Saturday, July 9, 2011

DAGING GORENG KAPRAU







Daging Kaprau? Hah Kaprau tu makanan Thai. Hari tu kan Kjee dah story kat korang pasal Nasi Daging Kaprau yang Kjee makan di Restoren Ali Tom Yam (lihat sini), kat Kpg Datuk Keramat tu kan? Hah, percubaan pertama Kjee buat hari tu, tak dapatlah 100 % rasa yang Kjee nak.

Malam tadi Kjee ke Ali Tom Yam lagi. Geram jugak bila Kjee makan rupa2nya tak sama dengan Kjee buat. Pastu bangun pagi tadi, Kjee suruh Unclepali ke kedai tolong belikan Kjee paste tomyam. Nadia dan Unclepali ingatkan Kjee nak masak tomyam. Tapi Kjee kata tidak. Saja nak bagi dia orang saspen dulu.

Kjee suruh Nadia keluarkan daging batang pinang dari freezer. Kalau tak ada daging batang pinang, daging biasa pun boleh tapi dengan syarat biarlah ia lembut sedikit ataupun direbus dulu. Kat restoren Ali Tomyam, dia orang pun ada jual Nasi Kaprau ayam. So yang nak nak cuba guna ayam bolehlah jugak. Next time Kjee pun nak try jugak.

Tadi masa masak, Kjee punyalah senyum lebar sebab Kjee dah dapat apa yang Kjee nak. Rupa2nya Daging Kaprau tu adalah daging yang digoreng guna paste Tom Yam!! 

Malangnya hari ini Kjee kurang satu bahan iaitu daun selasih. Untuk ganti, Kjee guna daun limau purut. Tapi kalau ada daun selasih memang lengkaplah rasa macam Ali Tom Yam. 

Okaylah, dah lambat ni. Jom kita tengok resipinya. 

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Daging Goreng paste tomyam ni sedap sangat. Kjee yang selalunya tak selera makan pun berjaya habiskan ½ pinggan nasi. Kira hebatlah tu. Tapi banyak ratah jer tadi. Hehehe. 




26 comments:

nuanza said...

best la...leh try gak ni...
nk ambik resepi ni ye kjee

Chik Mimi said...

kak looks yummy nak try nanti tq sis

Lina said...

sedapnya nampak masakan ni.. tq kak jee share resepi.. nak try la

Lina said...

sedapnya kak jee.. boleh try ni.. tq share resepi

Anonymous said...

Bestnye ...saya slalu ke ali tom yam tapi x pernah try daging kaprau ..dah ada resepi ni bolehlah try ..thanks kak

nida said...

sedap nya...menyelerakan..

K.Nor said...

salam k.jee.. mohon copy & save dulu resipi ni ya.. nak gi cari daging batang pinang dulu .. mekasih k.jee :)

Ezza said...

kak jee
kalau pakai seekor ayam, berapa banyak tomyam paste tu nak taruk?

Kjee said...

ezza: kena adjust sendiri. Tadi kjee perap daging sampai secukupnya. Maknanya paste tu menutup semua daging. begitu jugak dengan ayam. pastikan paste itu cukup2 menutupi seluruh ayam yang telah dipotong2. kalau cukup paste, lagi sedap.

Mylady said...

sedapnya nampak daging kaprau kak Jee..menggiurkan gittew...thanks sebab sudi share resepi..:-)

IBUNDA DELIGHTS

Teratai said...

Wahhh...kjee. Nampak menggiurkan gitu...nie kene cube nie...

HomeKreation said...

Salam KakJee. TQ kongsi respi yg mabeles ni... dah buat, sodap betul!....AlongRoz

Jamie said...

salam kenal...
minta izin copy resepi, dah try memang terangkat!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak jee....
hari tu saya diam2 copy resepi akak ni.. mmg berkenan tengok.. lgpun guna bahan2 yg mudah dicari... sy dah cuba pun masak minggu lepas.. memang sedap & kena betul dgn selera kami sekeluarga.. mohon copy & paste resepinya di blog sy pula ye kak.. TQ !

Kjee said...

alhamdullilah ramai dah cuba dan suka. pada Kjee daging kaprau daun selasih sedap daripada ayam ataupun sotong yg Kjee buat. alamak lupa pulak stok paste tomyam dah abis. nk kena gi beli.

Teratai said...

salam k.jee.. mohon copy & save dulu resipi ni ya.. mohon utk copy dlm blog jugak ya...Mekasih..

Teratai said...

salam kak jee....
mohon copy & paste resepinya di blog sy ye kak..

Anonymous said...

assalamualikum kak jee. terima kasih di atas resipi yang sangat menyelerakan ini. mohon link blog kak jee di blog saya ya. terima kasih
-cikyah75-

Ayu said...

Assalam kakJee,
kita dah try recipe kjee yang ni, memang sedap dan kena dgn selera kami sekeluarga..and true what you said, gunakan daun selasih lagilah sedap..will post the entry soon.thanks kak for sharing

ain (sweet thots) said...

salam kjee,

daku dah try juga. mmg power lah!. tima kasih ye ;-)

Anonymous said...

Dah cuba...sgt sedap.


Norazila Awang said...

1st time dgr daging goreng kaprau. boleh cuba la malam ni. nmpk sedap

novellist said...

mohon copy resepi ye..
nampak sangat sedap..hari nak try masak.. :)

Anonymous said...

mohon copy ye..tqvm :)

Hana Maroo said...

Hana dah try!!!! best!!!!! tq kjee

Anonymous said...

Salam kjee..nak tnye, tom yam paste tu yg dlm botol ke atau yg serbuk tue ?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...