Sunday, July 10, 2011

AYAM KAPRAU DAUN SELASIH




Tak serik2 kan? Dua hari berturut2 buat menu sama tapi kali ni Kjee guna ayam. Bukannya apa..semalam ada fren tanya samada boleh guna ayam. So Kjee pun test lah sendiri kan? Kalau tak test, camner nak bagitau dengan korang kan?


So malam tadi, actually bukan malam tapi pukul 2 pagi, semasa kitorang ronda2 bandaraya KL untuk menyaksikan keindahannya selepas dirempuh demonstrasi haram, Kjee pun mohon Unclepali singgah di Chow Kit. Tujuan nak beli daun selasih. Semalam Kjee buat Daging Kaprau guna daun limau purut jer kan?

Nasib baiklah Unclepali setuju. Kjee pun suruhlah Nadia beli 1 ikat daun selasih. Punyalah besar seikat tu. Harga RM1 jer. Boleh buat tiga atau empat kali masak! Kjee dah rendam dalam air
Sebelum tidur pukul 4 pagi tadi, Kjee dah keluar ayam dari freezer. Bangun pagi mestilah dah cair kan? Bangun pagi tadi, Kjee pun mulalah masak. Masaknya sekejap jer tapi dek kerana bangun dah lambat, kenalah terus masak. Hari ni kita orang tak breakfast pun. terus lunch.

Oleh kerana pukul 6 karang Kjee ada jemputan tahlil, Kjee pun masak simple2 jer. Selain ayam Kaprau, Unclepali rebus petai beli kat Chow Kit pagi tadi dan sambal belacan. Itu jer. jangan membazir. Dosa.

So kita intai resipi. Ala malas lak nak taip. Korang tekan sini untuk resipinya. Tapi korang tambah je daun selasih di penghujungnya. Golek2kan daun selasih ke dalam masakan seketika dan padam api. Buatlah pedas sikit sebab lagi pedas lagi sedap. Tadi Kjee guna cili api hijau jer sebab tak ada stok. Kalau ada yang merah atau campur sikit cili hidup, lagi cantik warnanya.

Kjee merasakan kalau buat udang atau sotong kaprau pun sedap tau. Oh ya, mungkin ketam pun boleh. Apa2pun, kita yang buat dia. So pepandailah adjust. Oh ya, lupa nak cakap pasal daun selasih. Letaklah dalam segenggam daun yang telah dipetik dan dicuci.

Kalau tanya Kjee, mana lebih sedap antara ayam dengan daging, Kjee pilih Kaprau Daging. Itu tekak Kjee. Tepuk dada, tanya selera.


7 comments:

Anonymous said...

best untuk buka puasa dan bersahur. thanks kakjee.

Ezza said...

laa...
tadi saya cari daun selasih kat pasar..tak jumpa pulak..dah lah hujan lebat...macam tu rupa nya daun selasih..seumur hidup baru ni lah jumpa...hahhaa
thanks kjee...
bertambah lah menu saya tahun ni...

Ummi said...

Assalam K.Jee...alahaaiii nampak sungguh sedap ayam ni...tp daun selasih x jumpa2 lak kat kedai area rumah ni...adeeeiii, mana nak pi cari ni...

'idun sa'idun said...

nasib baik saya dah tanam daun selasih.. hehehe bole la cuba resepi ni.. tqvm kak jee.. muaaahhhhh.. :)

HaSue said...

nampak sungguh menyelerakan!

chow kit 'hidup' 24jam ke kjee?agak2 kalo xleh tido..best laa nak tengok2 brg kat situ ek..

teringat lak dulu daun selasih ni byk kat umah kakak sy..skrg ni ntah ada ke idak lg..dia pun suka buh dlm masakan..

Kjee said...

ummi: daun selasih rasanya ada di pasar or pasar tani. kalau tidak kena tanam sendirilah kot.
ezza: selamat mencuba.
'idun: eloklah ada tanam sendiri. boleh masak bila2 suka.
HaSue: Macam tulah. Tengah2 malam dia orang jual sayur2 kampung. boleh mabuk tengok. Pastu sambung pasar pagi sekitar kul 6. kjee pun tgh nk cuba tanam.

HomeKreation said...

Aslmkm KakJee. Baru terjumpa blog ni dari KongsiResipi. Salam kenal dari ALongRoz. Baru kemarin beli daun selasih seikat besar.... tatau lagi nak masak apa.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...