Sunday, October 2, 2011

KITA SUKA STYLE NABIL!!

ehsan Oh Bulan!


Seronok betul Kjee ikuti perkembangan pelawak nombor satu tanahair, Ahmad Nabil Ahmad. Eh dia pelawak nombor satu negara ke? Habis kalau tak dia siapa? Idea2 dia selamba dan Kjee rasa dia pak lawak paling cerdik dan banyak buat homework, banyak membaca dan banyak ikuti perkembangan pelawak2 hebat luar negara. Justru, kita boleh harapkan yang terbaik daripadanya.

Kali ni tak naklah  citer pasal karier sebab yang panas sekarang kisah Nabil dah kahwin. Bukan nak kutuk sebab tak ada cacat celanya majlis pernikahannya hari tu.

Cuma Kjee nak coretkan kat sini, dalam lawak2 dia, dalam nakal2 dia, Kjee merasakan Nabil ni seorang yang cukup matang dan down to earth. Berpijak di bumi nyata, itulah sikit lebih kurang makna down to earth.  Memang dah layak dia bergelar suami pun!!

Hari tu, pasti semua suka tengok video yang Nabil buat untuk lamar Nazirah Ayub. Lihat sini. Sempoi jer kan walaupun ada sikit iras2 macam satu adegan dalam filem Coming to Amerika. Tak banyak, sikit je tapi adalah sikit persamaan dengan cara lamaran dalam adegan yang dibuat dalam underground train filem tu.

Pembikinan video itu jelas menunjukkan sifat2 Nabil yang telus dan gemar berterus terang. Kjee paling suka ayat yang Nabil kata. Sikit lebih kurang cam ni..."Awak bukan orang pertama dalam hidup saya tapi saya akan pastikan awak yang terakhir..."

Aduh tersentap heart-strings mokcik tau!! Hati pompuan mana babe tak cair kalau pakwe ucapkan kata2 tu. Adoiii!! Hehehe terlebih emo mokcik.

Pastu tadi Kjee surf net, jumpa pulak citer pasal Nabil kat majalah Media Hiburan online. Nabil jemput semua peminatnya ke majlis persandingannya di I-City. Ada tempat khas disediakan untuk mereka. Tetapi kalau ada yang dapat kad jemputan, mereka dibenarkan masuk.

Bukan ajak2 ayam tetapi kata Nabil, dia buat majlis ikut kemampuannya. Dan itu sahajalah yang dia mampu walaupun khabarnya di kalangan pelawak tanahair, Nabil paling laris ketika ini. Tapi dia tak nak menunjuk2. Tak nak berhabisan sebab duit itu lebih diperlukan nanti untuk membina hidup baru.

Kjee suka sikap ini. Kalau tak mampu atau mahu bersederhana, cakap awal2 dan berterung terang. Lebih murni daripada meminta2 kan?

Anyway, Nabil juga cadang nak bawa isterinya mengerjakan Umrah dulu sebelum berbulan madu. Alhamdullilah. Itu lebih afdal. Bawak isteri ke Tanah Suci dulu, mintak ampun, banyak2 bertaubat atas segala kesalahan dan dosa lalu di depan Kaabah. Dan selepas itu, mulakan hidup zero zero. Hidup yang lebih menjurus ke jalan yang lebih suci.

Tapi yang tak syok satu. Nabil nak tangguhkan dulu hasrat na anak. Nak enjoy hidup berdua sepuas2nya sebelum ada anak. Isyhhh tak elok niat camtu. Itu urusan Allah swt. Kalau Dia nak beri, kita terima anytime. Jangan nanti Dia murka dan tak bagi langsung zuriat, menangis airmata darah pun tak berguna.

7 comments:

maszull said...

salam kjee....selamat pengantin baru nabil n isterinya ...cantik...:)

Ida,Japan said...

slm k'jee..apa khabar?comelnyer isteri nabil tu....nama pun dekat2 ngan nabil
Psstt..kak, mekasih byk2 for the award hari tu...lum sempat hankut lagi...pic blog ida biasa2 je kak...kdg2 jer elok sikit

Kjee said...

slm Ida. tenkiu hangkut. kjee bagi award tu kat award cos I feel u memang versatile. hehehe

~ yus ~@ ibu maznaz said...

Salam kak jee. Betullah, saya pun suka cara nabil..

moga dia berbahagia..aminn.

kasihredha said...

semoga mereka berdua bahagia hingga akhir hayat..
suka lawak nabil

Totie@Tomy said...

assalamualaikum kak jee seronok tengok double n kawin nazira dan nabil..moga hubungan ini kekal sampai surga amin...

Anonymous said...

kak jee, kawan saya pun pernah cakap macam nabil x nak anak lagi, bila dia nak anak sampai sekarang x dpt lagi dah 4 thn.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...