Saturday, June 5, 2021

DAGING GORENG BEREMPAH


      Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala okay.
      Hmm kesian jugak kan? So Kjee turut aje. Tetapi dalam masa yang sama, control jugak.
      Kjee hanya masak lauk daging kalau dapat beli daging batang pinang. Gigi kami berdua dah longgar jadi itu sahaja yang boleh dikunyah.
      Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena perap lebih kurang sejam bersama rempahnya dalam peti ais. 
      Kjee guna 300 grams daging yang telah dihiris nipis. Kemudian Kjee sangai satu sudu teh biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Dah garing sikit Kjee terus tumbuk sampai halus.
      Campurkan bahan tumbuk itu dengan satu sudu makan rempah daging dan satu sudu teh kunyit serbuk. Lumur pada daging sehingga mesra. Perap lebih kurang satu jam.
      Hiris bulat-bulat satu bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji cili hijau dan cili padi ikut suka.
      Tumis bahan-bahan ini sehingga layu. Masukkan daging. Masak sehingga daging itu kecut dan airnya kering. 
      Oleh kerana tak letak garam ketika perap, Kjee guna kicap cair atau fish sos sebagai ganti. Jika letak garam, usahlah tambah fish sos melainkan untuk jadikan ia cukup rasa.
      Itu aje. Siap. Hidang panas-panas. 


Related Posts:

  • SICHUAN TAUFOO      Lama bebenor taufoo telor tu terperap dalam peti ais. Rasanya dekat 2 minggu. Mujur tidak mudah basi. Ada tiga tiub. Plan nak buat lauk lain tetapi resipi entah apa dah lupa. So decide buat sty… Read More
  • GULAI TEMPOYAK PAHANG        Kjee masak gulai ini tiga minggu lepas. Baru teringat belum lagi dikongsi disini. Tetapi Better Late Than Never.       Kenapa Kjee pilih cara buat gulai ini cara Paha… Read More
  • SAMBAL IKAN CARA THAI        Setiap kali singgah di restoran/gerai yang jual Tomyam, UnclePali pasti order sambal Ikan Kembung Pedas. Bukan yang tiga rasa. Dia hanya suka yang pedas.       Kjee p… Read More
  • TERUNG SAMBAL UDANG KERING             Kalau Kjee ke Restoran Sakura Kristal di Taman Melawati, lauk yang seringkali di order ialah Crispy Spicy Eggplant.  Atau Sambal Terung Garing. Sepelaung aje res… Read More
  • LEMAK PEDAS NISMILAN         Banyak hari Kjee tak turun dapur. Lapan hari kot. Demam yang tak kebah2 walaupun dah telan paracetamol. Tak kuasa nak ke klinik sebab di pintu klinik, Dr Amin nanti tanya, ada demam, ba… Read More

0 comments:

Post a Comment