Wednesday, February 10, 2021

TELOR MASAK TAUCU


     Ini antara lauk yang Kjee masak kalau malas, kalau tekak nak makan lauk masam pedas atau kalau dah kekeringan idea.
     My other half, kalau masak apa jua lauk yang membabitkan telor, maka lajulah dia makan. Actually, kita kalau masak simple2 dan suami atau anak-anak makan sampai licin nasi seperiuk, rasa on the top of the world. Kjee lah. Korang tak tahu lah pulak.
     Anyway Kjee masih tak sihat. Migraine dah tak reti cari pintu keluar. Oleh kerana UP sibuk menebas kat laman sekangkang meow, tak berani nak suruh dia keluar beli makanan. 
     Kjee masak lauk ini guna tiga biji telor. Cukuplah untuk kami berdua. Goreng telor dulu. Minyak tak payah banyak.
     Kemudian hiris sebiji bawang besar bulat2, dua ulas bawang putih dan 4 biji cili padi. Tumis semua bahan2 tu dalam minyak goreng telor tadi. Apabila bawang dah lembut, masukkan secawan air untuk dijadikan kuah. Sudah mendidih, masukkan satu sudu besar taucu. Kalau nak tambah, boleh jer.
     Kacau sehingga bahan2 mesra. Bubuh satu sudu kecil gula dan satu keping asam gelugor. Kemudian masukkan telor goreng tadi. Perlahan api. Masak lebih kurang 10 minit. Padam api. Boleh hidang dah.
     Kalau arwah mak buat, dia campak 7-8 ekor bilis. Kjee terlupa. Oh ya, jangan letak garam tau sebab taucu dan cukup masin. 


0 comments:

Post a Comment