Tuesday, February 16, 2021

FLUFFY PANCAKES


     Biasanya buat pancakes kerja UnclePali. Dia tak suka yang Kjee buat. Rasa macam lempeng Melayu. Hmmm abih tu kita orang Melayu so...
     Minggu lepas Kjee tengok Chef Julia Collins of America's Test Kitchen buat Fluffy Pancakes. Adoi masa tu Kjee tak siap sedia dengar betul2 resipi dia. Tetapi nasib Kjee baik, kelmarin ada siaran ulangan! So Kjee terus pasang telinga. 

Bahan2nya:
2 cawan tepung gandum
4 sudu teh baking powder
Setengah sudu teh baking soda
1 sudu besar gula
Secubit garam
Suku cawan minyak 
Sebiji telor+satu kuning telor
Satu cawan setengah susu segar

Cara:
     Campur baking powder dan baking soda ke dalam tepung dan ayak. Tepikan. 
Telor dicampur minyak masak. Kjee guna minyak jagung. Resipi asal minyak sayuran. Minyak sawit pun okay. 
     Kacau telor dan minyak sampai rata. Kacau bukan pukul tau. Kemudian masukkan susu segar. Kacau bagi mesra. Letak secubit garam. 
     Tuang adunan basah ke dalam tepung. Gaul sehingga sebati. Gaul manja-manja. Sekiranya korang rasa ada ketulan tepung, kacau lagi perlahan-lahan. 
     Itu jer. Over whisking kata Chef Julia akan bantatkan pancakes. Rehat 10 minit. 
     Panaskan kuali. Letak secoit jer minyak. Dah panas, tuang satu senduk adunan. Api biarlah sederhana. Apabila nampak buih-buih sekeliling pancakes, biarkan 2 minit. Pastu diterbalikkan perlahan-lahan guna hujung senduk. Masak sehingga cantik warnanya. Buat sampai habis. 
     Satu adunan boleh jadi 6 keping pancakes. 
     Hasilnya? Well UP yang selama ini bangga dengan pancakes dia kata sedap. Lembut dan gebu. 
     Makan dengan butter dan madu. Kalau ikut selera kita, makan dengan sambal tumis pun, cegini 👍👍👍. 
     
     
     
     

0 comments:

Post a Comment