Monday, July 27, 2020

BUBUR NASI SEGERA

   

Apabila tak sihat, Kjee seringkali teringin nak makan bubur nasi bersama lauk-lauk sampingan. Ala-ala Teo Chew porridge gitu.
   Tetapi oleh kerana sudah terbiasa guna pressure cooker (PC) untuk masak bubur nasi, maka Kjee selalu padam niat nak buat. Leceh nak keluarkan PC. Lagipun nak masak sikit aje.
   Tetapi baru-baru ini Kjee temui satu cara masak bubur nasi dalam masa tak sampai 20 minit. Atas dapur sahaja. Kejadiannya secantik masak dalam PC!!!!


   Terkejut Kjee rupa-rupanya kena bekukan beras terlebih dahulu! Mula-mula cuci beras. Kalau untuk dua orang, cuci satu cawan beras. Toskan, masuk dalam plastik atau bekas taufoo faa dan simpan dalam freezer. Biar beku. Seelok-eloknya, simpan dalam freezer sampai betul2 beku. Khabarnya boleh simpan beras beku selama sebulan! 
   Apabila nak buat bubur, letak beras tu dalam periuk. Letak air secukupnya dan jerang. Tak sampai 15 minit, akan nampak beras tu dah jadi bubur. Tetapi kerana Kjee suka bubur nasi yang halus, Kjee tambah air dan terus masak sehingga puas hati. Lebih kurang setengah jam. 

   Percayalah ini cara buat bubur nasi yang paling mudah. Dan selepas ini beras beku akan sentiasa ada dalam freezer Kjee kerana boleh masak apabila teringin baik untuk sarapan atau bila-bila sahaja. 
   Lauk yang dimakan dengan bubur nasi ikut selera korang lah. Selalu Kjee goreng garing ikan bilis, hirisan bawang putih dan cili padi. Semua dah garing dicampur dan makan dengan bubur. Telor asin dan ikan kering juga sedap. Begitu jugak Kangkung Goreng Belacan. 
   Tetapi hari ini, Kjee makan dengan Sambal Terung dengan udang kering dan Daging Goreng Kunyit. Resipinya next entri ya.
   Kjee gelar Bubur Nasi Segera tetapi bukan macam mi segera dan yang sewaktu ya. 

Related Posts:

  • AYAM KICAP MADU SELASIH Sejak tengok Taiwanese Three Cup Chicken di Asia Food Channel (AFC) hari tu, Kjee asyik teringat aje. Tetapi antara bahan-bahan penting yang harus dimasukkan dalam makanan itu ialah Chinese Rice Wine. Kjee goog… Read More
  • KUEH TIAU SUP DAN AYAM KUKUS Menu ni paling senang nak buat. Tapi Kjee jarang buat on weekdays sebab tak ada geng nak makan sesama. UnclePali kureng sikit bab noodle soup macam ni. Tetapi oleh kerana Kjee dah terlebih gian nak makan, Kjee b… Read More
  • TAU MIU GORENG BERSAMA CENDAWAN ENOKI Kombinasi cendawan Enoki yang berasal dari Jepun dengan Pea Sprouts atau dikenali dengan nama Tau Miu, yang menarik. Sebelum ini, Kjee hanya goreng Tau Miu sahaja. Goreng kosong letak bawang putih atau letak sekali ud… Read More
  • AYAM KUNG PAO DAN SICHUAN CHICKEN SAMA DAN SERUPA Lauk ini ada beberapa versi. Namanya pun tak sama. Agaknya mengikut daerah di negeri China. Hanya rasanya sama. Kjee panggil Sichuan Chicken. Rupa-rupanya, ia jugak digelar Chicken Kung Pao. Selalu kalau menjamu sele… Read More
  • KASTAD TELOR CHINESE STAIL Dah lama Kjee cari resipi ni. Ia ala-ala Cawan Musyi, kastad telor Jepun yang sangat sedap. Kalau pergi ke restoran Jepun, memang wajib kami order sorang satu mangkuk. Kjee pernah tengok resipi cawan musyi tapi ia memer… Read More

2 comments:

  1. Oo pertama kali dengar pasal bekukan beras ni.. hehe terima kasih untuk info ni kak jee

    ReplyDelete