Friday, March 31, 2017

nasi/bubur/pulut

NASI GORENG KAMPUNG LETAK BELACAN








       Apabila penyakit kurang rajin melanda, inilah kejadian untuk lunch hari ini. Musim sejuk penyakit Arthritis sering menemani Kjee. Kejang semua sendi-sendi. Tapi perut nak kena isi. Jadi, masak yang mudah-mudah sahaja lah.

       Pagi-pagi lagi UnclePali dah tolong Kjee masak nasi apabila dengar Kjee nak makan Nasi Goreng Kampung. Kali ini Kjee letak sedikit belacan. Kjee tak letak kicap tetapi hairan jugak hasilnya Nasi Goreng Kampung ni macam letak kicap. Belacan punya kaler kot.

       Untuk masak satu portion ni, Kjee tumbuk dua biji cili merah, satu ulas bawang putih dan sedikit belacan. Jangan banyak nanti pahit. Tumbuk sampai halus, kemudian masukkan pulak ikan bilis dan tumbuk manja-manja. Kjee suka tumis bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Bila dah layu baru masuk bahan yang ditumbuk tadi. Kena goreng sampai ikan bilis itu garing. Dah garing, masukkan nasi dan kacang panjang yang telah dipotong kecik-kecik. Gaul sampai rata. Kjee tak letak garam sebab ikan bilis itu dah cukup masin. Nak letak kicap cair bolehlah.

       Tadi plan nak goreng ikan kembung, goreng keropok lah, konon nak makan sama Nasi Goreng Kampung. Tapi tak larat lah pulak. So, Kjee buat telor dadar nipis-nipis dan hiris letak atas nasi goreng. Timun buat ulam.

        Itu jer menu di akhir bulan Mac. Esok masuk April. Tak mau lah main April Fool. Dah terlajak usia. Hehehe.

Thursday, March 30, 2017

sup

SUP CENDAWAN SHITAKE SEGAR









        Kalau ke restoran untuk menikmati makanan Barat atau Western, Mushroom Soup sudah pasti menjadi pilihan untuk mengiringi makanan. Tetapi, apakah semua restoran tersebut menyediakan sup cendawan yang segar? Biasanya mereka beri sup yang sudah tersedia didalam tin. Ataupun bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sup tersebut, yang instant atau segera.

        Hampir semua pasaraya ada menjual tepung yang jika dibancuh menjadi sup cendawan, creamy chicken soup dan semua yang sewaktu. Tunggu curah air panas sahaja. Alangkah elok dengan harga yang restoran letak itu, diberi pelanggan their money's worth. Maksudnya, biarlah berbaloi dengan harga dan hidangan.

        Kjee pernah makan Mushroom Soup di sebuah restoran yang menghidangkan makanan Barat. Nadia bising bila rasa Mushroom Soup seperti telah diletak serbuk antibiotik. Hehehe maksud dia, rasa macam ubat!

        Maka setelah disajikan dengan Fresh Mushroom Soup ketika ke rumah seorang teman dulu, Kjee nekad untuk belajar buat sendiri. Tetapi tak semua orang sudi memberi resipi. Dialog kebiasaan insan seperti ini ialah.."alaaa cakap saja bila kau nak makan, nanti aku tolong buatkan!" Tetapi sekali suruh dia buat, bolehlah kan? Kalau selalu sangat. mana lah nak letak muka kita?

        Sekarang semua resipi ada dihujung jari. Rajin tak rajin sahaja kita nak google. Nak dalam bahasa apa? Inggeris, Jerman, Jepun, Perancis? Betul tak? Tapi ramai blogger masakan kita yang dah pandai buat macam-macam. Kekadang apabila singgah di blog mereka, Kjee bukan sahaja terliur tetapi terpegun. Dan mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Alhamdullilah.









        Hari ini Kjee buat Fresh Shitake Mushroom Soup ini sebab lama sudah tak buat. Rasanya dua tahun lepas, ada sahabat, belikan semua bahan-bahan dan mintak Kjee tolong buatkan untuk famili dia. Itu lah yang terakhir.

