Friday, November 20, 2020

JEJARI KENTANG KEJU


SEJAK bemula PKP Mac lepas, dah banyak rasanya Kjee terai resipi yang dikongsi warga FB. Ada yang Kjee hanya tatap sambil terliur.
     Tetapi paling top dalam list percubaan Kjee, adalah membuat roti. Dulu selalu buat guna breadmaker. Sejak BM demam, Kjee pun tak berani cuba kaedah manual.
     Beberapa hari lalu, Kjee ada terserempak beberapa resipi yang bakal dicuba kelak. Dan pagi ini untk Sarapan, Kjee buat Cheese Sticks yang Kjee rebranding Jejari Kentang Keju.
     Thnx Johor Foodie, kongsi video. Tetapi Kjee buat stail Kjee. Alhamdulillah menjadi. Sedap sangat. My husband makan tak henti-henti. Mujur buat sikit. Otherwise there goes our diet. 🤭

     Kjee mula dengan mendadu dua biji kentang. Dadu kecik-kecik supaya cepat proses merebusnya. Letak sedikit garam masa rebus.
     Kjee guna tiga slice cheddar cheese. Carik-carik dan letak dalam besen atau mangkuk besar. Setelah kentang empuk, Kjee tos dan letak semuanya dalam tapisan besi dan lenyek atas cheese tersebut. Mesti dilakukan panas-panas supaya cheese cair. 

     Gaul sampai cheese dan kentang sebati. Kemudian letaklah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Agak-agak ler tetapi Kjee guna dalam tiga suku cawan. Simpan dalam peti ais lebih kurang 20 minit.
     Kemudian ambil sebesar bola ping pong dan digelek dengan jari jemari sehingga jadi sepanjang jari hantu. Letak atas dulang atau pinggan yang telah ditabur tepung untuk elak ianya melekat.

     Panaskan minyak, kemudian perlahankan api dan masukkan jejari kentang tadi ke dalam minyak. Kjee hanya goreng 6-7 keping sekali. Balik-balikkan perlahan-lahan hingga cantik brown. Toskan. Buat sampai habis.
     Makan dengan sos cili atau begitu sahaja. Mungkin kalau doh itu dicampur juga dengan sedikit tepung beras, hasilnya akan menjadi lebih ranggup atau garing. Tapi UnclePali kata dah okaylah tu.
     Cubalah buat dengan anak-anak yang kini stay at home dan ibu-ibu work from home.


Buat kali kedua. Kjee campur tepung beras dan sedikit tepung jagung. Lebih sedap dan ranggup. 

Related Posts:

  • POPPERS KENTANG KEJU Dah berzaman Kjee tak buat Cheese Potato Poppers. Dulu masa Nadia sekolah rendah, rajin Kjee buat untuk bekal dia ke sekolah. Bukan tak boleh beli tetapi semua tak menepati citarasa. Baik poppers mahupun nuggets.… Read More
  • SARAPAN DENGAN POORI KILANGU Kejadian sarapan tadi. Kali ni Kjee buat resipi hantam sahajalah labu. Kjee tak ada stok tepung atta dari India. Jadi sejak dua menjak menggunakan tepung tempatan, Poori tak mau gelembung. Ada kawan beritahu, mesti … Read More
  • KALI PERTAMA KU BUAT LAKSAM Ini salah satu makanan yang Kjee dan Nadia cukup suka makan. Kalau singgah gerai orang Kelantan untuk sarapan, wajib order! Kjee kan suka makan letak kuah yang banyak. Jadi, setiap kali order mesti mintak kuah lebih. T… Read More
  • SANDWICH TELOR REBUS Breakfast mudah pagi ni tapi Insya Allah, sedap dan mengenyangkan. Boleh dijadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah dan jugak bagi mereka yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas untuk ke office. Jadi, tak ler stres… Read More
  • HASHBROWNS UNTUK SARAPAN Pagi ini kononnya nak buat Hashbrowns untuk breakfast kami bertiga tetapi terkejut sedar-sedar dah pukul 6.30 pagi. Sempat Suboh lepas tu berlari ke dapur. Tapi UnclePali dan Nadia kata tak sempat kot nak sarapan ber… Read More

0 comments:

Post a Comment