Wednesday, July 15, 2020

RIZKEE IS ONE!



  Kjee ada 11 ekor anak meow. Bobo, Suri, Chacha, Charlene, Loosie, Ayang, Mimi, Oscar, aCik Mun, Tuah dan Joni. Snowy kucing kami yg berusia 13 tahun, mati Disember tahun lepas. Trauma jugak Kjee. Tetapi syukur Alhamdulillah ditemukan dengan Rizkee.      Masa tu umur dia 4 bulan kata Vet. Kjee ingat lagi tarikhnya 14/11/2019. 
   Tadi Kjee  terjumpa foto-foto Rizkee. Rupa2nya masa nampak dia kali pertama di Rest Taqwa, Gombak, begitulah rupa Rizkee (1).  Kjee dan UP tengah makan. Tetiba terdengar suara anak kucing mengiau. Kjee koyakkan sedikit roti canai. Begitu gelojoh dia makan. 
   UnclePali pandang Kjee. Dan Kjee rasa macam boleh baca dari matanya. Tak pernah kami kutip anak kucing ketika tengah makan. Terus UP hangkut masuk kereta apabila Kjee angguk. Baunya Allah sahaja yg tahu. Kjee peluk dia sepanjang perjalanan dekat 15 minit sampai ke rumah.   


    Masa itu hanya nak namakan dia Rizkee 
Sampai rumah, UP terus bawa Rizkee ke sinki dapur. Mandikan. Keringkan guna hair dryer sebab Kjee tengok Rizkee sudah mula mengigil kesejukkan. 
   Lepas tu bagi makan dan bawa ke Vet. Kami kena marah dengan Vet. Rupa-rupanya tak boleh mandikan kucing sebelum bawak Vet. Kjee kata kotor dan busuk. Vet kata dia okay jer. Silap2 boleh mati anak kucing ni kesejukkan dan demam kata Vet. Ala UP kan guna hair dryer lepas dimandikan. Vet tetap kata tak boleh! 
   Tiap hari selama sebulan Rizkee makan 5 peket wetfood. Sejejap-sekejap lapar. Masa ni, anak2 bulus lain seramai 11 ekor nyorok dalam bilik. Tak mau terima Rizkee! Seminggu dia org tak keluar bilik kecuali pergi tandas. Makan semua kena hantar ke bilik!
   Punyalah Kjee stress sebab dah jatuh cinta dengan Rizkee. Rizkee mcm sedih aje semua tak nak kawan dengan dia.
Kemudian lepas seminggu, seekor demi seekor keluar bilik. Tapi dia orang tetap Social Distancing dengan Rizkee. 😆
Lama kelamaan, semua dah dapat terima kehadiran Rizkee. Tetapi tidaklah dia orang bagi muka sangat kat dia.
   Tiga bulan lepas itu, UP bawak dia ke SPCA untuk dimandulkan. Dan sedikit demi sedikit badan Rizkee mula mengembang. Baru kami sedar bulunya sangat lembut dan ekornya kembang. 


   Rizkee sangat manja. Jarang kucing kami yang lain benarkan kami dukung, peluk dan cium. Rizkee redho aje. Dan kini dia kucing kami yang paling besar badan di kalangan yang lain. Makan wetfood hanya sekali sehari (setengah peket sahaja). Biskut, air bersih ada 24 jam. Dinner nasi campur ikan rebus. 
   Syukur Alhamdulillah kami suami isteri selamatkan Rizkee aritu. Tak dapat bayangkan apa terjadi kepadanya jika tidak diselamatkan. Nauzubillah.
   HAPPY 1ST BIRTHDAY RIZKEE. 

6 comments:

  1. Comelnya Riskee!!! Bertuah kucing2 tu semua dapat akak menjaga diorang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    rezeki Rizkee dapat tuan yang penyayang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih CikTK dan Warisan Petani. Selagi kami suami isteri sihat, kami akan jaga, anak2 kami dengan penuh kasih dan saya. Mereka sebahagian nyawa kami. 🙏

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Rizkee..
    kucing bertuah kerana di jaga kakjee dan UP. semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi...

    ReplyDelete
  5. Comelnya Rizkee....kucing bawak rezeki kan kalau kita jaga betul2...

    ReplyDelete