Thursday, September 3, 2020

STIR FRY FAVORITE


   Kjee rasa bertuah sebab ada ibu yang sangat prihatin dalam  menjaga pemakanan anak-anak. Makan harus ada sayur. Macam-macam cara dia pelbagaikan menu sayur sehinggakan sampai ke tua Kjee dan adik beradik suka makan sayur. 
   Sedih tengok budak-budak sekarang yang tak mahu makan sayur. Of course mereka ambil contoh dari ibu yang juga tidak makan sayur. 
   Tanpa sayur, Kjee rasa tak complete menghadap hidangan. Ulam-ulam mentah pun sedap. Kesian pokok-pokok betik liar belakang rumah. Sering dijadikan pucuknya, ulam. 
  Hari ini Kjee nak share dua jenis lauk sayur yang Kjee suka sangat. Mudah disediakan. Namun untuk sayur brokoli, sukar sikit nak stir fry kerana sayur tu keras. So kena celur seketika baru di tumis stir fry. 
   Apa itu Stir Fry? Ia kaedah goreng pantas. Bahan yang lazim digunakan ialah bawang putih yang dihiris atau ketuk-ketuk. Oleh kerana asalnya ia masakan Chinese, elok kalau ada minyak bijan. Sikit saja tau. Baunya agak kuat. Mungkin ada yang tak gemar. 
   Biasanya Kjee campur minyak masak dan sedikit minyak bijan. Panaskan dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih. Goreng seketika sampai wangi tapi hati-hati jangan bagi hangit. Lepas itu masukkanlah daging, udang, ayam atau sotong. Apabila dirasakan protein tu dah elok masak, masukkan sayur. Kacau pantas-pantas, letak kicap cair atau garam. Golek-golek, kemudian hidang. 

  Korang pernah ke makan sayur Tau Miu. Ia satu famili dengan Taugeh tetap berwarna hijau. Cuba intai-intai di bahagian sayur kat supermarket. Sedap tau digoreng dengan cendawan. 
   Ajarlah anak-anak makan sayur dari kecil. Insya Allah tabiat suka makan sayur akan terbawa-bawa sehingga ke tua. 




1 comment:

  1. Rasa tak lengkapkan makan tanpa sayur. Samalah dengan mama saya..semua kena paksa makan sayur. Sekarang itu yg saya buat pada anak-anak. dari kecil dah ajar makan sayur so dah besar ni petai pun dorang makan. Cuma yg sulung tu lah kalau sayur yg lembik mcm bendi, terung tu dia payah sikit.

    ReplyDelete