Sunday, December 1, 2019

KERANA PENAKUT...

   Kjee suka sangat share segala apa yang Kjee lalui setiap hari yang boleh dijadikan contoh teladan. Contohnya pasal kesihatan. 
   Kjee ada diabetes type 2. Ini bermakna ia masih di peringkat boleh dikawal dengan pemakanan yang teratur serta pengambilan ubat-ubatan. Ubat yang disyorkan oleh doktor bukan sendiri prescribed! Dulu Kjee rasa cerdik sangat. Apabila sakit, terus suruh suami google. Lepas itu, dia ke farmasi beli ubat. 
   Itu adalah cara yang sangat tidak betul. Kita harus mendapatkan nasihat pakar... bukan dari encik google atau pakar2 tak bertauliah di FB!
   Kjee penakut. Justeru ketakutan ini membuatkan Kjee ambil ubat ikut saranan doktor. Baru-baru ini, Kjee pergi ke Klinik Kesihatan untuk rawatan berkala 3 kali setahun. Ujian darah untuk cholestrol mendapat keputusan amat elok. Dari bacaan 3 lebih turun 1 lebih! Doktor kata, teruskan apa yang makcik ambil utk kontrol kolestrol jahat itu dari meningkat.
   Kjee pun fikir apakah pengambilan supplimen Fish Oil dan Virgin Coconut Oil (jenama favorite Kjee ialah dari Halagel), penyebabnya? Mungkin dan Insya Allah dengan izinNya.
   Baru2 ini ada seorang friend tanya Kjee bagaimana Kjee kawal paras gula dalam darah? Of course bacaan 7 itu sebenarnya lebih elok diturunkan kepada 5. Tetapi di usia 64 tahun, tiada apa yang senang diturunkan termasuk berat badan. Betul tak?
    Anyway, tadi Kjee dah kata Kjee ni penakut. Dua minggu sekali cek sendiri paras gula dalam darah, di rumah. Dan Kjee kawal pemakanan. Minum manis hanya sekali sehari iaitu ketika sarapan. Selebihnya minum air kosong.
   Kjee suka makan kuih muih. Semua kuih muih kita manis. Jadi Kjee tak mahu siksa diri kontrol terlalu sangat. Kjee makan hanya untuk melepaskan diri dari rasa kempunan. Makan sekeping atau dua.
   Dan Kjee kurang makan nasi. Mungkin seminggu 3 kali. Dan tiap kali makan hanya satu senduk kecil. Tetapi Kjee tak kontrol makan lauk terutama sayuran.
   Dan adanya diabetes sejak 7-8 tahun lalu, menyebabkan Kjee menderita sakit cucuk-cucuk di telapak kaki. Banyak tahun Kjee menderita. Dua tahun yang lalu, doktor di klinik kesihatan suruh Kjee cuba Neurobion, ubat untuk urat saraf.
   Alhamdulillah sejak mengambilnya dua biji setiap pagi, sakit itu sudah hampir tiada! Mujur murah sangat! Stok untuk sebulan tak sampai RM20 beli di farmasi. Cubalah. Kjee bukan duta syarikat itu atau menjualnya. Tetapi percayalah, sakit itu berpunca dari masalah urat saraf di kaki kerana diabetes.
   Okay ini sahajalah coretan Kjee buat masa ini. Hujan tengah lebat. Take care semua. 😘
Ini anak meow Kjee paling muda dari 11 ekor. Baru dekat sebulan bawa dia balik dari sebuah restoran Mamak. Namanya Rizkee. Memelihara kucing boleh buat kita tenang dan less stressful. 

1 comment:

  1. akk pun suka kucing k. banyaktu kalau 11 ekor. suamisy pun ada diabetes. dia dah tahap cucuk insulin.

    ReplyDelete