Friday, September 21, 2012

KACANG BOTOR DAH BOLEH TUAI










Dulu2, kami sekeluarga panggil kacang botol. Kelakar kan? Ntah mana Bonda boleh panggil kacang ini dengan nama itu. Kemudian bila dah tua, baru Kjee tahu nama sebenarnya Kacang Botor. Tapi ada jugak orang panggil kacang Kelisa.

Tak kesahlah. Maknanya sama dan kacangnya jugak sama.

Mereka yang tinggal di kawasan bertanah baik di kampung mahupun bandar, yang tanam kacang ini tentu merasakan entri Kjee ni tak de apa bende. Tapi inilah pertama kali Kjee tanam pokok ini, so excitednya lain macam.



Nak katakan pokok salah jugak. Ianya pohon merayap. Campakkan je biji2nya di tepi2 pagar dan dia akan keluarkan pucuk2 yang merayap2 cari ruang untuk hidup. Tak payah nak baja. Kalau musim hujan, lagi cepat ia merebak.

Tak lama rasanya Unclepali tanam setelah kakaknya berikan beberapa batang kacang ini yang sudah tua. Unclepali main campak jer tepi pagar rumah kami. Tak sampai dua bulan, jeng jeng jeng dah tumbuh merimbun.



Kalau dah banyak buah, kena cepat2 selak dedaunnya dan petik. Ini kerana warna kacang ini sama dengan daun. Dan ia suka menyelit2. Silap2 haribulan kalau lambat petik dah tua. Tak sedap makan.

Kjee selalu buat ulam atau goreng berlada bubuh belacan. Hiris serong2. Sedap sangat bubuh ikan bilis atau udang kering. Resipi klik sini.










Related Posts:

  • LAUK UDANG MASAK LEMAK DENGAN PERIA? Ini lauk kejadian minggu lepas. Sepatutnya Masak Lemak Peria sama Udang. Tetapi setelah siap gambar ditangkap UnclePali (gambar atas), Kjee terus naik darah. Dah jadi Masak lemak Udang dengan peria. Sepatutnya peria jadi… Read More
  • TERUNG TUMIS PEDAS DENGAN UDANG KERING Kjee fikirkan selama ini terung hanya makanan orang Melayu dan India di Malaysia. Tetapi apabila Kjee pergi ke beberapa restoran Cina Islam, baru Kjee tahu orang Cina jugak suka makan terung. Dan mereka masak terun… Read More
  • PERIA KATAK GORENG YANG GARING DAN RANGGUP Kalau pergi restoran yang menjual peria katak goreng garing ni, ia akan menjadi makanan utama Nadia. Dia suka sangat. Amik banyak-banyak pastu dia ratah. Paling suka dia makan di Sweet Santa, restoran capati yang sangat… Read More
  • SAYUR TAU MIU, STIR FRIED Kjee tak pasti samada korang biasa melihat sayur ni. Orang Cina pangil Tau Miu dan omputih panggil pea sprouts. Sama keluarga dengan Taugeh. Ia tidak ada ekor... or mungkin ekor dia dah dipotong siap-siap sebelum … Read More
  • SOTONG GORENG KUNYIT SEDAP DIRATAH Lauk Sotong goreng kunyit ini Kjee buat semalam. Buat lepas biskut susu minyak sapi baru masuk oven. Tapi bahan-bahan untuk lauk ni Kjee siap sebelum Kjee start baking. Masuk dalam peti ais. Apabila suda… Read More

8 comments:

  1. Salam kak jee,
    blogwalking kat sini sambil menonton filem Balik Kampung kat tv2.Alahai, terubat rindu nak tgk Kak Jee berlakon:)

    ReplyDelete
  2. Salam kakjee.. Wah moleknya berbuah. Saya memang suka kacang botor ni. Wat kerabu pon sedappp.

    Kakjee...saya tgh layan citer kakjee berlakon kt tv2. Kelakar citer ni. Ade os,eby saiful,liza abdullah...suka tgk citer lama2 cmni.

    ReplyDelete
  3. saya ada tanam kacang panjang ka...kacang panjang saya ni xpayah ada para

    ReplyDelete
  4. sy penah tanam ditepi pagar dan naik habis tutup pagar ;).bila hujan lagi cepat membiak.sedap buat ulam

    ReplyDelete
  5. bru je lpas tgk cite blk kg....
    rasa2 mcm knal je
    mmg cte2 old skool sempoi

    ReplyDelete
  6. sy ada cuba nasib menanam kacang ni..tapi tak bernasib baik sbb tak pernah dapat makan.. sebabnya tuan tanah kedaung pandai sangat suruh pokok panjat pokok rambutan,..buahnya mencecah awan. Sedap betul buat kerabu campur taugeh dan letak cekur..(sambil lap air liur) Rie, JB

    ReplyDelete
  7. salam

    kebaikan akar kacang botor ni ialah menjadi ubat untuk org keguguran. rebus dan bagi minum air nya. waktu saya keguguran dulu, doc kata tak da ubat untuk keguguran sdgkan ianya lebih teruk dari org bersalin, tapi org tua2 dulu syorkan akar nya sebagai ubat, alhamdulillah saya sihat dgn mengamalkan air rebusannya.

    ReplyDelete
  8. kita panggil kacang botol. betul la

    ReplyDelete