Friday, October 21, 2011

RAMEKINS DAN KEGUNAANNYA


Disiarkan dengan ehsan CMG...oppsss sorry tak mintak izin. Jangan saman yer. Hehehe



Layan jangan tak layan, kata Unclepali apabila Kjee kata ada yang nak beli ramekins tapi tak tau nak guna buat apa. Google jer,  kata Unclepali lagi.









Kjee pun tak pernah buat lagi sebab baru jer jumpa ramekins ni. Tetapi Che Mat Gebu ada resipi ada buat Chicken Pot Pie guna ramekins. Dia kan ada banyak idea. Lihat sini 

Masa Kjee nampak dalam blog CMG dulu, Kjee pun ada hati gak nak buat. Tapi sebab tak ada ramekins dan setelah puas keliling satu Malaya mencarinya (cari mana dapat... kenalah beli), maka Kjee guna mangkuk nasi Cina jer. Kita yang buat dia kan. Tapi hasilnya, amat2 memalukan diri sendiri. Lihat sini

Ramekins boleh jugak digunakan untuk buat macam2lah. Tadi Kjee google dan jumpa gambar2 dibawah ini. So kalau nak ikutkan, macam2 boleh buat. Boleh buat muffins, cup cake, caramel, shepperd's pie dan apa2 jer lah. Elok dibuat gunakan ramekins sebab tak payah potong2 dah. Masak untuk invidual servings.

Boleh bakar dan kukus serta masuk dalam microwave.

Sesiapa nak beli ramekins, sila sms 0126780501.









Related Posts:

  • ACUAN ROTI JALA - TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG acuan roti jala 3 muncung Oleh kerana acuan roti jalan akan sampai lebih kurang 1 minggu lagi, Kjee kini sedia menerima tempahan dan juga bayaran. Ini untuk memudahkan proses penghantaran. Kjee menjual 1 set yang m… Read More
  • KEDAI ONLINE KJEE - 4Ingin diberitahu, hari ini stock double boiler dan ramekins saiz 3.5" sudah sampai. So, sesiapa yang emel dan pm Kjee untuk order sebelum ini, kini boleh buat demikian secepat mungkin. Stok terhad. Please emel me at kedai@fa… Read More
  • KEDAI ONLINE KJEE - 5Mari mari mari...ada barang baru. Minat? Emel ke kedai@fauziahsamad.com untuk tanya harga. Isi borang klik sini. Mulai sekarang semua pembelain harap isi borang yang disediakan. Kjee dah hampir nak demam apabila beratus2 emel… Read More
  • KEDAI ONLINE KJEEAcuan Roti Jala masih tidak ada stok. Akan sampai pada Jumaat depan (28 Oktober 2011). So mereka yang masih tak dapat, harap sabar yer. Mereka yang berminat beli Ramekins, hanya ada saiz 3.5 inci. Kalau nak order kena beri t… Read More
  • KEDAI ONLINE KJEE - 2 Salam, hari ni Kjee busy sangat. Banyak kerja. Hanya sempat buat entry kedai jer. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; inni… Read More

5 comments:

  1. Ros emel kat Kjee. nanti Kjee bagi harga. fauziah.samad@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee..Ramekin ni kak, boleh guna dalam pelbagai cara..kalau nak bekukan dadih pun boleh, nak buat acuan muffin pun ok, tapi alas lah dengan paper cup saiz sesuai. lagi satu saya pernah buat sherperd pie guna remekin..lagi nak buat cream bruelee pun boleh...buat cream caramel comel2 pun boleh, nak buat acuam apam pun boleh, pendek kata gunakan selagi ada idea lahh...kalau tak dapat gak idea, masukkan kepala dalam washing machine tekan button spin, sahh keluar semua idea nanti..hahaha...perhatian..nasihat tu jangan ikut okeh..yelah kang ada jenis lurus, terus pi dapur masukkan pala dalam mesin basuh...last2 aku yg kena saman....

    ReplyDelete
  3. Hah dah tahu rahsia CMG banyak idea memasak. Esok Kjee buat. nasib baik washing machine Kjee jenis besar (11kg). Bolehlah muat kepala kita kan?
    Kalau Kjee gol, korang suruh Che Mat jaga Nadia yer!!! Hehehe

    ReplyDelete
  4. ahahaha, kelakar CMG tu, gelak sonsorang aku. Jee aku ada ramekin ni beli kat living quaters( sekarang living quaters dah bankrap agaknya tak nampak kat mana mana lagi) selalunya aku buat pakai ni untuk buat cream caramel tapi aku beli size kecik je. Aku rasa dah 10 tahun aku simpan, aku beli enam tapi dua dah pecah lah.

    ReplyDelete