        Sup ini mudah sangat dibuat. Bahan pun tak banyak. Kalau resipi asal perlukan heavy cream, kali ini Kjee hanya guna susu cair atau evaporated milk. Cincang bawang merah dan bawang putih. Kemudian cendawan dihiris dan dikisar. Texture nya terserah. Kalau nak sup nanti halus macam yang dalam tin, kisarlah sampai halus. Kalau tidak, boleh hiris kasar sedikit dan masukkan sebelum dipadam api. Well, kita yang buat dia!

        Resipi penuh ada DISINI. Sudi-sudilah singgah ke page itu.  Mushroom soup biasanya sedap dimakan bersama roti. Tak kisahlah roti biasa ataupun garlic bread.


   


Wednesday, March 29, 2017

lauk pauk jawa

KUAH SATE ARWAH ATUK KESUKAANKU




        Kuah Sate dan Kuah Kacang adalah sama tapi tak serupa. Kuah Sate resipi keluarga Kjee, tidak ada rempah ratus termasuk serai macam kuah kacang. Rasanya kuah kacang letak segala jintan dan mungkin jugak ketumbar biji.

        Apapun, inilah Kuah Sate yang Kjee kenali sejak azali. Kuah Sate Majid Sate yang femes dari zaman lima puluhan. Kuah sate ini setahu Kjee, airtangan arwah nenek Kjee sebelah emak. Nama arwah, Che Buang dan beliau keturunan Bawean (disebut Boyan) dari Ceribon, Indonesia, manakala Atuk Majid orang Jawa asal Melaka. So Kjee tak tahu asal usul resipi kuah sate Majid Sate ini, samada ia resipi famili sebelah datuk atau Nenek. Tetapi rasanya sebelah Atuk sebab dia yang jual sate secara memikul bakul sate atau dikandar, warisan keluarganya di Melaka.

        Anyway, Kjee belum pernah lagi temui orang buat Kuah Sate macam resipi Atuk Kjee ini. Rata-rata dia orang letak rempah ratus. Kjee pernah ke kilang Haji Samuri Sate di Kajang. Kuah sate mereka siap ada sambal yang diasingkan. Mungkin itu cara orang Kajang.

        Kjee tak pernah buat Kuah Kacang bukan kerana tak tahu tetapi pada Kjee, ianya sama saja. Kuah Sate kami rasa kacang. Begitu jugak Kuah Kacang. Tetapi kuah Sate kami, sungguh mudah dimasak. Bahan tak banyak. Hanya kacang tanah yang telah disangai, bawang merah, gula Melaka, cili kisar dan minyak masak. Itu jer.










        Bonda selalu ingatkan, kalau nak buat Kuah Sate mesti guna Gula Melaka. Lain rasanya kalau letak gula pasir. Dan seperkara lagi, kacang mesti disangai sehingga betul-betul masak! Api tak boleh besar takut kacang tu hangus. Nak tahu dah masak ke tidak kacang itu, setelah nampak ia sudah berubah warna, ambil sebiji, sejukkan seketika dan makan. Kalau dah sejuk baru kita tahu samada kacang tu dah masak. Rangupnya lain. Kalau dirasa masa kacang itu masih panas, akan rasa lemau.

        Kenapa kacang mesti disangai sehingga betul-betul masak? Sebab kacang yang cukup masak akan menentukan samada kuah itu lemak dan sedap serta mengeluarkan minyak dipermukaan. Mungkin tak ramai yang tahu.

        Hari ini Kjee buat Kuah Sate nak makan dengan Nasi Impit. Selalunya Kjee guna nasi impit Adabi. Mudah jer. Rebus dua jam, 3 jam kemudian dah siap boleh potong. Tetapi stok tak ada. So Kjee buat yang home made. Tapi malangnya, apabila Kjee nak potong 5 jam selepas membuatnya, masih belum boleh dipotong. So Kjee masuk dalam fridge. Serik lah. Lain kali Kjee akan pastikan ada stok beras nasi impit instant dalam pantry.

