Tuesday, September 4, 2012

PENYANYI MALAYSIA DIKRITIK GUNA BAJU PASAR MALAM THAI?





Pasar Malam di Thailand - google



Malu betul baca kisah ini semalam. Seorang penyanyi Malaysia, Lim Siow Fong atau lebih dikenali sebagai Xioa Fong Fong, dikritik peminatnya di Singapura apabila muncul menyanyi di Republik itu dengan pakaian 'murahan' seperti yang dijual di pasar malam Thai!

Lim yang popular dengan lagu2 Hokkien telah beberapa kali muncul di pertunjukan2 pentas di kota Singa itu dengan bayaran RM2,900 untuk setiap pertunjukan.

Beberapa penonton yang menyaksikan pertunjukan Lim, tidak berpuas hati dengan gaya dia berpakaian yang langsung tidak menunjukkan dia seorang penyanyi yang popular.

Bagaimanapun, Lim menyangkal dakwaan itu semua. Katanya, apa yang penting ialah suara dan lagu2 yang dibawanya bukan pakaiannya.

"Okaylah, lain kali saya akan muncul dengan pakaian yang boleh memuaskan hati semua...kalau itu yang mereka mahu," Lim dilaporkan berkata. - the Star Online

Pasar Malam di Thailand


Related Posts:

  • AWIE TUNJUK HANDAL LUAR FILEM LAGI? takutlah tengok lengan dia...hehehe - ehsan google Actually kan, Kjee maleh lah nak tulis pasal Awie ni. Memanglah dia handal buat aksi macam2 ketika berlakon. Boleh sumo, boleh boxing, boleh tomoi dan entah apa lagi. Te… Read More
  • LEBAM DI KEDUA BELAH LENGAN ARTIS...ANGKARA SIAPA? pernah ada kawan dipukul sebegini - foto2 ehsan google lebam cam ni ker? gambar hiasan jer ni. Semalam, seorang teman rapat telefon Kjee. Katanya dia ke sebuah kelab (bukan kelab malam) di pinggir Ibu Kota. Suaminya b… Read More
  • CINTA ELYSA NAK DIJADIKAN FILEM? BIAR BETUL!! semua foto dari album cik google kat tenet Entah kenapa Kjee boleh berminat menonton drama Cinta Elysa arahan Along Kamaludin sedangkan Kjee tak pernah minat dengan Fasha Sanda. Kjee tak tau kenapa Fasha menjadi pilihan p… Read More
  • JIMMY BUKAK MULUT AIBKAN SUHAILA foto ehsan murai.com Fuuhhh nasib baik Kjee sudah pencen jadi wartawan hiburan surat khabar. Tak sanggup rasanya Kjee nak duduk dalam mahkamah dan dengar kisah2 rumahtangga didedahkan ekoran ternoktahnya sebuah perkahwi… Read More
  • AWIE JAWAB ORANG KATA DIA BERGADUH DI PULAU LANGKAWISemalam Kjee bubuh entry pasal kononnya ada laporan Awie bergaduh di Pulau Langkawi. Rupa2nya pelbagai versi di disiarkan dalam beberapa blog hiburan. So hari ini, mStar menemui Awie untuk mendapatkan jelasannya beliau. … Read More

3 comments:

  1. Salam kak Jee,
    emm tapi kadang-kadang K Pop star pun baju depa macam baju pasar malam gak kan?

    ReplyDelete
  2. kiranya dia bagus la sbb tak memilih hanya yg berjenama tapi x semua org berpendapat yg sama

    ReplyDelete