Saturday, June 11, 2016

ayam

UBAH SELERA BERBUKA DENGAN SUP KWAY TEOW









Kjee memang susah nak makan nasi, di hari biasa. Selalunya, ratah lauk sahaja. Kalau makan nasi pun, hanya satu seduk atau dua tiga suap sahaja. Tetapi apabila tiba bulan Ramadhan, macam dah tak boleh elak makan nasi waktu berbuka dan Sahur.

Pun begitu, makan hanya tiga empat suap sahaja. Yang lain meratah. Sebab itu, Kjee pentingkan lauk yang berasaskan sayur-sayuran. Ya lah, mana nak lalu ratah lauk ayam, daging, ikan dan lain-lain sahaja kan?

Kjee rasa nak buat Ipoh Kway Teow Soup lah hari ni. Ringkas dan boleh membuka selera, Insya Allah.

Ini foto lama yang Kjee recycle sebab kalau nak tunggu foto baru selepas masak petang karang, tak sempat kot.

Selalu Kjee buat Ipoh Kway Teow Soup biasa jer. Letak udang dan chicken balls. Lihat resipi SINI. Itu alternatif kalau tak mau buat Ayam Kukus (macam dalam gambar). Tetapi rasanya letak ayam kukus lebih menyelerakan.

Okaylah Kjee nak gi beli semua bahan-bahan yang diperlukan buat Ipoh Kway Teow Soup.

Resipi Ipoh Kway Teow Soup dengan Ayam Kukusa, lihat SINI.



Cara kukus ayam







Ini Ipoh Kway Teow Soup Kjee yang baisa-biasa

Friday, June 10, 2016

jus/minuman

JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI WAJIB BULAN PUASA








Minuman ini wajib pada bulan Puasa. Tadi Kjee dah whatsapp UnclePali supaya singgah beli bahan-bahan yang diperlukan, dalam perjalanan dia balik kerja. Hari-hari Kjee gud gurl minum air suam masa berbuka puasa, hari ni boleh noti sikit. Hehehe.

UnclePali belajar buat jus ini dari seorang rakan dia  Dia memang kreatif buat jus. Dan ini antara yang terbaik.

Senang jer buat air ini. Dulu2 UnclePali guna asam boi biji tu. Diblend sekali.  Sekarang dia guna asam boi serbuk. Kjee suka kalau dia blend jugak limau kasturi dengan kulit2nya. Ada rasa pahit2 sikit. Boleh abaikan kalau tak suka. Letak ais banyak2. Gula pulak ikut suka banyak mana nak letak ya.

Pokok limau Kasturi yang ditanam di luar pagar merimbun buahnya. Pokok Limau Nipis pun berbuah lebat. 




ayam

AYAM VARUVAL DIRENDANG TANPA SANTAN










Dalam banyak-banyak Indian Foods, ini yang paling kerap Kjee order kalau makan Nasi Daun Pisang. Memang kena dengan selera sebab ia seakan Rendang kita tapi terasa rempah dan bukan santan yang berlebihan. Malah, bagi Kjee lebih sihat dari rendang tiada guna santan.

Rakan Ayam Varuval ialah Ayam Paratel. Sikit lebih kurang sama dari segi rasa dan penyediaannya. Kjee pernah buat kedua-duanya dan pilihan akhir sekarang, kalau nak masak ialah, Ayam Varuval.

Kjee jugak pernah makan Kambing Varuval. Sedap tetapi Kjee tak berani masak. Memang dari dulu Kjee jarang-jarang masak lauk berasaskan kambing. Lebih kerap makan di kedai. Tapi pernah jugak masak Vegetarian Mutton. Sedap. Hmmm nak pergi carilah. Nak masak kari. Hehehe.

Untuk lauk ini, Kjee telah google dan jumpa tiga resipi yang menjurus kepada Ayam Varuval. Dan Kjee olah sehingga mendapat lauk yang menepati citarasa.

Resipi seperti dibawah. Sedap dimakan dengan nasi, nasi impit, lemang, roti, capati, roti canai dan semua yang sewaktu. Selamat mencuba.

Nak intai resipi Ayam Paratel, klik SINI.