        Kalau korang nak cuba buat kuah sate Majid Sate (dulu kami ada Restoran Sate Anika di Bukit Bintang Plaza dan Satay House di bangunan Tabung Haji Lama di Jalan Ipoh), sila ke blog Kjee. Ada cara buat sate sekali. Klik di SINI.

        Resipi yang Kjee kongsi dengan semua adalah resipi warisan Majid Sate. Ada yang kata Kjee tak seharusnya kongsi kerana ia sepatutnya rahsia keluarga. Kjee lakukannya sebab mahu legasi sate Majid Sate ini dapat diteruskan dan semua dapat menikmatinya, sehingga akhir masa. Insya Allah.








Tuesday, March 28, 2017

desserts/manisan

MENGIMBAU KENANGAN DENGAN SRIKAYA





       Masa kecil dulu, tiap petang kami tiga beradik (yang keempat masih dalam buaian), akan tunggu depan rumah. Tunggu Bengali jual roti. Dari jauh dia sudah bunyi loceng pada basikal tuanya. Tong aluminium usang yang diikat pada basikalnya, sarat barat dengan roti, biskut dan segala jajan. Sebaik sahaja dengar loceng, kami pun menjerit-jerit panggil Mak sambil berlari-lari kearah penjual roti.

       Itulah kenangan yang tak pasti dapat Kjee lupa ketika tinggal di Taiping di awal 60-an. Bai roti itu tahu sangat apa yang kami suka. Selalunya, kami mintak roti bengali (atau roti paun) disapu Srikaya. Kjee masih dapat ingat keenakkan Srikaya tersebut. Sedikit cair dan halus. Warna oren pekat. Alaaa tak tahu nak cerita camner rasanya.

       Arwah mak pun ada buat Srikaya. Pun sangat sedap. Apabila dia tak letih, Srikaya yang dibuatnya menjadi halus. Kalau keletihan, Serikaya dia menjadi sedikit bergentel. Dan itulah yang kami adik beradik suka sangat. Mak kata kalau bergentel maknanya, terlebih masak dan bantat. Oleh kerana kami suka, tiap kali mak buat, kami berdoa agar Srikaya dia menjadi bantat dan bergentel. Hehehe sakit hati mak.

       Srikaya ni Kjee buat semalam. Nadia balik, masuk dapur dan calit sikit. Eh dulu Mama buat kan halus dan licin. Kenapa hari ini jadi bergentel, komen Nadia. Hmmm betapa bangganya Kjee apabila dapat komen seperti itu. Inilah cara Bonda buat dan Alhamdullilah Kjee berjaya membuatnya!

        Beza antara airtangan Bonda dengan yang Kjee buat ialah warnanya. Kjee tak berani nak buat gula hangus terlalu gelap sebab takut menjadi pahit. Lain kali Kjee plan nak buat guna Gula Melaka supaya warnanya lebih gelap sedikit. Mungkin lagi sedap.







     

         Srikaya yang Kjee buat ikut resipi Bonda ini menggunakan 5 biji telor (gred B), 1 cawan metric gula pasir, 1 kotak santan (Bonda guna santan pekat dari dua biji kelapa), secubit garam dan tiga helai daun pandan. Kjee guna ½ cawan gula pasir dengan 1 cawan air panas untuk buat gula hangus.

        Masak gula hangus dulu. Masak ½ cawan gula pasir guna api kecil dalam periuk. Apabila sudah sedikit perang, masukkan air panas. Biarkan ia mesra kemudian padam api dan sejukkan.

        Sediakan satu periuk yang besar sedikit dan letak air. Didihkan air itu.

        Pecahkan 5 biji telor ke dalam bekas bersama 1 cawan gula. Kacau sehingga gula larut. Kemudian masukkan satu kotak santan. Kacau hingga sebati. Masukkan pula gula hangus. Kacau lagi. Masukkan ke dalam periuk bertangkai yang lebih kecil daripada periuk berisi air panas.

        Apabila air dalam periuk sudah mendidih, letakkan periuk bertangkai diatas air mendidih itu. Jangan lupa simpulkan jugak daun padan dan masukkan sekali. Masa ini kena hati-hati. Sekiranya air itu terlalu kuat didihnya, kecilkan api. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kjee rasa ini mengambil masa antara 45 minit hingga ke satu jam.

