Sunday, May 8, 2011

310. JJCM - Makanan Sunda

ayam penyet

empal sapi

ayam bakar

sayur assem

Hjh Rokiah dan anak tersayang

First time ketika Hari Ibu, dapat raikan bersama ibu mertua tersayang Hajah Siti Rokiah. Kebetulan beliau datang untuk kenduri pernikahan cucunda beliau siang tadi. Malamnya, Unclepali kidnap bondanya bawak pulang ke rumah kami.

Tanya mak nak makan apa for dinner. Apapun, tak kisah, kata mak. So we all bawak dia pergi ke Restoren Wong Solo di Jalan Raja Alang. Sambil2 lalu situ, tunjuklah rumah kelahiran menantu dia tu di no 73 Jalan Raja Alang. Dekat benar dengan Rest Wong Solo.

Tak pernah Kjee tengok ramai sangat pengunjung ke Wong Solo. Selalu kalau kami datang, hanya ada satu atau dua meja jer yang penuh.

Kalau ke Wong Solo, kami suka empal sapi iatu daging lembu yang digoreng dan diketuk2. Sedap sangat. Sebelum goreng Kjee rasa dia orang perap dulu. Selain itu, ada ayam bakarnya yang didakwanya famous, ayam penyek, pecel lele (ikan keli goreng garing) dan juga sayur asem (asam rebus sayur).

Malam ini Kjee decide nak order set Bandung yang ada nasi, empal sapi, ayam bakar, ayam penyek, sayur campur dan sayur asem serta tahu dan tempe goreng. Tak cukup dengan itu, Nadia buat order tambahan pecel lele. Juga ada 5 botol air mineral sejuk, free.

Yang pasti, elok lagi kalau order asing2 iaitu set individu yang harganya RM10.90 siap dengan air mineral sejuk daripada set bandung tu. Sebab? Apabila kita order asing2, masing2 dapat apa yang dihajatkan iaitu kalau nak makan empal sapi, kita akan dapat satu pinggan bersama empal sapi, nasi dan tahu serta tempe.

Kalau order set Bandung untuk 5 orang, Kjee rasa tak fairlah dia bagi ciput jer ayam bakar, ayam penyek dan empal sapi. Ah tak kisahlah. Kalau tak cukup orderlah lagi kan?

Mak mertua Kjee kata sambal yang disediakan terlalu manis. Dah nama sambal biarlah pedas. Tapi tekak Kjee yang dah biasa makan situ kata ok pulak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...