Sunday, August 9, 2020

HOME MADE HASHBROWNS


Sejak kenal Potato Hashbrowns 7-8 tahun lepas, baru dua kali Kjee beli kat supermarket. Itu pun kerana terserempak dalam chiller kat salah satu supermart. Tak ingat yang mana. 
Selepas itu, seperti biasa, Kjee google dan belajar buat sendiri.
Apa itu Hasbrowns? Maaf Kjee lupa. Mungkin ada yang tahu dan ramai jugak yang tidak. Hashbrowns adalah Lempeng yang diperbuat dari kentang yang telah disagat kasar. 


Buang kulit 2 biji kentang, sagat guna box grater pastu diperah airnya. Campur sebiji telor dan secubit garam. Panaskan kuali (Kjee guna kuali kenit non stick) letak sedikit minyak atau marjerin dan panaskan. Letak satu senduk adunan kentang sagat. Guna api slow. Kalau besar nanti cepat hangus. Terbalikkan bila dah brown. Boleh juga lapikkan atasnya dengan cheese sebelum padam api. 

Makan dengan hidangan pilihan seperti baked beans, sosej, scrambled eggs, telor matau ataupun sambal tumis. 
Selamat mencuba






4 comments:

  1. Sedapnya kalau dapat sediakan sendiri. Bersih, dijamin halal!

    ReplyDelete
  2. thank you kak jee for the recipe.simple je rupanya.boleh buat nie

    ReplyDelete
  3. wah simple je buatnya? boleh la buat nanti. thanks for the recipe kak jee

    ReplyDelete