AYAM VARULVA
rujukan:
Chef Thyaga B Rajan  
Venisri Senthan
Swasthi's Recipes
olahan:
mokcik

Bahan-Bahan:
600gms ayam (dipotong kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
4 biji cili hijau
2 helai daun kari
2 batang serai (dipotong memanjang hingga putus dan ketuk2)

Garam Masala (disangai dan dikisar halus)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik jintan putih
1 sudu besar lada hitam
8-10 biji kacang gajus (optional)

Bahan Tumis
1 kayu manis
4 biji buah pelaga
2 bunga lawang
5 biji cengkih

CARA

Ayam dicuci, tos kering dan dilumur dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kjee guna cili flakes. Tepikan.

Bawang besar didadu. Halia dan bawang putih ditumbuk halus. Tomato jugak didadu.

Tumis bahan tumis. Minyak lebih kurang ¼ cawan. Apabila sudah naik bau, masukkan bawang besar. Goreng sampai layu. Kemudian masukkan pes bawang putih,halia dan daun kari. Apabila sudah keperang-perangan, masukkan ayam.

Masak sehingga ayam kecut. Kemudian masukkan lebih kurang ½ cawan air dan tomato. Biarkan ia didih seketika dan masukkan garam masala dan cili hijau yang dihiris tepat.. Kacau hingga rata. Guna api sederhana, masak hingga hampir kering. Sekali sekala dikacau supaya dasar periuk tak hangit.

Bubuh garam secukup rasa.

Hidang dan hias guna daun ketumbar kalau suka. Enak dimakan dengan roti, dhosei, Idli, Roti Canai Capati, nasi impit, lemang atau pulut..

Bila sudah siap, baru Kjee sedar ia bukan Ayam Paratel walaupun bahan-bahannya hampir sama. Pada Kjee, lagi mudah buat dari Rendang. Dan mungkin lebih sihat sebab tiada penggunaan santan.

Cubalah.

NOTA KAKI:
Selain gajus (kalau guna), boleh gantikan dengan kacang badam.

Thursday, June 9, 2016

chinese food

SOFT TAUFOO MAKANAN BERPROTEIN TINGGI









Ini satu lagi resipi wajib Kjee di bukan Puasa. Jugak antara yang mudah disediakan tanpa modal besar. Kebiasaanya, Kjee boleh ratah begitu sahaja.

Taufoo dikategorikan sebagai protein sihat. Tetapi, ada jugak insan yang tidak boleh makan taufoo kerana ia diperbuat daripada kekacang. Mereka yang mengalami sakit seperti Arthritis dan sakit-sakit sendi disarankan agar menjauhi.

Tetapi Kjee bukan makan hari-hari. Mungkin lima atau enam kali setahun. Hehehe.

Jadi, kalau ingin mencuba, sila intai resipi dibawah. Ada dua jenis iaitu Soft Taufoo kukus biasa dan yang dikukus dengan Ayam.

Sangat mudah dan jugak pantas disediakan.



Soft Taufoo Ayam klik SINI.
Soft Taufoo Kukus biasa klik SINI




Soft Taufoo Kukus Biasa

ayam

AYAM SICHUAN MUDAH DAN PANTAS DISEDIAKAN









Seringkali di bulan Puasa, ibu-ibu yang bekerja di pejabat akan risau tidak cukup masa untuk sediakan juadah berbuka puasa. Maklumlah, pejabat Kerajaan benarkan pekerja balik kul 4 petang. Eh sekarang masih 4 petang lagi ker? Nadia kerja bank hanya dibenarkan pulang jam 5.30 petang.

Masalahnya, kerana semua orang balik di waktu yang sama (sepatutnya yang bukan Islam tak payahlah balik masa itu kan?), maka seringkali ibu-ibu yang berkerja akan sangkut dalam jam. Kekadang buka minum air mineral aje dalam kereta.

Di hari kerja (week days), Kjee pasti ramai yang amik keputusan beli di Pasar Juadah. Tetapi, tidak kurang jugak yang komplen pasal harga serta kesegaran makanan. Maaflah, Kjee serik beli di Pasar Juadah sebab sampai time berbuka, ianya basi.

Anyway, kalau kita plan apa yang hendak dimasak, maka boleh memantaskan masa memasak walaupun kita hanya punya masa tidak sampai satu jam. Yang penting nasi harus dimasak dulu, sebaik sampai rumah, kalau tidak ada anak-anak yang sudah boleh diharap.

Kjee rasa Ayam Sichuan (foto atas) adalah antara menu yang sangat mudah disediakan. Ia tidak pedas (untuk anak-anak) dan jika orang dewasa mahukan pedas, kunyah cili kering itu sekali dengan ayam. Sedap sangat.

