Monday, July 8, 2013

KITA MULA BERPUASA RABU



Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan alat ukur Total Station untuk melihat anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur, Isnin. Tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini, 10 Julai, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Foto BERNAMA













Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia(RTM).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - BERNAMA

2 comments: