Friday, October 21, 2011

RAMEKINS DAN KEGUNAANNYA


Disiarkan dengan ehsan CMG...oppsss sorry tak mintak izin. Jangan saman yer. Hehehe



Layan jangan tak layan, kata Unclepali apabila Kjee kata ada yang nak beli ramekins tapi tak tau nak guna buat apa. Google jer,  kata Unclepali lagi.









Kjee pun tak pernah buat lagi sebab baru jer jumpa ramekins ni. Tetapi Che Mat Gebu ada resipi ada buat Chicken Pot Pie guna ramekins. Dia kan ada banyak idea. Lihat sini 

Masa Kjee nampak dalam blog CMG dulu, Kjee pun ada hati gak nak buat. Tapi sebab tak ada ramekins dan setelah puas keliling satu Malaya mencarinya (cari mana dapat... kenalah beli), maka Kjee guna mangkuk nasi Cina jer. Kita yang buat dia kan. Tapi hasilnya, amat2 memalukan diri sendiri. Lihat sini

Ramekins boleh jugak digunakan untuk buat macam2lah. Tadi Kjee google dan jumpa gambar2 dibawah ini. So kalau nak ikutkan, macam2 boleh buat. Boleh buat muffins, cup cake, caramel, shepperd's pie dan apa2 jer lah. Elok dibuat gunakan ramekins sebab tak payah potong2 dah. Masak untuk invidual servings.

Boleh bakar dan kukus serta masuk dalam microwave.

Sesiapa nak beli ramekins, sila sms 0126780501.









5 comments:

  1. Ros emel kat Kjee. nanti Kjee bagi harga. fauziah.samad@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee..Ramekin ni kak, boleh guna dalam pelbagai cara..kalau nak bekukan dadih pun boleh, nak buat acuan muffin pun ok, tapi alas lah dengan paper cup saiz sesuai. lagi satu saya pernah buat sherperd pie guna remekin..lagi nak buat cream bruelee pun boleh...buat cream caramel comel2 pun boleh, nak buat acuam apam pun boleh, pendek kata gunakan selagi ada idea lahh...kalau tak dapat gak idea, masukkan kepala dalam washing machine tekan button spin, sahh keluar semua idea nanti..hahaha...perhatian..nasihat tu jangan ikut okeh..yelah kang ada jenis lurus, terus pi dapur masukkan pala dalam mesin basuh...last2 aku yg kena saman....

    ReplyDelete
  3. Hah dah tahu rahsia CMG banyak idea memasak. Esok Kjee buat. nasib baik washing machine Kjee jenis besar (11kg). Bolehlah muat kepala kita kan?
    Kalau Kjee gol, korang suruh Che Mat jaga Nadia yer!!! Hehehe

    ReplyDelete
  4. ahahaha, kelakar CMG tu, gelak sonsorang aku. Jee aku ada ramekin ni beli kat living quaters( sekarang living quaters dah bankrap agaknya tak nampak kat mana mana lagi) selalunya aku buat pakai ni untuk buat cream caramel tapi aku beli size kecik je. Aku rasa dah 10 tahun aku simpan, aku beli enam tapi dua dah pecah lah.

    ReplyDelete