Friday, July 12, 2013

PULUT AYAM CENDAWAN ATAU LOH MAI KAI








Loh Mai Kai atau Pulut Ayam Cendawan tergolong dalam species makanan Dim Sum. Memang wajib Kjee order Loh Mai Kai kalau makan Dim Sum.

Inilah percubaan kali pertama Kjee membuatnya. Risau jugak tapi hasilnya, enak sekali dong! Kjee buat dua cawan beras pulut dan dapat 7 bekas. Satu  Kjee masa berbuka dan satu lagi dua jam kemudian. 

Susah ke nak buat? Tak susah tapi renyah sikit. Masa Kjee nak buat, Kjee asyik google cari recipe Loh Mai Kai yang paling ringkas. Akhirnya Kjee pilih resipi dari blog Nasi Lemak Lover . Tapi Kjee kurangkan satu dua bahan terutama sekali gula. Kjee tak mahulah Loh Mai Kai Kjee manis sangat.

Walaupun membuatnya agak renyah tapi kalau kita aturkan kerja, ia menjadi mudah.




Susun cendawan

Diikuti dengan ayam yang telah diperap




Mula2, Kjee rendam 2 cawan beras pulut bersamaan 400gms. Resipi asal 500 gms. Untuk kali pertama, Kjee tak dapat agak banyak mana pulak jadi Loh Mai Kai nanti. Rendam kira-kira 2 jam.

Lepas tu Kjee rendam cendawan shitake kering dalam air panas. Suka hatilah nak guna banyak mana tapi rasanya tadi Kjee guna 10 biji yang sederhana besar. Rendam kira-kira 2 jam. Opps lupa pulak. Cuci bersih2 sebelum rendam sebab air rendaman itu akan digunakan untuk masak pulut. Lepas cendawan dah lembut, buang tangkainya, perah airnya dan hiris kasar.

Kemudian Kjee potong ayam sebesar 1 ibu jari. Omputih kata bite size. Kjee guna peha ayam atau thigh dan buang tulang (debone). Kjee perap ayam itu dengan 1½ sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap cair (Kjee guna Nampla), 1 sudu besar minyak bijan dan 1 sudu besar air perahan halia. Last sekali Kjee masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Gaul sampai sebati dan simpan dalam peti ais lebih kurang sejam.

Apabila sudah cukup masa merendam, Kjee cuci dan toskan beras pulut.







Kjee campurkan 1 sudu besar sos tiram, 2 susu besar kicap pekat hitam (caramalised soy sauce untuk warna. Boleh guna 2 sudu besar kicap manis tapi jangan bubuh gula), 1 sudu sahaja gula (NLL guna 3 sudu), 2 sudu besar kicap cair dan ½ keping cube ayam ke dalam mangkuk dan kacau rata.

Lepas tu, Kjee tumis 3 bawang merah yang telah dihiris. Goreng dalam 2 sudu minyak hingga bawang garing. Keluarkan bawang. Kemudian goreng pula cendawan shitake kira-kira 3 minit. Keluarkan. Minyak gorengan tadi, dimasukkan ke dalam mangkuk berisi bahan2 yang dicampur bersama tadi.

Letakkan beras pulut didalam rice cooker bersama 400ml air (Kjee guna air rendaman cendawan. Kalau kurang tambah air biasa)  dan bahan2 yang dicampur bersama minyak gorengan bawang dan cendawan tadi. Masukkan juga cendawan ke dalam rice cooker dan dimasak hingga kering. Keluarkan dan kais2 guna garfu. Tepikan cendawan. Kjee baru perasan kalau cendawan dibiarkan tanpa dihiris, lebih senang hendak ditepikan.



Kalau suka makan dengan sos cili


Ambil mangkuk Cina, ramekins atau apa jua mangkuk kecil tahan panas. Susun 3 atau 4 hiris cendawan diikuti dengan hirisan ayam yang diperap didalam mangkuk. Kemudian kaup pulut ke dalam mangkuk hingga paras ¾ dan tekan biar padat.

Susun dalam kukusan dan renjiskan air dipermukaan mangkuk berisi pulut dan kukus kira-kira ½ jam. Kemudian dikeluarkan. Boleh makan dalam mangkuk atau diterbalikkan Pulut Ayam Cendawan diatas piring. Makan dengan sos cili.

Hmmm renyah ke? Tapi hasilnya amat memuaskan kerana memang sukar kita hendak mendapatkan Loh Mai Kai kecuali di Restoran Cina Muslim. Boleh simpan dalam freezer dan kukus semula apabila hendak dihidangkan.





4 comments:

  1. jarang org kite suka mknan....anyway. nmpak so yummy.... nnti nk curi idea ni yee...

    ReplyDelete
  2. sya nak cuba resepii ni..

    ReplyDelete
  3. dh pernah makan.ank ank suke sgt..berebut..mmg sdp

    ReplyDelete
  4. Serius rajin kak jee ni.. Loh Mai Kai.. mmg sdp sgt tp renyah la sikit nk buat tu.. biasanya beli je kak jee.. 🤗

    ReplyDelete