERSAMAMU GURU Ingatan Kjee ketika Hari Guru ketika di Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak cukup samar-samar. Zaman itu - lewat 60-an, tiada sambutan Hari Guru seperti sekarang ini. Kami semua tahu 16 Mei adalah … Read More
  • MAK... I'VE NEVER STOPPED LOVING YOU Ini tahun ke-19, Kjee menyambut Hari Ibu tanpa insan istimewa itu, di sisi. Tetapi ingatan Kjee kepadanya bukan setakat 19 tahun sahaja setelah beliau tiada. Ingatan Kjee kepadanya tiada batas, tiada sempadan.… Read More
  • BAJU RAYA TAHUN LEPAS LEPAS MASIH ELOK TAPI DAH KETAT? MASALAH KE? Ini masalah korang? Tiga minggu lagi kita nak Raya. Kjee pasti ada yang rasa macam nak menangis apabila kain ela yang dibeli semua kena reject tailor. Maklumlah, last minute baru nak gi tempah kan? Mujurlah mokcik a… Read More
  • 13 MEI 1969 --SOROTAN REMAJA BERUSIA 13 TAHUN 43 tahun lalu. Tanggal 13 Mei, 1969. Keluarga Kjee - bapak, mak, Kjee serta dua adik iaitu Faridah dan Fazilah. Abang Fauzee ketika itu belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). innity_pub = "d1dc3a82… Read More
  • KERANA MU CIKGU... Hari ini Hari Guru. Teachers Day. Kjee cuba mengimbau kembali zaman Kjee bersekolah. Sekolah rendah di merata tempat. Pernah sekolah rendah di Peel Road Convent Kuala Lumpur, Kota Road Covent Taiping dan Sekolah R… Read More

14 comments:

  1. he is a good guy..moga tenang disana bro..al-fatihah..amin

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya.

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah buat Allahyarham Bob. Semoga rohnya tenang di sana. Takziah buat keluarga Bob. Baru nampak dia kat TV hari tu....

    ReplyDelete
  4. Moga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Alfatihah

    ReplyDelete
  5. al fatihah semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

    ReplyDelete
  6. Alfatihah...turut bersedih

    ReplyDelete
  7. alfatihah, moga arwah tenang disana.. amin...

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah kepada Allayarham.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah ''

    .. Kematian adalah satu perjalanan untuk menuju ke arah sebuah kehidupan yang kekal abadi ''...

    ReplyDelete
  10. Alfatihah dan takziah utk keluarga beliau.

    kakjee...zana ambil resipi sup ikan merah tu dr kakjee, terima kasih ye.

    ReplyDelete
  11. Al Fateha dan salam takziah untuk kerluarga Bob

    Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang disana

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum kjee
    apa kabar..... kjee sihat ke?
    2 hari takda post kat blog..harap saya kjee sihat.

    ReplyDelete
  13. al-fatehah.. moga rohnya dicucuri rahmat...

    semoga kak jee pun baik2 aje.. jaga kesihatan yer...

    ReplyDelete