Thursday, October 13, 2011

BBQ RIBS MUSTAFA JONES...OUT OF THIS WORLD!

Molly dan Chef MJ
 Hari ni makan kat luar lagi. Dah banyak hari tak masak. Sejak Nadia sakit hari tu, Kjee pun rasa cam lemah semangat nak masak. Tapi semalam, sempat gak buat bubur Puteri Menyorok. Malamnya pulak, kami makan steamboat bersama adik Kjee. Dan malam ni,  we had Mustafa Jones' succulent ribs (tulang rusuk lembu)!

Harga dah naik tetapi portionnya lebih banyak dari dulu. Okaylah tu kan?
Sejak MJ Burger berpindah ke Taman Melawati, Nadia dah banyak kali ajak Kjee pergi makan. Kami dah dua kali ke sana tanpa Nadia sebab seringkali dia ada hal masa kami nak gi makan. Kjee dah janji dengan Nadia nak makan kat sana minggu lepas tapi Nadia sakit pulak.

Dan hari ni kena tunaikan janji. Sedang elok pulak tu sebab setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu ada ribs. Ribs Mustafa Jones memang out of this world! Kjee dah beberapa kali try kat Tony Romas sebelum menemui MJ. Ramai kata ribs TR sedap dan mahal, tetapi tekak kami tiga beranak lebih sesuwai dengan Chef MJ punya ribs.

Apa yang sedap sangat? Well, Kjee suka homemade barbeque sos mereka. Kat tempat lain, ada bau semacam punya 'tengik'. Tapi resipi MJ sedap sangat. Molly isteri MJ, seorang akauntan bertauliah graduan dari University Little Rock, Arkansas, Amerika, kata sos itu adalah resipi rahsia keluarga suaminya. Hmm nasib baik awal2 lagi Molly dah kata rahsia, kalau tidak, mau jugak mokcik mengendeng. Hehehe gurau jer Molly. Tapi kalau dia bagi, bagus jugak.

Hari ini, first time kami bertiga sekali gus memilih ribs. Kena order sebelum pergi. Kalau tidak, berjangkut menunggu sebab ramai orang. Nak tulis berpeluh atas bawah menunggu, tapi takut pulak bunyi lucah.

Oleh kerana lapar sangat tadi, masa makan senyap jer. Malehlah nak citer macam mana sedapnya. Tanyalah mereka yang dah pernah makan. Oleh kerana bahan mentah semakin mahal dan sukar diperolehi, harga ribs MJ sudah menjadi RM25 sepinggan. Apapun, jauh lebih murah kalau makan kat TR.

Nak tahu kat mana Restoran MJ sekarang, klik sini.

Makan senyap2 tak sampai 15 minit, ini hasilnya!! Nasib baik kau keras tulang...

3 comments:

sharifah rosidah said...

Saya masih belum berkesempatan makan disini, suami sibuk memanjang.

Anonymous said...

dah tak berani nak makan western di luar sb byk bhn disenaraikan haram...

Anonymous said...

baru minggu lepeh g makan kt situ. order burger bakar aje. Pastu tapau lauk2 kampung utk brsahur. nnti la, nk jgak try BBQ Ribs ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...