Tuesday, July 16, 2013

KAK MIE PILIH BERTUNANG DI BULAN RAMADHAN

Direstui bonda mertua. - foto ehsan mStar

Tunangan tercinta


Rasa2nya jarang sekali ada orang buat majlis bertunang mahupun bernikah pada bulan Puasa. Biasanya, di bulan Ramadhan, ramai yang memilih untuk melipat gandakan amal ibadat.

Apapun, pemilihan satu tarikh di bulan Ramadhan, mungkin cara produser kontroversi untuk memperoleh berkat untuk kehidupan kedua yang bakal dilaluinya. Justru dia memilih bulan Ramadhan untuk bertunang.

Pada Kjee, alang2 dan memilih bulan yang baik, kan elok nikah sahaja. Boleh lah bersahur, berbuka dan menyambut Aidifitri bersama2, kan?

Raja Azmi dan Eddie, pemain gitar sebuah kumpulan rock popular satu ketika dulu, kini sah bertunang dalam satu majlis yang diadakan di rumah produser itu. Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada 15 September depan.

Raja Azmi bercerai hidup dengan pasangannya Jailani Sidek sementara Eddie sudah 5 tahun kematian isteri.

Kata orang tua2, dalam waktu pertunangan, banyak ujian akan dilalui. Mudah2an kedua2nya yang mungkin pernah melalui saat2 manis bertunang, akan berjaya menepis segala ujian dan dugaan. Dan kali ini mereka akan bersama hingga ke nafas akhir, Insya Allah.

Untuk berita selanjutnya, baca sini.

Related Posts:

  • SAZZY, NAZRIL DAN BUAH HATI MEREKA foto mstar Comelnya Iman Lilly dan Tiara Rose, baby kembar aktres Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus. Siapa sangka Sazzy yang kecil molek mampu melalui penghamilan selama 9 bulan untuk sepasang anak kembar. Itulah kuasa… Read More
  • SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH Oleh KEMALIA OTHMANWalaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,Shahezy memberi… Read More
  • AARON DAH MOHON JADI PENDUDUK TETAP MALAYSIA! Buka TV1 muka dia, TV2, TV3, Astro...mesti ada muka Aaron Aziz. Kekadang Kjee rasa pelik jugak. Aaron ni asyik berlakon kat Malaysia, bila masa dia balik kampung halamannya di Singapura. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f8… Read More
  • YASMIN HANI DAH JADI ISTERI SHA'ARIN Selamat pengantin Baru diucapkan kepada pelakon Yasmin Hani Richardson dan bekas anggota Black Rose Sha'arin Mohammad Razali. Semoga kekal ke akhir hayat. Sha'arin tetap memilih pelakon sebagai isteri setelah berpisah deng… Read More
  • AISHAH LEBIH RAPAT DENGAN ANAK2 SELEPAS BERCERAIOleh KEMALIA OTHMANAishahKUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.Kata Aishah, … Read More

1 comment:

  1. Tahniah buat Raja Azmi. Alhamdulillah...moga dipermudahkan urusan buat mereka berdua.

    ReplyDelete