Sunday, July 10, 2011

AYAM KAPRAU DAUN SELASIH




Tak serik2 kan? Dua hari berturut2 buat menu sama tapi kali ni Kjee guna ayam. Bukannya apa..semalam ada fren tanya samada boleh guna ayam. So Kjee pun test lah sendiri kan? Kalau tak test, camner nak bagitau dengan korang kan?


So malam tadi, actually bukan malam tapi pukul 2 pagi, semasa kitorang ronda2 bandaraya KL untuk menyaksikan keindahannya selepas dirempuh demonstrasi haram, Kjee pun mohon Unclepali singgah di Chow Kit. Tujuan nak beli daun selasih. Semalam Kjee buat Daging Kaprau guna daun limau purut jer kan?

Nasib baiklah Unclepali setuju. Kjee pun suruhlah Nadia beli 1 ikat daun selasih. Punyalah besar seikat tu. Harga RM1 jer. Boleh buat tiga atau empat kali masak! Kjee dah rendam dalam air
Sebelum tidur pukul 4 pagi tadi, Kjee dah keluar ayam dari freezer. Bangun pagi mestilah dah cair kan? Bangun pagi tadi, Kjee pun mulalah masak. Masaknya sekejap jer tapi dek kerana bangun dah lambat, kenalah terus masak. Hari ni kita orang tak breakfast pun. terus lunch.

Oleh kerana pukul 6 karang Kjee ada jemputan tahlil, Kjee pun masak simple2 jer. Selain ayam Kaprau, Unclepali rebus petai beli kat Chow Kit pagi tadi dan sambal belacan. Itu jer. jangan membazir. Dosa.

So kita intai resipi. Ala malas lak nak taip. Korang tekan sini untuk resipinya. Tapi korang tambah je daun selasih di penghujungnya. Golek2kan daun selasih ke dalam masakan seketika dan padam api. Buatlah pedas sikit sebab lagi pedas lagi sedap. Tadi Kjee guna cili api hijau jer sebab tak ada stok. Kalau ada yang merah atau campur sikit cili hidup, lagi cantik warnanya.

Kjee merasakan kalau buat udang atau sotong kaprau pun sedap tau. Oh ya, mungkin ketam pun boleh. Apa2pun, kita yang buat dia. So pepandailah adjust. Oh ya, lupa nak cakap pasal daun selasih. Letaklah dalam segenggam daun yang telah dipetik dan dicuci.

Kalau tanya Kjee, mana lebih sedap antara ayam dengan daging, Kjee pilih Kaprau Daging. Itu tekak Kjee. Tepuk dada, tanya selera.


Related Posts:

  • SAMBAL UDANG PETAI               Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasi… Read More
  • 152. Satay dan Kuah Satay Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk s… Read More
  • SAMBAL AYAM BIASA BIASA          Ini antara lauk popular dalam rumah Kjee. Juga antara lauk di hari malas. Kejadiannya dua minggu lepas rasanya. Mulanya tak minat nak sebenarnya nak masukkan entri dalam blog sebab l… Read More
  • AYAM GORENG KUNYIT MERAJUK PUNYA PASAL        Kjee masak lauk ini semalam sebab kes merajuk dua hari lepas. Teringin nak makan kat Restoran Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang femes tu di Kampung Pandan. Sampai sana, tak ada parking. Nak park… Read More
  • RENDANG AYAM CILI API VERSI ORANG KOLUMPO             Walaupun tak berapa sihat tetapi apabila tengok foto Rendang Cili Api lalu di newsfeed facebook, tiba-tiba teringin pulak nak makan. Last makan dua minggu sebelum Ramadh… Read More

7 comments:

  1. best untuk buka puasa dan bersahur. thanks kakjee.

    ReplyDelete
  2. laa...
    tadi saya cari daun selasih kat pasar..tak jumpa pulak..dah lah hujan lebat...macam tu rupa nya daun selasih..seumur hidup baru ni lah jumpa...hahhaa
    thanks kjee...
    bertambah lah menu saya tahun ni...

    ReplyDelete
  3. Assalam K.Jee...alahaaiii nampak sungguh sedap ayam ni...tp daun selasih x jumpa2 lak kat kedai area rumah ni...adeeeiii, mana nak pi cari ni...

    ReplyDelete
  4. nasib baik saya dah tanam daun selasih.. hehehe bole la cuba resepi ni.. tqvm kak jee.. muaaahhhhh.. :)

    ReplyDelete
  5. nampak sungguh menyelerakan!

    chow kit 'hidup' 24jam ke kjee?agak2 kalo xleh tido..best laa nak tengok2 brg kat situ ek..

    teringat lak dulu daun selasih ni byk kat umah kakak sy..skrg ni ntah ada ke idak lg..dia pun suka buh dlm masakan..

    ReplyDelete
  6. ummi: daun selasih rasanya ada di pasar or pasar tani. kalau tidak kena tanam sendirilah kot.
    ezza: selamat mencuba.
    'idun: eloklah ada tanam sendiri. boleh masak bila2 suka.
    HaSue: Macam tulah. Tengah2 malam dia orang jual sayur2 kampung. boleh mabuk tengok. Pastu sambung pasar pagi sekitar kul 6. kjee pun tgh nk cuba tanam.

    ReplyDelete
  7. Aslmkm KakJee. Baru terjumpa blog ni dari KongsiResipi. Salam kenal dari ALongRoz. Baru kemarin beli daun selasih seikat besar.... tatau lagi nak masak apa.

    ReplyDelete