        Kalau nasib baik, Srikaya halus dan licin. Kalau tidak, jadilah ia sedikit bergentel seperti yang Kjee buat. Tapi jangan bimbang sebab rasanya tidak terjejas.

        Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru disimpan dalam botol yang kering di dalam peti ais. Sapu pada roti yang telah dibakar atas dapur atau guna toaster.





Friday, March 24, 2017

lauk pauk

SAMBAL BILIS JAWA, LAGI PEDAS LAGI KAW!



       Omputih kata Appetiser. Orang Melayu kata pembuka selera. Orang Jawa kata... oppppsss Kjee orang Jawa tapi orak ngerti ngomong Jowo.

       Inilah pembuka selera paling sedap dan mudah disediakan. Kjee selalu buat ratah. Tetapi kalau makan dengan nasi panas-panas ataupun bubur nasi, memang susahlah nak cakap sedapnya.

       Kjee dapat resipinya masa mula-mula kahwin dengan arwah bapa Nadia. Bila dia kata nak buat sambal Jawa yang femes kat kampungnya di Parit Bengkok, Batu Pahat, Kjee senyum sinis jer. Tapi apabila dah rasa, kalau tak ada sambal ini (masa itulah), tak berselera nak makan.

       Hari ini Kjee buat kurang pedas sedikit kerana Kjee tak boleh pekena sambal cili atau apa jua lauk yang letak banyak cili padi. Tapi kalau tak letak langsung, rasanya tak ngam. So Kjee letak tiga biji cili merah, satu cili hijau (last stok dalam peti ais) dan dua biji cili padi bangla yang pedas terlampau itu.

      Cili tadi digoreng bersama 8 ulas bawang merah. Goreng sampai sedikit garing kemudian keluarkan dan toskan minyaknya. Dalam minyak yang sama, goreng satu mangkuk ikan bilis hingga garing.

       Kemudian tumbuk cili dan bawang tadi. Jangan halus sangat. Keluarkan dalam mangkuk. Selepas itu, tumbuk manja-manja ikan bilis tu. Kalau tak nak tumbuk pun ok. Selepas itu digaul bilis dengan sambal tumbuk tu, diperah limau nipis. Dan apa tunggu lagi! Ratahlah sikit dulu kan! Hehehe.

       Mudah sangat tau? Zaman Kjee boleh bedal semua yang pedas, Kjee buat Sambal Bilis Jawa ni banyak-banyak. Kemudian letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan. Masa tengok TV pun boleh ratah.

       Tak lama lagi bulan Puasa kan? Tak terfikir ke nak buat untuk sahur? Kalau ada sambal ini, dengan lauk sampingan telor mata kerbau atau telor dadar pun, harus boleh makan nasi bertambah-tambah, masa sahur gitu. Hehehe



     



     


Thursday, March 23, 2017

ayam

AYAM GORENG KUNYIT MERAJUK PUNYA PASAL




       Kjee masak lauk ini semalam sebab kes merajuk dua hari lepas. Teringin nak makan kat Restoran Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang femes tu di Kampung Pandan. Sampai sana, tak ada parking. Nak park tepi jalan, ada satu van penguatkuasa DBKL sedang saman beberapa biji kereta.

       So Kjee ajak UnclePali pergi ke satu lagi restoran mereka di Pandan Indah. UnclePali guna waze. Tetapi malangnya, waze bawa kami ke depan rumah orang. "Anda sudah sampai ke destinasi anda," kata cik Waze.

       UnclePali garu kepala kebingungan. Apa hal pulak nak bingung. Dah banyak kali Kjee dalam kereta dengan UnclePali, tetiba sampai belakang rumah orang. Serius ni! Waze bawak!

       So kami pergilah makan kat satu kedai yang Kjee langsung tak minat. Tapi tak boleh komplen. Itu rezeki kami dua beranak.

