Monday, June 24, 2013

SEKOLAH KL, SELANGOR CUTI LAGI ESOK

KL kini teruk dilanda jerebu






















Semua sekolah yang ditutup kerana jerebu akan dibuka esok kecuali di Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Seri G Palanivel.

Ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat dan merbahaya di Kuala Lumpur dan Selangor, katanya kepada BERNAMA.

"Saya akan berbincang dan bertanya mengenainya (kemungkinan sekolah ditutup)dengan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah anggota parlimen bagi Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kuliti udara di enam kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur yang mempunyai alat pemantauan kualiti udara mencatat paras 'tidak sihat' dengan bacaan antara 128 dan 198 pada pukul 11 pagi ini.


Datuk Azmi Murad


Sementara itu, Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB Datuk Azmi Murad.

Katanya walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.

"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.

"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Azmi berkata pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. -

Related Posts:

  • MANA PERGI LAGU SETIA? innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More
  • HATI2 KAUM WANITA ehsan google Kejadian jenayah yang membabitkan wanita baik yang muda mahupun dewasa semakin berleluasa. Target penjenayah adalah wanita yang keseorangan baik di rumah mahupun di luar. Mungkin mesej dibawah ini boleh dija… Read More
  • WARGA KL SUKA JAM DAN PANTANG TENGOK TRAFIK LIGHTS!! Kjee sebenarnya tak perasan fenomena baru ni. Cuma kalau tengah duduk sebelah Unclepali ketika dia memandu, Kjee selalu naik hangin kalau trafik jam atau pun tiba di trafik lights, Unclepali cepat2 surf internet atau main … Read More
  • NIAT PUASADah pasang niat nak puasa sebulan. Mudah2an Allah swt permudahkan. Ameen. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "… Read More
  • HASIHIN SANAWI MENANG PINGAT PERAK PERTAMA MALAYSIA DI PARALIMPIK 2012 innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More

8 comments: