Saturday, June 1, 2013

LATIFAH OMAR BELUM SEDAR DIRI SELEPAS PEMBEDAHAN


Latifah (kiri) di Pesta Filem Malaysia yang lalu.








Seniwati  'tahi lalat' pujaan ramai Latifah Omar dilaporkan Harian Metro, tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan ulser di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anaknya, Affendi Rahmat berkata, ibunya yang berusia 74 tahun telah menjalani pembedahan selama 4 jam.

Pohon doa semua agar beliau segera sembuh.

Kjee copy paste berita tersebut yang disiarkan dalam Harian Metro.


Seniwati Latifah Omar belum sedar lepas bedah ulser

Kuala Lumpur: “Sudah lebih 30 jam, emak belum sedar lagi. Sebaik dibawa ke sini dan menjalani pembedahan, emak memang tidak sedar dan saya sendiri tidak pasti bilakah emak akan sedar kembali ,” kata Affendi Rahmat, 55, mengenai keadaan terkini ibunya, seniwati Latifah Omar (gambar), 74, yang kini masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.

Menurut Affendi, ibunya yang mengalami penyakit ulser usus mengadu sakit dan muntah pada pagi Khamis selepas Subuh, sebelum keluarga membawanya ke Pusat Perubatan Kampung Baru. Melihat keadaan agak kronik, Latifah dimasukkan ke dalam ambulans untuk menerima rawatan di HUKM pada pagi itu juga.

Setibanya di HUKM, Latifah ditempatkan di ICU seterusnya menjalani pembedahan pada malam itu hingga berakhir pada jam 1.45 pagi.
“Pembedahan mengambil masa empat jam dan saya difahamkan banyak juga bahagian usus mak terpaksa dibuang. Penyakit ulser usus mak sudah lama dan ia membengkak dan menjadi keras, sebab itulah apa yang dimakan akan dimuntah kembali,” katanya.

Latifah Omar mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat seni semula jadi dan seraut wajah keMelayuan asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu. Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad ketika aktif membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973. Menurut Affendi, tidak ramai rakan artis seangkatan ibunya malah pihak Seniman juga tidak diberitahu mengenai keadaan terkini ibunya itu.


Semua foto ehsan google

Related Posts:

  • ZIZIE EZETTE DATIN SETELAH ASIDAH ALIMUDIN UNDUR DIRI innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9… Read More
  • UWAIS ALQARNI...KORANG TEKA ANAK SIAPA!Mama dia penyanyi yang kecil molek, papa dia pulak pelawak yang tubuhnya tak berapa besar jugak. Hah siapa? Cepat cepat!! Siapa dapat teka dapat cium baby sulung penyanyi dan juga pelawak ni! Hehehe korang tak tahu? Okaylah.… Read More
  • ALL YOUR LOVE SITI DAH CAPAI 45-RIBU UNIT? BIAR BETUL!!! Ehsan google Terkejut beruk Kjee tadi apabila terbaca berita kononnya album Inggeris Siti Nurhaliza berjudul All Your Love, dah terjual sebanyak 45-ribu unit. Dalam hati, ini mesti kes kelentong! Mustahil boleh jual sebany… Read More
  • ADUHAI RAJA AZMI, JAILANI SIDEK Jailani, Raja Azmi dan Roslin - ehsan google Kjee selalu tersenyum simpul apabila Kjee tengok ada orang bubuh status perkahwinan (marital status) dalam Facebook sebagai In An Open Relationship. Wow! Ada pelbagai makna yan… Read More
  • SITI FAIRUZ PILIH MAHMUD SAMAD Mahmud Samad Korang ingat lagi tak Siti Fairuz yang popular satu ketika dulu dengan lagu "Bila Ku Rindu, Aku Tersebut Namamu"? Hah lagu tu meletup zaman lapan puluhan dulu. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050… Read More

2 comments:

  1. antara wanita cantik zaman dulu2 ;)

    ReplyDelete
  2. Sy dimaklumkan beliau telah meninggal, al-fatihah....
    Sy amat meminati Allahyarhamah terutamanya dlm cerita bawang merah bawang putih...

    ReplyDelete