       Malam sebelum tidur, Kjee suruh UnclePali beli ayam dan kacang panjang serta carrot. Bahan-bahan lain semua ada.








       Maka inilah Ayam Goreng Kunyit versi Kjee. Entah sama entah tidak dengan Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Tetapi Kjee suka versi Kjee ni. UnclePali pun makan bertambah walaupun hanya A One Dish Meal.

        Actually dan banyak kali Kjee buat lauk ni. Kekadang guna sotong, kekadang guna udang. Semuanya sedap belaka. Cuma kali ini, Kjee perap seketika ayam yang telah dipotong bite-size, dengan halia dan bawang putih. Kjee sagat kedua-dua bahan itu dan gaulkan hingga rata. Kemudian letak kunyit serbuk dan garam secukup rasa.  Perap lebih kurang 20 minit.

        Setelah kacang panjang dipetik-petik, Kjee pun hiris carrot dan potong gemuk sikit daripada mancis. Juga hiris kasar-kasar dua biji bawang besar. Tiga biji cili merah Kjee hiris panjang-panjang sama seperti saiz carrot tadi. Oh ya mesti korang tanya kenapa kacang panjang itu dipetik-petik. Ada seorang makcik tu kata, kacang panjang lebih sedap dipetik-petik daripada dipotong/dihiris guna pisau. Entahlah.

       Dah perap ayam, goreng dalam minyak yang banyak hingga masak. Boleh garing tetapi jangan terlalu garing nanti isi ayam itu keras. Keluarkan dan letakkan dalam mangkuk atau besen. Kemudian dalam minyak yang sama, goreng carrot hingga lembut. Keluarkan. Kemudian masukkan kacang panjang dan golekkan sebentar sahaja. Begtiu juga dengan bawang dan cili. Goreng sekadar layu sahaja.

       Campurkan ssemua itu dengan ayam dan gaul hingga mesra. Kalau perlu, letak lagi garam dan gaul sekali lagi. Boleh hidang.

       Lihat juga DISINI.

     

 


Wednesday, March 22, 2017

desserts/manisan

ROTI JALA CICAH SERAWA DURIAN









       Apabila ternampak orang jual durian seberang jalan dari Dataran Wangsa hari itu, Kjee tetiba excited. Musim durian dah kembali?!

       Masa muda-muda dulu, Kjee dan Nadia memang suka sangat makan durian. Pantang nampaklah. Tetapi selepas berkahwin dengan UnclePali yang tak berapa minat durian, maka minat kami pun slow down. Kekadang tiga empat musim kami tak makan durian! Apatah lagi apabila Kjee terkena diabetes. So sendiri mahu ingat lah kan ... Durian is a no no! Tapi sekali sekala cheat sikit, okay kot. Hehehe.

       Nadia pulak tak suka durian yang pahit. Nak yang manis sahaja. Kalau Kjee beritahu dia hendak beli durian, cepat-cepat dia suruh cari yang manis. Unclepali dan Kjee sengih sahaja. Durian yang pahit-pahit sikit tu lah yang sedap tau!




Putu Mayam beli kat Uncle naik motor



        So malam kelmarin Kjee suruh UnclePali pergi beli durian. Nak buat serawa makan dengan roti jala dan putu mayam. Ada seorang Uncle India jual putu mayam. Tiap petang, lalu sahaja depan rumah kami, sengaja dia bunyi horn motor dia kuat sikit sambil dia slow down. Putu Mayam yang dia jual memang awesome! Gebu dan lembut. Sepuluh keping RM6. Semalam UnclePali beli 20 keping sebab itu jugaklah dinner kami nanti. Cicah juga dengan kari lebihan semalam.

       Semalam Kjee jala sendirian. Sebab itulah kejadiannya kurang comel. UnclePali pandai menjala. Tetapi kurang kesabaran. Justeru kaler roti jala dia seringkali keperang-perangan sedikit.

       Oleh kerana Serawa Durian nak dicicah bersama Roti Jala dan juga Putu Mayam, maka Kjee buat sedikit sahaja roti jala. Satu adunan sahaja iaitu 2 cawan tepung. Hanya jadi lebih kurang 20 keping.  Klik resipinya DISINI. Kali ini Kjee guna acuan fesyen lama bukan yang botol tu.

