Tuesday, August 9, 2011

RENDANG KELANTAN

Rendang Kelantan. Resipi sini


Dah banyak kali Kjee buat lauk ni. Favorite kami sekeluarga. Kalau ada lauk ni, lauk lain tak ada pun tak apa. Tapi hari ni Kjee buat jugak Kerabu Thai ala Somtam.

Rendang Kelantan ni bukanlah ori mai dari Kelantan sebab itu tak manis. Kjee tak pernah rasa lagi Rendang Kelantan yang ori.

Ada sekali tu, ada seorang fren yang jenguk dalam FB Kjee, terus kata tekak dia loya sebab tak lalu makan lauk pauk Kelantan yang manis.

Isyhhh tak baik cakap cam tu. Kita kena respek makanan dan budaya masing2. Agaknya kalau fren tu pergi Sabah atau Sarawak dan makan makanan tradisional seperti Umai, macam mana reaksi dia?

Kjee ni memang adventurous when it comes to food. Kalau tak berkenan di tekak, Kjee senyap jer. Eh sejak bila ada makanan Malaysia yang berkenan di tekak Kjee? Entahlah... tak ada kot. Semua Kjee suka.

Rendang Kelantan hari ini telah diubaisuai oleh bonda jadi pedas dan enak dimakan bukan sahaja dengan nasi tetapi lemang, pulut, ubi, lempeng, pancake dan jugak roti.

Tapi Kjee jarang buat rendang ini untuk Hari Raya sebab rendang ayam selalu cepat basi. So Kjee hanya buat rendang Daging untuk pagi Raya.

Tapi kalau korang nak buat ayam kari ala rendang yang Kjee buat dulu, itu pun sedap makan dengan ketupat. Kecurnya. Sedap gua cakap lu.

resipi klik Kari Ayam Kering ala Rendang 




Related Posts:

  • NASI AYAM HAINAN DAN TAUGE STIR FRY Kjee plan nak masak Nasi Ayam sejak minggu lepas tapi setiap kali UnclePali ke tempat sembelih ayam kat Kuang, ayam habis. Nak beli ayam di supermarket dah tak lalu sejak beli ayam baru sembelih. Pagi tadi, selepas breakf… Read More
  • NASI AYAM KUKUS NADIA Mudahnya apabila sudah ada anak dara yang boleh diharapkan di dapur. Sebut saja nak makan apa, semua dah tersedia. Nadia selalu kata kenapa di usia ini, Kjee masih anggap dia anak-anak dan tidak boleh diha… Read More
  • NASI AYAM RESIPI BONDA Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri. Di … Read More
  • KALAU ANGIN MALAS MELANDA... Inilah my comfort food kalau angin malas datang menyerang. Sebab itulah dalam freezer sentiasa ada udang atau ayam atau sotong, telor dan jugak mix vege jenama Watiies. Jenama lain tak suka sebab tak sedap. Dar… Read More
  • POPIA GORENG Hari tu Kjee makan popia basah beli kat gerai biasa di Taman Keramat, kena food poisoning. Serik dah. UnclePali kata dia tak nak belikan lagi walau dipaksa. Hehehe. Bayangkan dalam lima kali beli, tiga kali mest… Read More

2 comments:

  1. Alamak...tergugat iman!!Huhuhuu..

    nanti nak suruh bakal mak mentua masak laaaa..dia ore kelate..hehhehe

    ReplyDelete
  2. Salam kjee. Ada ke rendang klantan?Kita org2 klantan biasanya tak masak rendang dan lemang.Diklantan kita biasanya masak krutuk daging atau ayam dan nasi dagang serta ketupat tiga bucu.Tapi skarang semua pun dah ada sebab org klantan pun dah ramai kawin org luar.Rempah krutuk pun sekarang dah boleh beli kat pasaraya,dulu kita bawa khas dari klantan untuk masa hari raya kat sini.

    ReplyDelete