Kjee syorkan ayam itu dipotong dan diperap siap-siap dengan perapan kicap serta sos. Letak dalam peti ais ketika kita bangun sahur. Balik baru dimasak. Kalau sudah perap, memasaknya hanya mengambil masa lebih kurang 15-20 minit.

Resipinya LIHAT SINI.







Wednesday, June 8, 2016

ikan

ALAHAI BULAN PUASA MAKAN SAMBAL IJO IKAN DENGAN PETAI?







Hari ni Kjee buat Sambal Ijo (Hijau) untuk dijadikan stok bulan Puasa. Sepatutnya buat sebelum puasa aritu tapi bila tak sihat, maka tertangguh-tangguh. Kjee gemar buat sambal ijo ni banyak-banyak sebab ia versatile atau serba guna.

Boleh dimakan dengan nasi begitu sahaja,. Kjee simpan dalam bekas kecik-kecik untuk sekali makan. Kemudian dipanaskan dalam kuali dan diletak ikan goreng bersama petai, atau dipecahkan telor dan letak ikan bilis goreng garing.

Kalau nak letak sayur, selalunya Kjee guna Terung Kontot yang Kjee dah bakar atau goreng. Susun dalam pinggan dan curahkan sambal ijo di atas. Bendi pun boleh dibuat sama. Hiris kasar-kasar bendi tu dan goreng. Kemudian susun atas pinggan dan curahkan sambal ijo ini.

Hari ini Kjee buat extra pedas. Kjee tambah cili padi hijau. Bukan cili padi kampung tapi yang dia orang kata dari Siam. Kjee buat banyak hari ni sebab nak bagi my jiran se kampung. Kjee guna 1½ kilo Cili Hijau, ½ kilo cili padi dan 1½ bawang besar. Jadilah satu kuali besar. Esok baru nak bagi my jiran sebab masa buka nanti baru nak rasa samada cukup garam serta asam keping.

Foto ini semua yang lama. Kjee hanya baru siapkan sambal ijo. Tapi dalam peti ais ada Ikan Siakap. Yayyyy boleh buat Ikan Siakap Goreng letak petai dan Sambal Ijo. Hehehe.

Resipi Sambal Ijo, korang INTAI SINI.










isu semasa

BUAH KURMA PENAWAR GASTRIK


Foto ehsan Cik Google


Pagi tadi sewaktu bangun untuk Sahur, Kjee terdahulu minum air rendaman buah Kurma yang dikatakan penawar untuk mereka yang mengalami gastric dan juga reflux. Reflux adalah keadaan dimana kita sendawa dan terasa kepedasan/keperitan, di tekak.

Pada pagi Ramadhan kedua, Kjee mengalami Reflux sebaik sahaja selesai solat Subuh. Biasanya, kalau kena Reflux, Kjee terus minum air untuk melegakannya. Tetapi kerana Puasa, Kjee terpaksa sabar dan cuba seberapa banyak telan air liur. Nasib baik, keadaan tekak pedih dan perit itu tidak berlarutan.

Kemudian seperti biasa, ketika sembang-sembang di Facebook, ada kawan yang respon. Arba'ayah Salleh Lynda mengesyorkan agar diminum air rendaman buah kurma untuk mengelakkan gastric dan jugak  mengelak bunyi 'mengaum dalam perut'.

Menurut Arba'ayah, buah yang harus direndam ialah jumlah ganjil. Dia cadang tiga biji. Buang bijinya, carik-carik dan masuk dalam mug. Tuang air masak ke dalam mug, tutup mug dengan piring dan minum ketika Sahur.

Ramai yang beri testimoni. Mereka kata itu memang amalan untuk gastrik. Alhamdullilah.

Jadi, malam tadi, Nadia rendam tiga biji buah Kurma seperti yang disarankan Arba'ayah. Manis airnya. Tetapi Kjee tak telan buahnya sebab terlalu manis. Malam ini akan ulang lagi proses itu.

Setakat jam 10 pagi ini, Kjee belum terkena Reflux atau bunyi 'mengaum dalam perut'. Alhamdullilah.

Cubalah. Kjee dah malas bergantung kepada ubat-ubatan. Dan kalau ada ubat alternatif seperti ini, amat dialu-alukan.

AIR NABEEZ

Air Nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur esok minum. Insyaallah, perut mampu bertahan... Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.


Terima kasih Din Serinilam share info ini.