       Kalau korang nak resipi Serawa durian, ini versi Kjee.  Masukkan kira-kira dua mangkuk isi durian (bersama bijinya) ke dalam periuk. Ramas manja-manja. Isi air dalam periuk menutupi isi durian, gula melaka/merah secukup rasa dan sedikit garam serta dua helai daun pandan. Guna api sederhana. Apabila sudah mendidih, masukkan 1 mangkuk susu cair (evaporated milk). Kalau nak bubuh santan pun boleh. Kalau nak manis, boleh tambah gula putih. Itu jer.


    





Tuesday, March 21, 2017

kari

KARI VEGETARIAN MUTTON






       Kjee suka sangat makan semua yang berkaitan daging kambing ataupun lamb. Apabila Kjee kata demikian, ramai angkat kening. Risau. Tak elok tu kata mereka. Nanti boleh kena high blood pressure. Ya ker? Habis tu kalau Kjee low blood, okaylah kan? Hehehe.

       Kjee pernah jumpa Dr Yahaya Sofi, my regular doctor of almost 30 years. Dia kata, dengan bacaan blood pressure yang selalunya rendah, Kjee bukan sahaja boleh makan daging kambing ataupun lamb tetapi unta pun boleh. Kjee pernah sekali makan daging unta ketika pergi ke rumah Abah (Pak Habib Hussein Al Attas) Raya Haji banyak-banyak tahun yang lalu. Abah kol kata ada daging unta. Jomlah ke Janda Baik katanya. Kjee makan okay jer walaupun sebelah malam tak boleh tidur kekrana kepanasan. Hehehe.

       Alhamdullilah setakat ini my BP reading (latest pada 7/3 lepas) ialah 115/86. Masih okay dengan izinNya.





Frozen Vegetarian Mutton

     

 Jadi kenapa Kjee makan vegetarian mutton kalau boleh makan mutton atau daging kambing biasa? Beginilah... kalau korang pernah sekali try Vegetarian Mutton, mesti korang suka sangat. Texture macam daging kambing (ada seratnya sekali) dan baunya ada sedikit bau kambing tetapi ia diperbuat dari kacang soya! Dan ia sangat-sangat sihat dan boleh makan hari-hari!

       Kjee beli Vegetarian Mutton ini (frozen) di sebuah supermarket India di Brickfields, Kuala Lumpur. Ada kata pernah jumpa di Tesco dan Giant. Dan menurut seorang kawan berbangsa India, ia boleh dimasak pelbagai jenis lauk termasuk rendang! Tetapi ia hanya boleh dimasukkan di saat akhir setelah lauk itu siap masak. Ini adalah kerana vegetarian mutton sangat lembut (maklumlah taufoo) dan boleh hancur kalau masak terlalu lama. Ada yang syorkan digoreng seketika sebelum dimasukkan ke dalam lauk yang sedang dimasak. The choice is yours.

       Nadia suka sangat Vegetarian Mutton ini kalau dibuat Mutton Paratel. Kalau ke Rest Sri Paandi di Petaling Jaya, mesti Kjee bungkus satu atau dua portion untuk dia, Murah sangat. Satu piring RM3.50 sahaja. Nadia ratah sahaja.

       Okay Vegetarian Mutton Curry ini Kjee buat kelmarin. Sedap dimakan dengan nasi atau putu mayam. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Untuk resipi, sila KLIK SINI.

   
 








Sunday, March 19, 2017

desserts/manisan

SAGU GULA MELAKA + JAGUNG MANIS







       Cuti sekolah sudah bermula. Walaupun seminggu sahaja, tetapi kalau anak-anak sudah berlonggok dalam rumah, tentu mereka seronok kalau ada makanan dalam peti ais. Terutama sekali boleh diambil sendiri memandangkan ibu bekerja.

