Monday, February 22, 2021

SICHUAN TAUFOO


     Lama bebenor taufoo telor tu terperap dalam peti ais. Rasanya dekat 2 minggu. Mujur tidak mudah basi. Ada tiga tiub. Plan nak buat lauk lain tetapi resipi entah apa dah lupa. So decide buat style sizzling Sichuan style. 
    Masalah timbul lagi sebab tiada hot plate. Then teringat Kjee ada periuk leper kaca jenama Vision. Hah kalau dihidangkan terus Vision tu, ia ala-ala hot plate jugak.
     Bahan-bahan yang Kjee guna adalah sedikit daging kisar (minced meat jenama Ramly), tiga tube taufoo telor, daun bawang, sebiji telor, sos tiram, sos pekat karamel, sos ikan, tepung jagung, minyak bijan, dua ulas bawang putih, dua ulas bawang merah, seinci halia muda dan empat tangkai cili kering. 
     Mula-mula daging dicuci dan tos. Cili kering dikerat tiga dan direndam. Bawang putih,  bawang merah dan halia dicincang halus. Daun bawang di kerat-kerat sepanjang dua inci. 
     Kemudian taufoo telor dipotong dua ketika dalam plastik dah picit keluar. Potong-potong satu inci setengah, bulat-bulat. Tos atas tisu dapur untuk serapkan airnya. 


     Apabila sudah nampak kering, panaskan sedikit minyak dalam kuali leper nonstick. Apabila minyak sudah panas, masukkan sebiji demi sebiji taufoo tu. Hati2 sebab akan meletup-letup kalau masih basah. Goreng sehingga kedua-dua belah sudah keperang-perangan. 


     Kemudian diangkat. Kjee toskan semula atas tisu dapur. 


     Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tuangkan lebih kurang satu sudu minyak bijan dan masukkan cili kering. Goreng hingga garing selepas itu dikeluarkan. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dicincang halus. 
    Apabila sudah wangi, masukkan daging. Tunggu sehingga daging masak.      
      Sementara tunggu daging itu masak guna api sederhana, campur dua sudu makan tepung jagung bersama satu cawan air, satu sudu kicap karamel dan dua sudu sos tiram. Kacau rata. 
     Apabila daging sudah masak, tuangkan sos tepung jagung tadi keatas daging. Kacau pantas-pantas sehingga sosnya memekat. Sekiranya terlalu pekat, tambah air. Masukkan daun bawang. 
     Jika tiada hot plate atau periuk leper Vision, susun taufoo goreng atas bekas hidang. Curahkan sos itu terus. Makan panas-panas. 

     Tadi Kjee panaskan periuk kaca Vision atas dapur dengan sedikit minyak. Susun taufoo dan curahkan sos daging yang baru masak. Periuk kaca Vision retains heat atau kekal panas. Hati2 dan terus hidang. 
     Hari ini Kjee seperti biasa kurang selera makan nasi. Hari itu masa jumpa doktor Kjee tanya mengapa. Katanya, ubat untuk kencing manis adakala buat selera berkurangan. Alhamdulillah tak perlu diet.
     So tadi Kjee ratah ajelah. Masa makan baru terfikir kalau letak secubit gula dalam sosnya, lebih enak. 
     Lauk ini agak pedas. Begitulah cara orang Sichuan, China. 



   
     



     

0 comments:

Post a Comment