Monday, November 16, 2020

TAUPOK BERGEDIL



     Dah dua kali kot Kjee buat tapi apabila Kjee cari dalam blog, tak ada. Ohhh Kjee tak buat entri agaknya dulu. Kenapa hah?!! 🤔🤭 
     Now I remember why! Sebab Kjee tak berapa excited dengan kejadiannya. Bukan antara food yang Kjee suka. Lebih rela makan Bergedil sahaja. 
    Taupok sebenarnya lebih sedap diletak dalam makanan berkuah seperti Mi Kari
Kjee pernah juga letak dalam lauk bening atau masak air Lobak Putih. Sedap sebab taupok tu akan serap air dan menjadikannya lembut. 
     Well itu pandangan Kjee. Tak semestinya apa Kjee tak gemar, you all tak suka jugak kan?! 
     Anyway, Kjee buat arini sebab nampak dua biji kentang tersadai kat dalam bakul di dapur. So Kjee suruh UnclePali beli taupok. Kali ini teringin nak letak udang putih yang halus2 tu. Jenuh jugak ngadap buang kulitnya. Tapi Kjee memang insan yang penyabar hadap benda2 camni. 😁
     Masa Kjee bersihkan udang tu, Kjee dah rebus dua biji kentang. Buang kulit dan potong kecik2 sikit supaya cepat lembut. Letak garam. 

     Kemudian Kjee hiris satu labu bawang besar yang medium. Kjee tumis guna sedikit minyak. Dah brown, Kjee masukkan udang tadi. Goreng sampai udang garing kemudian toskan atas tisu dapur. 
     Apabila kentang dah lembut, terus lenyek. Dah halus, campur dengan bawang dan udang tadi. Kalau ada daun bawang bolehlah ricik halus-halus dan campur sekali. Kjee tak ada. 
     Gaul rata dan rasa. Boleh letak sedikit garam. Jangan banyak sangat sebab nanti nak makan dengan Sambal Kicap. 
     Toreh taupok. Jangan sampai putus. Keluarkan isi taupok itu perlahan-lahan
Campurkan dalam adunan kentang tadi
Kemudian dikepal-kepal dan sumbat dalam taupok. Dua biji kentang tadi ngam-ngam untuk 12 biji taupok. 

     Pukul dua biji telor. Letak secubit garam. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Api biar sederhana. Celup taupok yang telah disumbat tadi dalam telor. Letak secara cermat dalam kuali. Terbalikkan sehingga warnanya keperang-perangan. Goreng sampai habis. 
     Makan dengan Sambal Kicap. Hari itu Kjee dah ajar kan buat Sambal Kicap. Senang aje. Hiris tiga biji bawang merah, dua ulas bawang putih. Kemudian digoreng. Toskan atas tisu dapur. Kemudian goreng cili padi. Banyak mana, terserah. 
     Tumbuk semua bahan goreng tadi sampai halus. Kemudian curahkan kicap manis. Perah jus limau nipis. Kjee tambah sedikit lagi gula. Kacau rata. Siap. 
     Sambal Kicap ini femes di kalangan orang Johor. Kicap sama digunakan untuk makan dengan goreng pisang. Kjee suka sangat cicah ikan bakar dengan kicap ini. 





     
     

2 comments:

  1. salam kak jee..saya follow blog k.jee dh lama dh..salu terliur ngk menu yg k.jee masak ..gambo pun cantik n mengundang :)
    teruskan menulis...menjadi inspirasi & idea utk kami selalu..
    semoga kakjee diberikan kesihatan yg baik..aaaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Terima kasih masih setia follow blog Kjee ini. Dulu lain, sekarang lain. Kesihatan Kjee pun tidak berapa elok sejak akhir-akhir ini. Justeru, Kjee jatang sangat ke dapur. Mungkin akan memulis macam dulu2.
      Stay safe kita jaga kita.

      Delete