Thursday, August 1, 2013

PEMBUKA SELERA PALING UMPPHHHH












Hahaha mesti korang menci sangat2 kat Kjee. Masa Kjee edit semula gambar2 ni tadi, dah terlior bergelen2. Mujurlah iman di dada masih kukuh. Tinggal sorang2 pulak tu. UnclePali gi posto. Isyhh kalau tak kuat iman mahu... oppps niat macam tu nanti kurus pahala puasa.

Inilah appetizer atau pembuka selera paling Umppphhhh baik bulan puasa atau tak puasa. Ada yang tak makan budu atau cencalok tapi Kjee baham semua, Especially kalau ada ikan bakar atau rebus jer ikan cicah dengan  budu. Perghhhh.









Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan2nya

segenggam ikan bilis, dicuci dan keringkan
cili padi/cabai burung ikut suka kepedasan (lagi pedas lagi sedap)
1 labu bawang sederhana besar
garam
limau

cara:
Tumbuk cili padi hingga halus, masukkan bawang dan teruskan tumbuk sampai halus. Pastu masukkan ikan bilis dan sambung tumbuk tapi tak payahlah halus2 sangat. Bubuhlah sikit jer garam sebab ikan bilis pun dah masin. Perah sikit jus limau, kacau sampai rata.
Itu jer. Sedapnya susah nak cakap especially kalau badan tak sihat dan tekak meragam. makan dengan nasi panas. Tak payah masak tau.
Ada lagi sambal gesek cara Jawa. Bawang dan cili digoreng seketika. Bilis pun digoreng garing. Pastu tumbuk semua bahan2 tadi. Bubuh sikit garam dan jus limau. 

Budu dengan cencaluk, pandailah korang buat kan?



Budu





Cincalok








Hari ni Kjee plan nak buat Sambal Gesek Ikan Bilis, Gulai tempoyak Ikan Kembung dan sayur tak pasti lagi. untuk berbuka puasa. Kalau buat gulai tempoyak dalam rumah Kjee, tak bleh guna ikan sungai. UnclePali tak makan. Eh kalau buat telor dadar kacang panjang pun okay kan? Ada sayur gak tu. Setttt.



Telor Dadar Kacang Panjang. Resipi klik Sini.













Gulai Tempoyak Tenggiri Bunga. Klik sini.



Related Posts:

  • ROTI BOOM YANG KEBAHBOOOM UNTUK SAHUR Kita hampir masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan. Biasanya dari hari pertama hingga minggu kedua, memang rancak kita bangun sahur. Anak2 yang baru belajar puasa pun tak sabar nak dikejutkan sahur. Bagaimanapun, samp… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA/SAHUR ...6 Kalau ingin mengubah selera dari makan nasi setiap hari, Kjee akan menyediakan bubur nasi dengan lauk pauk beranika jenis. Ini adalah antara menu favorite Kjee dan Nadia. Bab bubur nasi ni, UnclePali kureng sikit terut… Read More
  • HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang. Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular sepe… Read More
  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung… Read More

8 comments:

  1. ei..mmg menci sgt lah tgk post kak jee ni..hehe..btw thanx kak jee..buat halwa mata pun jadila..

    ReplyDelete
  2. mmg kurus puasa saya hari ni...kenyang telan ailio

    ReplyDelete
  3. ini mmg betul2 menggoda ni kak jee. sambal gesek paling laku kalau kat umah ni.

    ReplyDelete
  4. Oh kak jee. Nampak sambal gesek tu mcm sedappp....mck x mkn pedas sgt tpp pakcik n anak2 sukaaa sgt pedas.
    Daging kaprau mck dah cuba haritu...sedap

    ReplyDelete
  5. Kak Jee nih...menggugek keimanne jer tau... Bukan mulut jer pose...mata pun kena pose tau?!

    ReplyDelete
  6. Alah kak je saya mcm x lalu je nak mkn hujung2 puasa ni tapi sambal gesek mak oiii meleleh ayaq lioq.

    ReplyDelete