       Kjee buat sagu ini kelmarin tetapi baru Kjee telah sejukkan dalam peti ais. Masa itu tak berselera pula nak makan. Lagipun belum lagi buat sirap gula Melaka. Tadi, apabila tinggal seorang diri sebab my dua housemates ada sahaja kerja di luar maka teringat akan sagu yang Kjee sejukkan dalam peti ais.

       Mudah sahaja masak sagu ini. Masak sebelah malam dan masuk dalam peti ais setelah ia sejuk sedikit. Jangan lupa buat sirap daripada gula Melaka. Sediakan juga susu cair atau evaporated milk. Ada orang gunakan santan. Boleh jugak tetapi susu cair lagi sedap. Boleh add on jagung manis dalam tin, laici ataupun longan. Sedap you!

       Okay nak resipi penuh Sagu Gula Melaka ini, sila KLIK SINI. Tumpang lalu, I'm going to the kitchen for my second and maybe third. Hehehe.

     



Kalau guna jagung manis berkerim dalam tin, lagi sedap








Saturday, March 18, 2017

mi/mihun/kwayteow

SUP KWAYTEOW YANG SANGAT MUDAH







       Lunch tadi, air tangan Nadia. Kalau suruh dia masak menu seperti ini, memang pantas sekali. Sebabnya, ia terlalu mudah untuk dimasak. Dan menjadi kesukaan kami.

       Apabila Kjee tolong dia menyiapkan bahan-bahan untuk Sup Kwayteow mudah ini, awal-awal lagi dia beri amaran jangan sentuh cili padi bubuh kicap itu. Tersentap jugak sebab kalau makan Sup Kwayteow ini tanpa cili padi potong, manalah sedap kan! Tetapi, Kjee akur kali ini sebab tak mahu sakit perut.

       Gastrik makin gila-gila menyerang sejak akhir-akhir ini. Maklumlah selama ini makan tak berpantang. Pantang sangat tengok lauk pauk pedas. Maka sekarang, tanggunglah padahnya!

       Sup Kwayteow mudah ini samalah macam Kjee buat Ipoh Kwayteow Soup. Sebenarnya malu nak panggil Ipoh Kway Teow Soup atau Ipoh Hor Fun. Resipi yang Kjee dan Nadia buat, mudah sangat. Tak kesahlah asal sedap pada tekak kami. Hehehe.

       Hari ini Nadia pergi Hero dan beli udang yang kasar-kasar. Katanya RM38 sekilo. Tak mampu nak menolak tengok besar-besar udang tu, katanya.

       Intai kat SINI kalau teringin nak buat. Kalau tidak, google ajelah ya.






Friday, March 17, 2017

desserts/manisan

KUIH BADAK BERENDAM








       Dah seminggu rasanya asyik tertangguh sahaja nak buat kuih ini. Maklumlah intinya dah tak perlu buat kerana ada baki masa buat Pulut Inti hari tu. Mula-mula bekas berisi inti tu masuk dalam freezer, beberapa hari kemudian turun ke bawah peti ais. Mujur tak rosak.

       Inilah kejadiannya petang semalam. Kat luar ribut petir. Kjee nak baring pun tak sedap hati. Nak layan TV, siaran pulak terganggu sebab hujan. So, rasanya ini masa terbaik untuk ke dapur.

       Kjee buat tak ikut resipi. Main agak-agak sahaja sebab inti pun tak banyak. Dalam satu mangkuk kecil jer. Tetapi banyak pula jadi kuihnya. Dekat 15 biji! Jadilah dapat seorang lima biji.

       Kjee bancuh tepung pulut putih campur sedikit tepung pulut hitam. Letak air (yang telah dicampur sedikit garam) pun main agak-agak. Kalau sudah menjadi doh yang boleh dibulatkan untuk isi inti, okaylah.

       Kalau korang nak resipi lengkap sila klik kat SINI. Resipi sama macam kuih koci sekarang.

       Kjee juga pernah buat letak inti kacang merah. Apapun inti yang korang guna, terserahlah. Kita yang buat dia kan!

       Kuih ini sedap jika disejukkan dulu dalam peti ais sebelum makan. Pasti makan tak hengat dunia. Hehehe.