Tuesday, June 7, 2016

kuih muih

TEPUNG PELITA PEMANIS MULUT








Bulan Puasa sinonim dengan kuih muih Melayu tradisional. Di mana-mana sahaja orang jualan, mesti kita nampak pelbagai jenis kuih muih yang mengimbau zaman kita kecik-kecik dulu.

Kjee tak berapa nasib baik kerana tidak belajar dari Bonda kuih muih yang dia pandai sangat buat. Maklumlah arwah Bonda ni, kalau kita sebut nak makan apa, nanti dia akan sediakan senyap-senyap. Balik sekolah atau balik kerja, semua sudah terhidang.

Teringat antara kuihnya yang sedap sangat... kuih kaswi, lopes, badak berendam, kuih bakar Bombay, kuih bakar daging ... Isyhh  tak mau ingatlah. Nanti banjir pulak. Hehehe.

Anyway, Kuih Tepung Pelita yang Kjee nak buat hari ini favorite penghuni rumah Kjee. Bonda tak tahu buat kuih ini dulu. Tak per lah anaknya dah pandai buat. Dan cucu serta menantu dia suka makan.

Tadi Kjee buat acuan contoh untuk kotak Kuih ini. Kena buat contoh dan potong daun pisang ikut kotak contoh. Maklumlah kita bukannya profesyenal.

Kjee ada nampak ukuran contoh pada blog Azlita Masam-Masam Manis. Tapi apabila Kjee tiru sebiji saiznya, Nadia kata terlalu besar. Tak molek. Jadi Kjee kecikkan sikit saiznya. Oklah.

Azlita buat saiz 6 inci x 5inci. Kjee kecikkan keliling ½ inci. Lipatan pulak, Azlita melipat 1½ inci. Tapi Kjee kecikkan ke 1¼ inci sahaja. Comel sikit nampak kotaknya. Hehehe.

Terima kasih Azlita Aziz. Kjee mohon share foto-foto ini supaya dapat dipanjangkan pahala anda. Terima kasih jugak kepada Rina Mohd Dom kerana perkongsian resipi ini.

Kalau cantik jadinya Tepung Pelita Kjee yang guna daun pisang, Kjee update fotonya ya. Kalau senyap jer, korang pepaham lah. Hehehe

Resipi di SINI.



Kjee kecikkan 5.5" x 4.5"

Lipatan di no 1 tu Kjee kecikkan ke 1¼ inci

Kjee guna stapler

Kjee buat acuan contoh dari kertas dulu. Kecik sikit.

Ini contoh Tepung Pelita cara malas Kjee. Hehehe

Monday, June 6, 2016

HARI PERTAMA PUASA PEKENA ACAR, KARI IKAN TALANG KERING MASIN








Puasa hari pertama hari ini, Kjee buat dua jenis lauk dari Ikan Talang Kering Masin. Aikkk pelik ke? Larat ke nak makan dua lauk ikan kering dalam satu hari?

Sebenarnya, Nadia request Kjee buat Acar Ikan Talang Kering. Hari tu Kjee ke Soon Cheong Marine, Selayang dan beli empat ekor ikan talang yang sedang-sedang besar. Rasanya dalam saiz dua telapak tangan. Yang besar semua dah habis dirembat orang niaga kot. Hehehe.

Nadia cuti hari ni. So, tadi Kjee suruh dia asingkan isi ikan talang tu dan rendam. Kalau buat Acar memang guna isi sahaja. Tulang-temulang yang berbaki, yang ada isi sana sini, Kjee suruh dia simpan dalam peti ais.

Sebaik sahaja dia rendam, Kjee terfikir pulak tulang-tulang tu nak dimasak Kari Ikan Talang. Favorite UnclePali tulang-tulang tu. Kjee dan Nadia suka isinya sahaja.

Jadi, Kjee tepikan sedikit isi ikan talang kering yang sedang direndam. Campur dengan tulang-tulang, dan buatlah kari. Hehehe.

Acar tu bukan sedap pun kalau terus dimakan selepas dimasak. Biar dia mesra sehari dua barulah ngam.

Dua-dua lauk hari ni, Nadia yang masak. Sedap ke tidak, belum tahu sampai Maghrib nanti.

Ini foto lama. Malas lah Kjee nak amik gambar lagi.

Resipi Kari Ikan Talang Kering Masin bubuh terung, korang intai SINI. Untuk Acar Ikan Masin, klik SINI.

Selamat menjalani ibadah Puasa.






MAAF ZAHIR DAN BATIN




Saturday, June 4, 2016

kisah2 close to my heart

AZAMKU MULAI 6/6/2016